Berita Terkini

2 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 1 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


Vulan Cetusan Idea Tiga Sekawan

Di Malaysia, mereka yang bersaiz besar selalunya berhadapan masalah apabila ingin bergaya. Koleksi yang ada agak terhad. Tapi kini, ada Vulan yang boleh jadi pilihan anda yang suka melaram.

Gaya Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Jan 2022 8:58AM

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Tidak semua orang dikurniakan dengan bentuk badan menawan persis model di pentas peragaan walaupun ramai yang mahu tampil langsing sebegitu.

Namun tidak bermaksud anda yang dikategorikan plus size tidak boleh bergaya. Beauty comes in different shapes and sizes. Mungkin kedengaran klise, tetapi ini fakta!

Jika di negara barat, mencari pakaian plus size bukanlah sesuatu yang sukar. Bahkan, pilihan yang ada juga banyak seiring dengan trend terkini.

Bagaimanapun, lain ceritanya di Malaysia, mereka yang bersaiz besar selalunya berhadapan masalah apabila ingin menambah koleksi pakaian. Pilihan yang ada agak terhad, lebih-lebih lagi anda seorang yang suka berfesyen. 

Atas faktor inilah tiga sekawan Zaza Zulkafli, Fara Zaheera Rapli and Intan Suraya Rosly terpanggil untuk menghasilkan jenama fesyen yang memberi tumpuan kepada golongan plus size.

Selain itu, mereka ingin juga ingin mengisi masa terluang dengan sesuatu bermanfaat. Menggunakan nama Vulan sebagai jenama fesyen, mereka kini sedang bertatih untuk membina nama.

“Nama Vulan diinspirasikan daripada perkataan 'bulan' yang sentiasa kelihatan cantik pada pandangan mata. Bagi kami, Vulan kedengaran lebih moden dan sebab itu jugalah kami menggunakan tagline ‘Engkau Laksana Vulan’ dengan harapan setiap mereka yang menggayakan koleksi kami sentiasa tampil menawan seadanya,” ujar Zaza mewakili rakan-rakan yang lain. 

Mengimbas tentang permulaan Vulan, Zaza memberitahu segalanya bermula pada Februari 2021, di mana ketika itu Intan mencadangkan agar mereka sama-sama mulakan satu perniagaan untuk mengisi masa terluang memandangkan mereka semua adalah suri rumah sepenuh masa. 

“Idea ni sebenarnya Intan yang cadangkan. Kami bertiga ini semuanya suri rumah sepenuh masa. Selepas berbincang-bincang, kami akhirnya setuju untuk buat bisnes baju untuk golongan plus size.

“Memandangkan kami ini peniaga kecil, modal yang ada adalah sangat terhad. Jadi, kami mulakan dengan tudung atau selendang terlebih dahulu.

“Namun, kami ‘perah’ idea untuk hasilkan sesuatu yang berbeza. Sebabnya sudah terlalu banyak tudung yang ada di pasaran,” ulas Zaza lagi.

 

Buat kajian pasaran

Dalam masa yang sama, baik Zaza mahupun Intan mengakui mereka ada membuat kajian pasaran (market research) untuk trend dan kegemaran terkini penggemar fesyen ketika itu. Ini kerana masing-masing tidak mempunyai latar belakang dalam fesyen. 

“Selepas buat beberapa tinjauan, kami sepakat untuk buat tudung tie-dye sebab waktu itu tidak ada lagi jenama tudung yang melakukannya. Kalau ada pun, tidak banyak.

“Selain tie-dye, kami juga buat teknik sulaman dengan membawa konsep klasik kontemporari. Alhamdulillah, walaupun koleksi ini kami hasilkan dalam kuantiti yang terhad, tapi dapat sambutan menggalakkan. Dek itulah, kami akhirnya buat keputusan untuk jadikan tie-dye ini sebagai signature koleksi Vulan” ujar Zaza. 

