Berita Terkini

4 jam yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 6 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


5 Kaca Mata Hitam Untuk Sang Jejaka Tampil ‘Macho’

Sinonim dengan reka bentuk berani, CARRERA mencipta semula koleksi ikoniknya – ‘CARRERA ICONS’ sempena ulang tahun ke-65.

Gaya Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Mar 2021 11:15AM

oleh

Zaidi Che

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

CARRERA ICONS melambangkan semangat jenama CARRERA yang tulen, berkat reka bentuk eksentrik dan abjad C unik yang terukir di bahagian hadapan kaca mata. 

Direka pada era 80-an, koleksi legenda ini menampilkan siri kaca mata terlaris di arkib CARRERA seperti CHAMPION, CHANGER, SAFARI, HOT dan COOL. Ia memadukan elemen fesyen baru dan klasik, kemas kini teknikal dan skil pertukangan yang berkualiti tinggi. 

Koleksi kaca mata ini adalah ungkapan terbaik bagi menggambarkan jenama CARRERA yakni berani, tidak konvensional dan mampu tampil berbeza. CARRERA ICONS direka secara terperinci serta kombinasi warna yang membara. Ia sedia menjadi objek keinginan semua.

Rangka Optyl atau logam berbentuk persegi. Diperibadikan dengan abjad C di muka hadapan sebagai simbol yang jelas. Lalu diserlahkan lagi dengan garisan grafik di bilah atas dan batang pelipis, bagi membiaskan roh CARRERA. 

CHAMPION

Kaca mata ini menampilkan kembali siluet ikonik rangka Optyl dengan perincian terbaru dan reka bentuk yang lebih berestetika tinggi. Sangat ringan dan tahan lama, ia dilengkapi sisipan logam di sepanjang bilah atas. Tidak ketinggalan, abjad C di hadapan.

Tersedia dalam warna hitam dengan kanta kelabu, hitam pusam (matte black) dengan kanta kelabu-gangsa, merah burgundy dengan kanta kelabu gelap dan coklat havana dengan kanta kelabu dan merah havana dengan kanta hijau. 

CHANGER

Sesuai dengan CARRERA, CHANGER meraikan ulang tahun jenama ini dengan fesyen. Kaca mata ini memiliki siluet yang tebal serta abjad C tiga dimensi menghiasi bahagian hadapan. 

Kanta yang memberikan kontras moden. Memastikan semua mata tertumpu pada reka bentuk luar biasa ini. Turut dilengkapi dua pilihan kanta, yang boleh ditukar dengan mudah.

Terdapat dalam warna hitam, merah burgundy dengan kanta coklat, havana dengan kanta coklat dan hitam dengan kanta kelabu. 

SAFARI

Kaca mata hitam unisex ini menawarkan reka bentuk ikonik yang dibuat semula. Bukaan rangka Optyl sedikit besar, bersifat ringan dan kontemporari. Abjad C diletakkan di bahagian hadapan dan tulisan logo di sepanjang batang pelipis ramping, memastikan pengecaman segera dari peminat dan penggemar gaya. 

Terdapat dalam warna hitam dengan kanta kelabu, hitam kesat dengan kanta kelabu-gangsa, Havana dengan kanta biru/kelabu, biru dengan kanta coklat dan coklat havana dengan kanta kelabu polarized.

HOT

Tafsiran semula gaya moden, kaca mata hitam unisex ini mempunyai  full-rim mask silhouette yang sesuai dengan warisan CARRERA. Abjad C masih lagi menjadi bintang utama bagi memastikan kesan yang menarik dan menonjol. 

Terdapat dalam warna hitam kesat dengan kanta kelabu polarized, emas dengan kanta kelabu, hitam dengan kanta kelabu/coklat dan havana dengan kanta coklat.


COOL

Sangat sesuai, bukan sahaja untuk lelaki malah untuk wanita. Diperkemas dengan logam, abjad C ikonik dan tulisan logo di batang pelipis, COOL adalah penafsiran semula yang menarik untuk gaya klasik. Ia bertahan lama dalam ujian masa. 

Kaca mata hitam berbentuk segi empat ini boleh didapati dalam warna hitam dengan kanta coklat, hitam kesat dengan kanta kelabu polarized dan Havana dengan kanta hijau. – Getaran, 2 Mac 2021

Semua Gambar: Safilo Group

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Polis Tahan Lelaki Disyaki Bunuh Anak Usia 6 Bulan

2

Gaya 1 minggu yang lalu

Adidas Originals Raikan 3 Kasut Klasik Dalam Kempen, '1000 Back' 

3

Video & Galeri 2 minggu yang lalu

Harap Pihak Masjid Beri Penjelasan, Ramai Dah Keliru Ni

4

Gaya 1 bulan yang lalu

Tiada Lagi Koleksi Raya Dari Rizman Ruzaini Selepas Ini, Mahu Tumpu Pasaran Antarabangsa 

Sorotan

1

Tragedi Helikopter: Kerajaan Perak Akan Bincang Bentuk Bantuan Kepada Waris

2

Prestasi Malaysia Dalam Laporan Amnesty International Buruk

3

Harimau Muda Tutup Kempen Di Qatar Tanpa Sebarang Kemenangan

4

Lebih 50,000 Kampit Beras Putih Tempatan Diagih Hingga 22 April - LPP

5

Sungai Golok Surut, Tidak Mustahil Wujud Pangkalan Haram Baharu – Kastam

6

Sultan Selangor Turut Berdukacita Nahas 2 Helikopter TLDM

Disyorkan untuk anda

Jelajah 1 hari yang lalu

3 Rakyat Malaysia Kayuh Basikal Tiba Di Madinah

Gaya 7 jam yang lalu

BNM Keluarkan Syiling Peringatan Sempena 50 Tahun Lembaga Pertubuhan Peladang

Ia datang dalam bentuk set 2 dalam 1 iaitu syiling yang diperbuat dengan perak sterling berwarna dan emas Nordic Brilliant Uncirculated.

oleh Fida Ruzki

Refleksi 23 jam yang lalu

Ketahui 4 Manfaat Membersihkan Rumah

Selain baik untuk kesihatan fizikal kerana ia adalah satu bentuk senaman, aktiviti mengemas rumah mampu mewujudkan persekitaran yang bersih dan rapi, sekali gus...

oleh Rahayu MN