Berita Terkini

1 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Raya Bergaya Dengan Koleksi ‘Sherry Alhadad X Syomirizwa Gupta’

Sherry Alhadad dan Syomirizwa Gupta mengumumkan kolaborasi fesyen Aidilfitri mereka yang pertama dinamakan Sherry Alhadad X Syomirizwa Gupta

Gaya Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Mar 2021 12:20PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Dua nama besar di dalam industri hiburan dan fesyen tanah air telah bergabung tenaga untuk melancarkan koleksi fesyen Aidilfiri untuk tahun 2021. Hadir dengan estetika gaya individual dan kekuatan jumlah peminat dan pengikut di media sosial, Sherry Alhadad dan Syomirizwa mengumumkan kolaborasi mereka yang pertama dinamakan Sherry Alhadad X Syomirizwa Gupta.

Ia juga merupakan koleksi Sherry yang pertama bersesuaian dengan sambutan Hari Raya Puasa yang bakal menjelma. 

Menampilkan rekaan yang menyasarkan wanita-wanita bersaiz besar dengan ukuran antarabangsa dan diinspirasikan daripada kekuatan dan keyakinan diri, koleksi ini menampilkan lapan rekaan baru terhasil daripada idea-idea gabungan dua figura yang begitu berpengaruh di dalam industri masing-masing. 

“Sherry Alhadad X Syomirizwa Gupta adalah surat cinta kami buat semua peminat-peminat dan mereka yang mengikuti perjalanan kerjaya kami berdua sejak awal penglibatan di dalam industri. Kami sebenarnya telah lama bercadang untuk bekerjasama dan projek Hari Raya ini bagaikan rancangan yang begitu sempurna untuk direalisasikan. 

Lebih-lebih lagi dengan situasi dunia yang begitu menekankan. Kami rasa ia adalah masa yang sangat sesuai untuk memberikan mesej yang positif buat semua, terutamanya kaum wanita, tidak kira apa jua bentuk badan dan rupa paras anda, kita seharusnya berbangga dengan diri sendiri dan menggunakan segala peluang yang ada. 

Kecantikan itu adalah amat subjektif dan saya amat berbangga kerana dapat menjadi inspirasi dan idola kepada ramai wanita yang kurang berkeyakinan tentang bentuk badan mereka,” kata Sherry. 

“Pertama kali saya menonton penampilan Sherry bersama Projek Disko Baldi dalam sketsa ‘Enjit Enjit Semut’ saya terus meminatinya. Beberapa tahun selepas itu saya ditawarkan untuk menyediakan persalinan untuknya bagi satu majlis dan kami mula rapat. Ia bagaikan satu sinergi yang amat luar biasa.” 

“Saya begitu mengagumi keyakinan diri Sherry terutama sekali hubungannya dengan fesyen. Berkat kerja keras, personaliti yang mesra dan mudah didekati, nama Sherry Alhadad makin harum di dalam industri seni tanah air."

"Penglibatannya di dalam industri fesyen bukanlah suatu yang mengejutkan. Saya berbesar hati dapat berkolaborasi dengannya dan melancarkan koleksi ini untuk semua wanita-wanita bersaiz besar dengan ukuran antarabangsa di luar sana!” jelas Syomir. 

Dikenali dengan penggunaan warna-warna primer dan corak grafik yang vibrant di dalam setiap rekaannya, Syomir, sebagai pemilik dan Pengarah Kreatif jenama Syomirizwa Gupta, sekali lagi telah membawa elemen-elemen ini di dalam koleksi Sherry Alhadad X Syomirizwa Gupta. 

“Ramai yang tidak mengetahui bahawa Sherry berasal dari Sarawak. Dia ada bercerita tentang tradisi beraya di Kuching, di mana Hari Raya disambut begitu meriah dan umat Islam yang menyambutnya perlu memakai persalinan penuh Aidilfiri selama tujuh hari tujuh malam."

"Kerana itulah kami membuat keputusan untuk mengeluarkan lapan rekaan untuk koleksi Sherry Alhadad X Syomirizwa Gupta ini. Satu lagi faktor yang amat penting, kami menggunakan fabrik dari kain kapas, printed rayon sehinggalah mixed crepe."

"Fabrik-fabrik ini bukan sahaja dari kualiti yang tinggi, malah menyejukkan dan selesa – ini penting bagi cuaca negara kita yang agak panas,” kata Syomir lagi. 

Harga bagi item-item dari koleksi ini bermula dari RM349 dengan saiz bermula dari 16 sehingga 22. Ianya hanya boleh didapati secara pre-order eksklusif di laman sesawang Syomirizwa Gupta di www.syomirizwagupta.com bermula 8 Mac 2021.

“Dia adalah di antara orang yang pertama memberikan saya keyakinan untuk bereksperimen dengan fesyen. Ditambah pula dengan reputasi yang sangat dihormati di dalam bidang yang diceburinya, saya berasa amat terharu dengan pujian-pujian ikhlasnya tentang saya."

"Sebagai seorang yang baru berkecimpung di dalam industri seni ketika itu, saya rasa begitu diterima dan ia menaikkan semangat untuk sentiasa melakukan yang terbaik. Saya berharap agar koleksi ini akan dapat diterima baik oleh semua kerana ia sememangnya dicipta untuk semua peminat kami,” kata Sherry dengan ikhlas. 

Ikuti perkembangan terkini Sherry Alhadad dan Syomirizwa Gupta di Instagram dan Facebook dengan nama yang sama. Untuk maklumat lanjut sila layari www.syomirizwagupta.com . - Getaran, 9 Mac 2021

Semua gambar: Ihsan Sherry Alhadad X Syomirizwa Gupta dan JCPR

Berita Berkaitan

1

Sukan 1 minggu yang lalu

Pecahkan Dominasi JDT Musim Ini - Azman Adnan

2

Luar Negara 3 minggu yang lalu

Singapura Rampas 1.5 Tan Produk Segar, Makanan Proses Dari Malaysia

3

Semasa 4 minggu yang lalu

Anwar Terima Kunjungan Menteri Luar India

4

Sukan 4 minggu yang lalu

Beraksi Di Laman Sendiri Gagal Bantu Harimau Malaya Saingi Kehebatan Oman

Sorotan

1

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini

2

PRK DUN KKB : Aspek Ekonomi Antara Fokus Kerajaan Perpaduan Sepanjang Kempen

3

Lebih 14,000 Aduan Diterima Menerusi Aplikasi MYJalan Setakat Ini - Ahmad Maslan

4

Pang Sock Tao Calon Kerajaan Perpaduan Bagi PRK Kuala Kubu Baharu

5

KPU Indonesia Isytihar Prabowo, Gibran Presiden Dan Naib Presiden 2024-2029

6

Amalan Pemakanan Tidak Sihat, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Obesiti - Dr Dzulkefly

7

642 Pegawai, Anggota Polis Selangor Bertugas Pastikan Kelancaran PRK Kuala Kubu Baharu

Disyorkan untuk anda

Gaya 1 hari yang lalu

BNM Keluarkan Syiling Peringatan Sempena 50 Tahun Lembaga Pertubuhan Peladang

oleh Fida Ruzki