web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Lindungi Anak Daripada Kuman Dan Bakteria

Rangkaian produk penjagaan diri Carrie Bacbuster bebas triclosan, alkohol, sabun dan paraben malah bertindak lembut pada kulit kanak-kanak lima kali ganda daripada mandian dewasa.

Gaya Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 31 Aug 2021 2:21PM

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pengakuan Ashton Kutcher dan Mila Kunis tidak memandikan anak setiap hari baru-baru ini mengundang pelbagai reaksi. Ada yang menganggap pasangan ini tidak mementingkan kebersihan sehingga mencetuskan perdebatan di media sosial.

Namun, tahukah anda berapa kerap anak anda perlu mandi? Menurut American Academy of Dermatology, anak-anak sebenarnya tidak perlu dimandikan setiap hari. Kekerapan untuk memandikan anak bergantung kepada usia dan aktiviti mereka.

Pakar dermatologi juga berpendapat, kanak-kanak berumur enam hingga 11 tahun boleh mandi setiap hari. Bagaimanapun, mungkin ia tidak perlu. Kanak-kanak pada lingkungan usia ini perlu mandi: 

  • Sekurang-kurangnya sekali atau dua kali seminggu.
  • Apabila mereka terpalit dengan kotoran, seperti bermain di lumpur.
  • Setelah berada di kolam, tasik, lautan atau terlibat dengan aktiviti air lain.
  • Apabila mereka berpeluh atau badan berbau.
  • Sekerap yang diarahkan oleh pakar dermatologi jika dirawat kerana penyakit kulit.

Bagi negara-negara Asia, khususnya yang mempunyai cuaca panas dan lembap sepanjang tahun, adalah menjadi kebiasaan ibu bapa akan memastikan anak-anak mereka mandi setiap hari memandangkan cuaca sebegini boleh menyebabkan badan berpeluh sehingga mencetuskan bau badan. Lebih-lebih lagi jika anak-anak mereka aktif dan sering bermain di luar. 

Guna produk penjagaan diri antibakteria

Bagi ibu yang mengutamakan kebersihan diri anak-anak, mungkin anda boleh mencuba rangkaian produk penjagaan diri Carrie Bacbuster yang terdiri daripada krim mandian dan syampu antibakteria untuk kanak-kanak. 

Biarpun ia bertujuan untuk membasmi kuman dan bakteria, ia bertindak lembut pada kulit kanak-kanak. Lima kali lebih lembut daripada mandian dewasa. Krim mandian dan syampu Carrie Bacbuster bebas triclosan, alkohol, sabun dan paraben. Ia diuji secara dermatologi dan juga hypoallergenic (tidak mungkin menunjukkan reaksi alergi).

Produk ini dilancarkan hasil daripada kajian yang menunjukkan bahawa 58% para ibu bertukar kepada mandian dewasa memandangkan kanak-kanak terdedah kepada persekitaran luar terutamanya ketika pandemik ini. 

Alasan di sebalik penukaran itu adalah kerana bimbangkan keselamatan anak-anak mereka. Menggunakan krim mandian dan syampu antibakteria orang dewasa mungkin tidak mengakibatkan masalah kulit yang serius, tetapi ia boleh membuatkan kulit kanak-kanak menjadi kasar. 

Sama seperti  Ejen Ali, inilah masanya untuk Carrie Bacbuster hadir dan menyelamatkan hari anda! Di samping menampilkan karakter animasi popular Ejen Ali, Carrie juga berjaya memastikan produk berkenaan mampu menarik perhatian kanak-kanak dengan haruman buah-buahan, berbanding haruman kuat yang biasanya hadir dalam mandian dewasa. 

Carrie Bacbuster sesuai untuk kulit kanak-kanak serta mempunyai kadar pembasmian bakteria dan kuman sebanyak 99.99%. Carrie menyarankan penggunaan produk ini untuk kanak-kanak yang aktif, terutamanya dengan persekitaran pandemik bagi memastikan tahap kebersihan dan perlindungan tambahan buat mereka. 

Selain krim mandian dan syampu, Carrie juga melengkapkan rangkaian ini dengan Carrie BacBuster Hand Sanitizer yang dirumus khas untuk kulit kanak-kanak. 

Rumusannya disarankan oleh WHO dengan kandungan alkohol sebanyak 80% yang boleh membunuh 99.999% bakteria. Ia turut mengandungi pelembut kulit yang memastikan kulit kanak-kanak kekal lembap. - Getaran, 31 Ogos 2021

Kredit foto: MI PHAM, Unsplash & Carrie

Berita Berkaitan

1

Semasa 8 bulan yang lalu

Aniaya Kanak-Kanak Hingga Maut: Pasangan Indonesia Mengaku Salah

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Kanak-Kanak Dalam Video Tular Mangsa Amang Seksual - Polis

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Pemandu Bas Muat Naik Video Kanak-Kanak: MCMC Diminta Beri Kerjasama Kepada Polis

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Kebajikan Dan Keselamatan Kanak-Kanak Perlukan Perhatian Segera – Pakar

Sorotan

1

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

2

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus

3

Tragedi Zaid Ibrahim; Ahli Politik Yang Berhutang Penjelasan

4

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

5

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

6

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori

Disyorkan untuk anda

Gaya 1 hari yang lalu

Skin Turnover Protocol, Pendekatan Baharu Untuk Kulit Sihat Dan Menawan

oleh Rahayu MN