Berita Terkini

1 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


‘The Cosmos’ Sinar Lebih Mewah 

Khoon Hooi mempersembahkan rekaan gaun bertemakan kosmik bagi koleksi musim luruh terbaharunya.

Gaya Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Oct 2021 2:29PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Nama Khoon Hooi tidak asing dalam dunia fesyen tempatan mahupun antarabangsa.

Terkenal dengan koleksi busana yang unik, rekaannya pernah disarungkan pada tubuh selebriti ternama industri hiburan seperti Katy Perry, Ginnifer Goodwin, Zooey Deschanel, Camila Morrone, Karen Pittman dan Leslie Grossman. 

Malahan koleksi pakaiannya juga turut dijual di butik eksklusif merata dunia termasuklah Perancis, Doha, Riyadh dan Dubai. Kini, pereka fesyen ini makin berani menampilkan rekaan gaun  ‘luar kotak’.

Cukup gah dipertontonkan, koleksi pakaian musim luruh 2021 yang bertemakan kosmik ini berat dengan perincian manik kristal dan bulu burung unta. Meskipun membawakan rekaan yang futuristik, Khoon Hooi masih mengekalkan gaya glamor dan feminin bagi setiap gaun koleksi ini.

Pratonton koleksi pakaian yang diadakan di APW, Bangsar, Kuala Lumpur kali ini lebih intim berbandingkan acara sebelumnya yang sering dibanjiri fashionista dan sosialit.

Tatkala kita masih berada dalam pandemik yang tidak berpenghujung ini, Khoon Hooi seakan faham isi hati wanita. Justeru itu, dia terpanggil untuk menghadirkan koleksi pakaian yang mempunyai sentuhan fantasi dan magis. 

Bahkan kesemua gaya busana mampu mengubah mood menjadi riang dan membuat anda tersenyum lebar. Inilah yang membuahkan idea dan mendorong Khoon Hooi untuk melancarkan koleksi ‘The Cosmos’.

“Saya ingin mencipta gaun yang boleh dipakai dan dilihat seolah-olah terapung di angkasa, seumpama filem sains fiksyen. Kesemua busana koleksi ini menggabungkan rona yang melambangkan warna langit pada waktu senja dan malam,” katanya.

Koleksi ini dilihat menggunakan pilihan palet warna seakan galaksi seperti biru, hijau, kuning, putih, merah jambu, hitam dan lain-lain. Menurut Khoon Hooi, bagi menampilkan imej futuristik, kebanyakan gaun rekaannya ditaburi dengan hiasan manik kristal berkilauan bagi menggambarkan bintang-bintang yang menghiasi langit dan angkasa.

“Koleksi musim luruh kali ini diilhamkan oleh kosmik. Anda boleh lihat ada banyak gaun yang berbentuk bulat. Ini sebenarnya diinspirasikan oleh bentuk planet-planet yang mengelilingi orbit kita. Oleh sebab pandemik ini, ia telah melahirkan suasana yang cukup suram bagi kita semua.

“Jadi, saya ingin mencipta sesuatu yang mampu menceriakan dan memberi sinaran kepada hari seseorang. Tambahan pula, saya juga turut memilih warna-warna yang unik bagi koleksi ini. 

“Sebagai contoh, warna hijau jed yang merupakan warna ‘in trend’ musim ini. Selain sulaman kristal dan bulu Ostrich, saya juga menggunakan gabungan fabrik yang berlainan pada rekaan  seperti kain satin taffeta, brokat dan baldu bagi mencipta tekstur yang lebih menarik,” tambahnya.

Untuk pengetahuan semua, koleksi ini mengambil masa empat bulan untuk dihasilkan dan menampilkan lebih 50 gaun. Apa yang lebih menarik, selain daripada sulaman manik berbentuk flora, ada juga manik yang disusun seperti bintang-bintang horoskop. 

Di samping itu, berikut adalah empat gaun utama koleksi ini yang digelar Hero Pieces:

Maia

Gaun berwarna fuchsia terang dan berbentuk bulat ini mempunyai potongan skirt labuh serta lengan yang besar. Ia juga dilengkapi dengan tali pinggang baldu berwarna merah pada bahagian tengah. 

Luna

Gaun malam tanpa lengan ini menampilkan ‘cape’ di bahagian belakang. Dibuat dengan kain taffeta berwarna hijau jed, ia dihiasi dengan manik kristal berkilau dan pin reben baldu berwarna hitam yang boleh ditanggalkan.

Ophelia

Gaun yang bergaya strapless ini menggunakan kain brokat warna-warni dengan lipatan ruffle pada lengan. Selain itu, ia mempunyai skirt yang kembang dan ditaburi manik kristal serta manik berbentuk bintang horoskop.

Gaia

Gaun Gaia pula mempunyai gaya lipatan kreatif dan futuristik pada sisi kiri dan kanan pinggang. Ia juga disempurnakan dengan tali pinggang berlian pada bahagian tengah gaun.

Nak tahu gaya dan rekaan busana lain yang dipertaruhkan dalam koleksi pakaian musim luruh 2021 Khoon Hooi? Jom tengok video di bawah. - Getaran, 5 Oktober 2021

Semua gambar: Syeda Imran, Getaran & Khoon Hooi

Sorotan

1

“Tiada Kasino Berlesen, Tipu” – PM

2

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

3

Keperluan Teliti SOP Latihan Udara Bergantung Laporan Siasatan – Khaled

4

Norjuma Didakwa Cederakan 3 Individu, Berbuat Khianat

5

Pengebumian Joanna Diiringi Tangisan Anaknya

6

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini

Disyorkan untuk anda

Gaya 1 hari yang lalu

BNM Keluarkan Syiling Peringatan Sempena 50 Tahun Lembaga Pertubuhan Peladang

oleh Fida Ruzki