Berita Terkini

14 jam yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 6 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 2 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail

IKUTI KAMI


Sentuhan Sulung Hairul Azreen Menjadi!

Bermula dengan sembang kosong bersama pengarah dan penerbit filem terkenal, Andrian Teh, kini Hairul bergelar sutradara.

Filem & TV Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Aug 2021 6:12PM

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Sebelum ini, nama Hairul Azreen popular sebagai bintang filem aksi. Kini,  anak jati  Kuala Lumpur itu mula melebarkan sayap kembara seninya dengan mengarah filem sulung berjudul Ada Hantu

Menurut Hairul, idea dan  keberanian untuk mengarahkan filem ini tercetus daripada sembang kosong bersama pengarah dan penerbit filem terkenal, Adrian Teh. 

Kebetulan pada waktu itu masing-masing mempunyai jalan cerita menarik iaitu menampilkan sisi cerita hantu dari perspektif bangsa yang berbeza. Setelah ditimbang tara, mereka merasakan ia  idea yang bernas untuk diterjemahkan menjadi sebuah filem. Dengan saranan dan sokongan Adrian, bermulalah kembara Hairul sebagai sutradara.

“Mengarah filem sebenarnya tanggung jawab yang besar. Ini pengalaman sangat berharga dan tidak mampu dibeli dengan wang ringgit. Apabila duduk di kerusi pengarah, secara tidak langsung dapat memperbaiki mutu lakonan saya," katanya yang ditemui Getaran semasa sidang media Ada Hantu baru-baru ini. 

Memandangkan ini adalah karya arahan pertamanya, Hairul bersedia menerima apa sahaja respons yang bakal dilontarkan penonton. Bahkan, suami kepada Hanis Zalikha itu tidak gusar andai dikritik sebaliknya akan terus berusaha memberikan yang terbaik dalam setiap karyanya. 

“Apa pun perkara yang kita lakukan, pasti akan dikritik. Namun, itu semua tidak akan mematahkan semangat saya untuk menghasilkan karya yang lebih baik. Jika kita asyik dengar cakap-cakap orang,  kita tidak akan boleh lakukan apa-apa.

“Di Hollywood sekalipun, ada yang suka The Rock, ada yang suka Tom Cruise. Malah, ada yang tidak menyukai kedua-duanya sekali. Jadi, saya hanya lakukan perkara yang terbaik untuk memartabatkan filem Malaysia. Setidak-tidaknya saya cuba,” katanya.

Berbual tentang sikap Hairul di set penggambaran, pelakon Ada Hantu rata-ratanya memuji gaya aktor ini yang tenang dan tahu apa yang diinginkan sebagai pengarah.

“Kalau ada benda nak tegur dia akan tarik kami ke tepi. Kemudian dia akan bagi cadangan apa yang kami kena lakukan sebagai pelakon. Pendek kata, dia pengarah yang boleh diajak berbincang macam seorang kawan. Tambahan pula  Hairul orangnya sopan dan saya senang bekerja dengannya,” ujar Shiqin Kamal yang memegang watak Bariah dalam filem ini.

Mendengar kata-kata Shiqin, Hairul ketawa. Katanya, dia memilih untuk menggunakan pendekatan yang memudahkan semua pihak. 

“Saya tak suka marah-marah. Bagi saya setiap pelakon sudah ada nama besar dan saya tak suka marah mereka depan orang ramai. Bukan itu sahaja, pelakon Ada Hantu juga  banyak menyumbang idea. Ia secara tidak langsung menjadikan filem ini sebagai filem mereka juga. Sebab itu mereka sayang filem ini dan dapat menjayakannya dengan baik,” tambahnya lagi.

Setelah beberapa hari tayangan secara eksklusif di Disney+ Hotstar, Ada Hantu arahan Hairul nampaknya menerima respons positif daripada penonton dan juga para pengkritik filem tanah air. Percubaan berani Hairul nampaknya menjadi.

Filem Ada Hantu mengisahkan Alif yang sangat skeptikal terhadap perkara ghaib. Dia dan rakan-rakan bermalam di sebuah banglo yang dikatakan milik jeneral tentera Jepun yang telah membunuh semua orang di sekelilingnya dengan kejam. 

Namun, sebaik sahaja malam menjadi semakin larut secara eksklusif di Disney+ Hotstar, satu demi satu peristiwa ngeri berlaku kepada rakan-rakannya membuatkan Alif percaya ada yang tidak kena dengan kediaman itu. - 18 Ogos 2021

Semua gambar: Instagram @hairulazreen

Sorotan

1

Nahas Helikopter TLDM: Semua Mayat Mangsa Telah Dikeluarkan

2

Sultan Selangor Turut Berdukacita Nahas 2 Helikopter TLDM

3

Langkah Kerajaan Laksana Subsidi Bersasar, Skim Baharu Gaji Penjawat Awam Berdasarkan Prinsip - Fahmi

4

Helikopter TLDM Terbabit Dalam 3 Raptai Sebelum Insiden - Mohamed Khaled

5

Institusi Pendidikan Pondok Perlu Tambah Nilai Kemahiran Vokasional, Teknikal – Mohd Na’im

6

2 Helikopter Bertembung, 10 Anggota, Pegawai TLDM Maut

Disyorkan untuk anda

Selebriti 1 hari yang lalu

Skandal Baharu Aliff Aziz Terbongkar, ‘Ibu Terpaling’ Padam IG?

oleh Wartawan Hiburan Getaran

Selebriti 17 jam yang lalu

Industri Hiburan Penghubung Antara Malaysia Dan China – Shila Amzah

Selebriti 5 jam yang lalu

Siti Saleha Berjaya Takluki Puncak Gunung Kinabalu

Pelakon jelita berkenaan berkongsi kejayaannya itu di akaun media sosial miliknya

oleh Wartawan Hiburan Getaran

Filem & TV 12 jam yang lalu

Selepas Papar Sisi Gelap PDRM, Netizen Mahu Syafiq Buat Filem SPRM, JPJ 

oleh Helmi Anuar