Berita Terkini

20 jam yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Pilih Pelitup Muka Yang Selamat Dan Bergaya Untuk Anak Anda

Persatuan Pediatrik Amerika Syarikat melaporkan peningkatan kes COVID-19 dalam kalangan kanak-kanak sejak Ogos 2020 hingga Julai 2021. Justeru, pastikan pelitup muka yang dipakai anak-anak adalah tepat dan berfungsi dengan baik.

Gaya Dikemaskini 2 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 24 Aug 2021 2:30PM

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Situasi pandemik yang semakin memburuk membuatkan ramai ibu-bapa gusar untuk melepaskan anak-anak kembali ke sekolah, mahupun menjalani aktiviti di luar rumah. Kegusaran ini adalah kerana kanak-kanak masih terkecuali daripada menerima vaksin biarpun risiko dijangkiti tetap tinggi. 

Memandangkan kita terpaksa hidup dengan virus pembunuh ini, ibu bapa perlu mencari ikhtiar yang sewajarnya bagi melindungi zuriat tersayang. Salah satu caranya adalah dengan mempersiapkan anak-anak dengan perlindungan diri yang terbaik. Selain mendidik mereka mengamalkan kebersihan diri yang optimum, anda juga perlu pastikan mereka menggunakan pelitup muka yang diyakini selamat. 

Lambakan pelitup muka di pasaran memang memudahkan anda membuatkan pilihan, tetapi anda harus ingat bukan semuanya terbukti berkesan secara klinikal. Bahkan, ada yang dijual itu sama sekali tidak mampu menapis partikel bakteria dan virus. Selain itu, agak sukar juga mencari pelitup muka yang sesuai untuk kanak-kanak. 

Menyedari hakikat ini, syarikat sosial teknologi, OURA, memperkenalkan dua pelitup muka terbaharu dalam rangkaian pelitup muka antimikrob, sanitasi kendiri keluaran mereka iaitu Active Mask Jr. dan Air Mask Jr. 2.0.

Pelitup muka kanak-kanak OURA Asia ini menawarkan teknologi sanitasi kendiri yang revolusioner, keupayaan bernafas dengan mudah serta keselesaan kepada kanak-kanak, dan pada masa sama berupaya menapis 90% partikel bakteria dan virus.

Setiap pelitup muka OURA Jr. diperbuat daripada tiga lapisan fabrik gred perubatan yang ditenun rapi dan disematkan dengan partikel oksida perak dan titanium dioksida secara kekal agar menapis dan membunuh kuman dan patogen. Digabungkan pada tahap molekul, bahan-bahan tersebut mengekalkan ciri sanitasi kendiri mereka walaupun selepas dicuci ratusan kali.  

Selain itu, pelitup muka OURA Jr. telah direka bentuk bagi menghapuskan molekul dan bakteria yang menjadi punca bau busuk, memastikan kanak-kanak boleh menikmati pengalaman yang selamat, tanpa tekanan ketika mereka bergerak aktif. 

Bagi memastikan kanak-kanak dapat bernafas dengan selesa ketika menjalani aktiviti, pelitup muka ini menggunakan fabrik ultra-ringan dan berupaya menyerap lembapan yang 30% lebih ringan berbanding fabrik biasa. 

Kedua-dua pelitup muka itu mengurangkan lembapan dan haba secara aktif, memberikan keselesaan yang tiada tandingannya kepada anak-anak anda. Fabrik berteknologi tinggi ini memastikan anak anda boleh bernafas dengan mudah berbanding sebelumnya. 

Menepati garis panduan yang ditetapkan oleh Pusat Kawalan Penyakit (CDC) Amerika Syarikat, pelitup muka OURA menutup rapi bahagian tepi wajah dan mempunyai klip hidung boleh laras yang menghalang udara daripada keluar di bahagian atas pelitup muka.

Fakta penting mesti tahu, Persatuan Pediatrik Amerika Syarikat melaporkan bahawa kes COVID-19 dalam kalangan kanak-kanak terus meningkat sejak Ogos 2020 hingga Julai 2021. Jadi, adalah sangat penting untuk memastikan pelitup muka yang dipakai oleh anak anda adalah tepat dan berfungsi dengan baik. 

OURA Active Mask Jr. Dan Air Mask Jr. 2.0 boleh dibeli di laman sesawang ouragami.com.my  serta di beberapa laman sesawang e-dagang pada harga RM150 untuk  OURA Active Mask Jr dan RM135 untuk OURA Air Mask Jr. 2.0.

Untuk maklumat lanjut, sila ikuti OURA di Facebook, Instagram atau layari laman sesawang mereka di sini

Kredit foto: Oura

Sorotan

1

KPU Indonesia Isytihar Prabowo, Gibran Presiden Dan Naib Presiden 2024-2029

2

Amalan Pemakanan Tidak Sihat, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Obesiti - Dr Dzulkefly

3

642 Pegawai, Anggota Polis Selangor Bertugas Pastikan Kelancaran PRK Kuala Kubu Baharu

4

Jamaica Secara Rasmi Iktiraf Palestin Sebagai Sebuah Negara

5

Tragedi Helikopter: Kerajaan Perak Akan Bincang Bentuk Bantuan Kepada Waris

6

Prestasi Malaysia Dalam Laporan Amnesty International Buruk

7

Harimau Muda Tutup Kempen Di Qatar Tanpa Sebarang Kemenangan

Disyorkan untuk anda

Refleksi 1 hari yang lalu

Ketahui 4 Manfaat Membersihkan Rumah

oleh Rahayu MN

Gaya 23 jam yang lalu

BNM Keluarkan Syiling Peringatan Sempena 50 Tahun Lembaga Pertubuhan Peladang

Ia datang dalam bentuk set 2 dalam 1 iaitu syiling yang diperbuat dengan perak sterling berwarna dan emas Nordic Brilliant Uncirculated.

oleh Fida Ruzki