Keistimewaan koleksi selendang tie-dye Vulan ialah tidak perlu digosok, jadi ia sangat jimatkan masa untuk bersiap. Sehingga kini, Vulan telah tampil dengan hampir 10 koleksi tudung, antaranya Kejora, Anum, Embun, Kirana, Permata dan yang terbaru Seri.

Selain itu, Vulan juga mempunyai satu-satunya koleksi kaftan yang dinamakan Slaysa Kaftan. Kaftan ini boleh digayakan oleh sesiapa sahaja yang mementingkan keselesaan dalam berpakaian.

“Slaysa Kaftan adalah koleksi baju plus size pertama untuk Vulan. Kaftan free size ini boleh dipakai oleh mereka yang bersaiz hingga ke 5 XL kerana ukurannya yang besar.

“Keunikan Slaysa adalah pada rekaan poket yang terletak di sebelah kanan baju. Potongan poket ini besar dan menggunakan corak tie-dye sama seperti koleksi tudung.”

“Kaftan dihasilkan ketika satu Malaysia kena duduk di rumah. Bekerja di rumah. Jadi kami fikir mengapa tidak hasilkan baju yang selesa untuk dipakai di rumah dan boleh digayakan di depan kamera jika perlu menghadiri mesyuarat atau perbincangan secara dalam talian,” ujar Intan pula. 

 

Pembungkusan cantik

Sebagai usaha untuk membuatkan orang ramai jatuh cinta dengan jenama Vulan, Zaza, Fara dan Intan setuju untuk menyediakan pembungkusan yang cantik untuk setiap produk jualan mereka.

Mereka sedar pada era digital ini, ramai yang suka berkongsi sesuatu di media sosial. Selain itu, mereka juga mahu pembeli berasa gembira dengan pembelian mereka. 

“Pembungkusan cantik sebab kita nak setiap pembeli rasa apa yang mereka beli itu sesuatu yang istimewa dan terhad. Ia sebagai simbol hadiah untuk diri sendiri.

“Malah, ramai juga pelanggan kami yang buat tempahan untuk jadikan hadiah kepada rakan-rakan dan keluarga. Kami rasa pembungkusan yang cantik sangat membantu dalam melariskan jualan,” ujar Intan mengakhiri perbualan. 

Kepada yang berminat untuk mendapatkan koleksi tudung dan kaftan dari Vulan, anda boleh buat pembelian melalui akaun Instagram mereka vulan.kl.

Setakat ini semua pembelian hanya dilakukan secara dalam talian. Penghantaran boleh dilakukan di seluruh Malaysia. - Getaran, 18 Januari 2022

Gambar: Ihsan Vulan

Berita Berkaitan

1

Gaya 3 hari yang lalu

Adidas Originals Raikan 3 Kasut Klasik Dalam Kempen, '1000 Back' 

2

Gaya 1 bulan yang lalu

Tiada Lagi Koleksi Raya Dari Rizman Ruzaini Selepas Ini, Mahu Tumpu Pasaran Antarabangsa 

3

Gaya 1 bulan yang lalu

Koleksi Denim Marks & Spencer Diperkenalkan di Stor 1 Utama

4

Gaya 1 bulan yang lalu

Hobi Mengait Jadi Terapi Diri, Jana Pendapatan

Sorotan

1

Pemain Badminton Negara Pamer Kekuatan Mental Menjelang Piasa Thomas, Uber

2

Pelajar Sekolah Meninggal Dunia Ketika Acara Larian Rentas Desa

3

Lelaki Israel Miliki Senjata: 10 Individu Ditahan Bawah SOSMA

4

PM, Kerajaan Enggan Terlibat Keputusan Lembaga Pengampunan Berhubung Kes Najib

5

AS Guna Veto Halang Usul Iktiraf Keahlian Palestin Dalam PBB

6

Jangan Abai Peruntukan Untuk Pembangunan Sukan - Hannah

Disyorkan untuk anda

Jelajah 17 jam yang lalu

Luna Lights Wonderland Hiasi Stadium Tertutup Gong Badak

oleh Wartawan Getaran