Berita Terkini

2 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 2 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


Rashid Sibir Mohon SOP Penggambaran Dinilai Semula 

Berikutan hidup warga industri kreatif kian 'tenat', Rashid berharap MKN menilai semula SOP ketat penggambaran agar penggiat seni dapat bekerja dan meneruskan kelangsungan hidup.

Filem & TV Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Aug 2021 7:08PM

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Produser dan pengarah terkenal, Rashid Sibir menggesa agar kerajaan membenarkan aktiviti penggambaran dijalankan secepat mungkin sebagai langkah membantu kehidupan penggiat seni yang terjejas teruk. 

Gesaan itu dibuat bersama Presiden SENIMAN, Zed Zaidi dan pelakon Husna Mustaffa dalam program FDAM Live berjudul 'Bila Kami Boleh Shooting?' yang disiarkan secara langsung menerusi Facebook FDAM, baru-baru ini. 

Tegas Rashid, semua warga seni faham kepentingan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 bagi menangani penularan COVID-19.

Namun, pada masa sama pihak kerajaan juga perlu memahami situasi penggiat seni yang kini tenat apabila sektor industri kreatif ditutup serta tidak dibenarkan melakukan sebarang penggambaran. 

“Saya tak mahu menyalahkan sesiapa. Saya pun bukan mahu merintih atau merayu tentang keadaaan yang kian mendesak ini. Apa yang saya dan penggiat seni lagi  minta cuma benarkan penggambaran dijalankan supaya boleh bagi keluarga makan. 

“Selepas industri kreatif ditutup kira-kira 120 hari sejak Mei lalu, saya rasa sudah sampai masa untuk benarkan penggiat seni kembali bekerja. 

"Minta maaf cakap, Jepun berjaya buat sukan Olimpik dengan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan. Apa salahnya kita belajar daripada mereka, lihat kebaikan yang mereka lakukan, bagaimana mereka mengawal SOP dan menjaga puluhan ribu atlet yang terlibat. 

“Sedangkan kita hanya ada 20 orang dalam satu set penggambaran, itu pun susah dilepaskan untuk bekerja," katanya. 

Menurut Rashid lagi, SOP yang ditetapkan FINAS ketika ini terlalu ketat untuk penggiat seni bekerja dan melakukan penggambaran. 

“Ibarat seperti mahu bagi tapi tak mahu bagi. Ia tindakan yang kejam kepada anak seni yang mencari rezeki. 

“Saya faham FINAS tidak boleh buat apa kerana SOP ketat ini dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN). Namun, saya mohon ia (SOP) dinilai semula. Bagilah apa pun, anak seni boleh ikut tetapi janganlah sampai menjerat leher sendiri untuk bekerja,” katanya. 

Rashid sentiasa peka dengan nasib kru dan barisan pelakon.
Rashid sentiasa peka dengan nasib kru dan barisan pelakon.

Sebagai produser dan pengarah, Rashid Sibur akui benar-benar berasa sedih dan terkilan apabila PKP 3.0 menyebabkan kehidupan ramai kru produksi terhimpit.   

“Saya dapat banyak panggilan telefon dan mesej daripada kru dan pelakon. Semua bertanya kenapa susah sangat nak benarkan mereka bekerja semula. Malah, kru juga mengadu nasib mereka kepada saya.  

“Saya sendiri tertanya-tanya apa salahnya jika diwajibkan untuk menjalani ujian calitan seperti mana penggambaran yang pernah dibuat sebelum PKP 3.0 dilaksanakan jika dos kedua vaksin Astrazeneca hanya boleh diambil selepas dua bulan?  

“Pun begitu, biarlah ujian calitan ini dikekalkan selama tempoh tiga bulan dan bukan seperti yang tertera di SOP sekarang yang memerlukan anak seni melakukan ujian setiap dua minggu kerana kosnya perlu ditanggung pihat penerbit," kata Rashid lagi. 

Memandangkan kos ujian calitan perlu ditanggung penerbit, Rashid menegaskan sudah sampai masanya untuk pihak stesen televisyen menaikkan harga bayaran drama. 

“Bayangkanlah selama 30 tahun berkecimpung dalam industri ini, harga sebuah telefilem masih RM100,000. Sedangkan kos untuk menerbitkan drama banyak yang sudah naik. Segala bertambah termasuklah harga lokasi rumah tetapi bayaran drama tetap di takuk yang lama.  

