web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


4 Perkara Perlu Tahu Sebelum Bina Hiasan Air Di Rumah

Ubah persekitaran kediaman anda dengan binaan hiasan air yang menenangkan!

Gaya Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Nov 2021 8:56AM

oleh

Zaidi Che

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Menurut beberapa budaya, air merupakan elemen positif yang melambangkan kebijaksanaan, kemurnian, keberuntungan, kekayaan dan beberapa lagi maksud simbolik yang lain. 

Dari zaman kegemilangan Mughal, elemen air diterapkan dalam seni bina dan perhiasan dalaman istana-istana megah di India. 

Sehingga hari ini, dari aspek hiasan dalaman, hiasan air dikatakan mampu ‘mengalirkan’ tenaga positif selain mengindahkan kediaman.

Bukan itu sahaja, fungsi hiasan air bukan untuk tujuan dekorasi semata-mata tetapi juga memberi fungsi sistem penyejukan semulajadi untuk rumah anda. 

Baik di dalam atau di luar rumah, kawasan di mana hiasan air ini dibina, pastinya mewujudkan suasana tenang dan nyaman. 

Pembinaan hiasan air di rumah juga merupakan satu pilihan bijak kerana hasil beberapa penyelidikan menunjukkan bunyi aliran air boleh menjadi terapi menenangkan jiwa. 

Dengan perancangan teliti dan pemilihan lokasi sesuai, anda boleh menikmati keindahan dan ketenangan hiasan air ini dengan hanya mengikuti beberapa langkah di bawah:

#1 Kenal pasti lokasi 

Aspek pertama harus dipertimbangkan ketika membina hiasan air ialah pemilihan lokasi kerana ia melibatkan ukuran dan reka bentuk yang bakal bergantung pada lokasi yang dipilih. 

Semarakkan suasana ruang-ruang yang jarang digunakan seperti bawah tangga, hadapan pintu utama atau di kawasan kebun kecil anda. 

Selain itu, bagi memastikan kebersihan air, pastikan lokasi itu mempunyai sumber elektrik terdekat untuk sistem pengepaman.

#2 Pilih sesuai reka bentuk dalaman rumah

Ruang di rumah menentukan jenis hiasan air. Terdapat pelbagai jenis hiasan yang ditawarkan di pasaran. Pilihlah yang paling sesuai dengan kediaman anda.

Beberapa jenis hiasan air yang boleh dipilih seperti dinding air, kolam ikan, air pancut mini yang boleh diletakkan di atas meja sahaja dan banyak lagi.

Selain sebagai hiasan, dinding air boleh dijadikan pembahagi ruang untuk memisahkan ruang di rumah dengan cara unik dan artistik. 

#3 Pilih bahan yang sesuai 

Hiasan air biasanya diperbuat atau dibina dengan bahan-bahan seperti porselin, batu, marmar, gentian kaca, seramik, logam tahan karat dan simen.

Sesuai bajet anda, pilih bahan-bahan yang menepati citarasa anda. Jika anda gemarkan unsur mewah, pilihlah porselin, marmar atau seramik.

Jika anda lebih gemarkan hiasan air berunsur semulajadi, pilihlah bahan-bahan seperti batu-batuan dan simen. Jika gemarkan unsur moden, gentian kaca atau logam tahan karat pilihan yang tepat. 

#4 Pastikan kebersihan air 

Ramai yang mungkin ragu-ragu untuk membina hiasan air di dalam rumah mereka kerana ia memerlukan masa dan tenaga untuk menjaga serta menyelenggaranya. 

Untuk memastikan air mengalir secara berterusan, anda memerlukan pam yang berkualiti untuk kelancaran kitaran air. 

Pam yang tidak sesuai boleh menyebabkan air memercik di luar kawasan. Kelemahan jangka panjang pula seperti kekurangan kitaran oksigen yang secukupnya untuk ikan.

Penting untuk memilih sistem penyaringan dan pengepaman air yang cekap untuk mengekalkan kebersihan hiasan air dan serta keselamatan hidupan akuatik anda. - Getaran, 9 November 2021

Semua gambar: Waterco 

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Mahu Bina Rumah Sendiri? Pastikan Anda Ambil Kira Semua Faktor!

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Ada Keperluan Mendesak Untuk Sumber Air Alternatif Di Langkawi 

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Lesen Operator Bekalan Air Ditarik Jika Gagal Capai KPI

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Ceroboh Rumah MB Selangor: Kertas Siasatan Dirujuk Kepada Pendakwaan Hari Ini

Sorotan

1

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

2

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus

3

Tragedi Zaid Ibrahim; Ahli Politik Yang Berhutang Penjelasan

4

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

5

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

6

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori

Disyorkan untuk anda

Gaya 1 hari yang lalu

Skin Turnover Protocol, Pendekatan Baharu Untuk Kulit Sihat Dan Menawan

oleh Rahayu MN