web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


'Seperti Dendam, Rindu Dibayar Tuntas' Menang Di Locarno

Pengarah Indonesia, Edwin dan filemnya 'Seperti Dendam, Rindu Harus Dibayar Tuntas' telah memenangi anugerah utama di Festival Filem Locarno. Ini anugerah pertama buat filem Indonesia dan kedua buat filem serantau.

Filem & TV Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Aug 2021 2:35PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Filem Indonesia Seperti Dendam, Rindu Harus Dibayar Tuntas arahan Edwin telah memenangi anugerah Golden Leopard di Festival Filem Locarno yang berlangsung di Locarno, Switzerland. Anugerah ini adalah anugerah utama di acara festival filem tahunan itu.

Filem dengan nuansa aksi 80-an ini diangkat daripada novel popular dengan tajuk yang sama karya Eka Kurniawan.

Ceritanya berkisarkan tentang tentang seorang lelaki ganas yang jatuh cinta dengan seorang wanita selepas bergaduh dengannya. 

Seperti Dendam, Rindu Harus Dibayar Tuntas dibintangi oleh nama-nama hebat seperti Marthino Lio, Ladya Cheryl, Reza Radian, Ratu Felisha dan Lukman Sardi. Ia juga filem pertama lakonan penyanyi Sal Priadi. 

Pada majlis itu, anugerah diterima oleh penerbit filem, Muhammad Zaidy Amirruddin kerana Edwin sudah pulang ke Jakarta. 

Namun dia mengirimkan video penghargaan yang dimainkan semasa acara anugerah dan menyifatkan anugerah Golden Leopard yang dimenanginya itu seperti satu kebahagiaan yang menjadi pemangkin semangat dan motivasi. 

“Kita perlukan semangat ini pada waktu yang menyesakkan ini.” 

“Industri perfileman di Indonesia masih muda, sama seperti industri perfileman di negara-negara serantau.

“Saya rasa dekat dengan negara-negara serantau kerana kami berhadapan dengan kisah-kisah dan permasalahan yang lebih kurang sama. Sama ada dari segi pergolakan mahupun isu penapisan filem. 

“Namun, kami cukup teruja dengan pertumbuhan industri perfileman kami. 

“Dalam keadaan yang menghimpit ini, kami masih bertenaga dan bersemangat untuk terus bersatu dan meraikan diri kami sendiri. 

“Pada masa yang sama mengkritik sambil mencari jalan penyelesaian untuk segala permasalahan hidup melalui sinema,” kata Edwin.

Sebagai penutup Festival Filem Locarno ke-74, anugerah sepanjang zaman diberikan kepada pengarah asal Itali, Dario Argento yang memainkan watak utama dalam filem Vortex arahan Gaspar Noe. Filem itu menceritakan tentang pasangan warga emas yang bertarung dengan penyakit Alzheimer. - AFP

Gambar: Twitter @sepertidendam

Berita Berkaitan

1

Semasa 7 bulan yang lalu

Aniaya Kanak-Kanak Hingga Maut: Pasangan Indonesia Mengaku Salah

2

Semasa 10 bulan yang lalu

M’sia-Indonesia Sepakat Kukuhkan Kedudukan, Enggan Serahkan Nasib ASEAN Ke Tangan Kuasa Luar

3

Filem & TV 1 tahun yang lalu

Goat Meledak Di Pawagam, Catat Lebih RM10 Juta Sejak Khamis

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Imigresen Sabah Hantar Pulang 153 Pendatang Indonesia

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

oleh Rahayu MN

Muzik 9 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

Bergabung bersama Padi Reborn dalam satu pentas, konsert lebih tiga jam itu berlangsung dengan persembahan yang sarat dengan nostalgia.

oleh Rahayu MN