“Dulu waktu kita beli pisang goreng, RM1 kita boleh dapat 10 keping. Sekarang, dengan RM1 kita hanya boleh dapat tiga sahaja. Penjual pisang goreng pun boleh tentukan harga tetapi produser tidak boleh menentukan bayaran drama. 

"Lebih menyedihkan, kita tidak dapat keuntungan apabila stesen TV meletakkan drama kita di saluran YouTube mereka atau menjualnya ke beberapa platform OTT. 

“Jadi saya harap, pihak stesen TV selaku penyiar dapatlah menaikkan harga agar kita dapat tidur dengan lena. Semua orang harus mempermudahkan kehidupan masing-masing. Hidup ini singkat, biarlah memberi makna kepada orang lain," katanya. 

Rashid bersama kru dan pelakon Aku Bukan Malaikat ketika penggambaran pada Mei lalu.
Rashid bersama kru dan pelakon Aku Bukan Malaikat ketika penggambaran pada Mei lalu.

Jelas Rashid lagi, syarat SOP mewajibkan penggiat seni mengambil dua dos vaksin sebenarnya bukanlah satu masalah untuk dipatuhi, akan tetapi syarat itu lambat dimaklumkan. 

"Perancangan awal kena ada, bukan esok nak buat, hari ini kita baru nak cakap. Kami menghargai usaha Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) dan FINAS untuk jaga orang seni tapi biarlah kena caranya. 

"Kita boleh ikut SOP dan kalau tempat itu bahaya kita tidak akan pergi. Jangan terlalu menyekat banyak benda dan berilah kepercayaan kepada anak seni untuk bekerja. 

“"Apabila penggambaran dibuat, ia turut menggerakkan ekonomi sebab kami bayar lokasi, membantu sektor makanan apabila menggunakan khidmat katering dan kami juga memberikan punca pendapatan kepada pelakon ekstra. 

"Jangan terlalu ‘rigid’ soal penggambaran. Kerajaan harus fikir bagaimana mahu lepaskan penggambaran dalam keadaan sekarang kerana semua orang memerlukan duit untuk hidup. 

“Kita sudah pun buktikan bahawa tiada kluster penggambaran, jadi saya mohon benarkan warga seni bekerja,” katanya. 

Sebagai cadangan membantu penggiat seni supaya dapat bekerja semula, Rashid Sibir berharap kerajaan akan dapat menggunakan industri kreatif sebagai salah satu medium menyampaikan kempen mengenai COVID-19.

"Kita harus bersatu. Kita harus ingat ketika pandemik, kerajaan boleh guna industri kreatif  sebagai medium menyampaikan maklumat COVID-19 kepada orang ramai. Sepatutnya pada masa sekarang, kita tunjuk secara visual agar masyarakat lebih faham senario sebenar pandemik ini," katanya.  

Gambar: Instagram @rashidsibir_opera



















 

Sorotan

1

Anwar Beri Penghormatan Terakhir Kepada Mendiang Joseph Kurup

2

DNB Telus Dalam Jalankan Operasi

3

Malaysia, Thailand Tingkatkan Kerjasama Perangi Jenayah Rentas Sempadan

4

Lelaki Sindrom Down Melecur Disimbah Air Panas Dalam Lif

5

8 Aksi Pramusim Digunakan Untuk Uji Sistem VAR - Stuart

6

Misi Hantar Bantuan Kemanusiaan Ke Gaza Dengan Kapal Tetap Diteruskan - Ann Wright

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Konsert Aina Abdul Penanda Aras Baharu MPO - Konduktor

Selebriti 10 jam yang lalu

‘Saya Belum Layak Dapat Gelaran Biduanita’ - Ziana Zain 

Bagi Ziana, masih ramai lagi penyanyi yang sesuai mendapat pengiktirafan itu, yang tertinggi sebagai seorang penyanyi

oleh Helmi Anuar

Filem & TV 1 hari yang lalu

Reviu Filem: 'Sheriff' Filem Syafiq Yusof Paling Berani, Papar Sisi Gelap PDRM

‘Sheriff’ dianggap melawan arus apabila Syafiq berani menghasilkan filem yang membuka pekung dan mendedahkan sisi gelap pegawai polis 

oleh Helmi Anuar

Muzik 6 jam yang lalu

Fenomena 'Alamak Raya Lagi' Tarik Minat Kaum Lain Raikan Aidilfitri