web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


FDAM: Penggiat Seni Patut Diberi Vaksin 3 Bulan Lalu 

Memandangkan usul FDAM untuk mewujudkan pusat PPV di FINAS pada awalnya ditolak, persatuan telah mengambil inisiatif sendiri untuk mengatasi masalah vaksinasi dalam kalangan penggiat seni supaya ia dapat dipercepatkan bagi membolehkan mereka bekerja semula. 

Filem & TV Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Aug 2021 3:38PM

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Persatuan Pengarah Filem Malaysia (FDAM) mempersoalkan tindakan yang diambil FINAS bagi menjadikan perbadanan itu sebagai pusat PPV buat kalangan penggiat seni tempatan pada saat vaksinasi boleh didapati di mana-mana. 

Malah, kenyataan yang dibuat Menteri Kementerian Komunikasi Multimedia Malaysia (KKMM), Datuk Saifuddin Abdullah supaya penggiat seni disegerakan untuk mendapat suntikan telah membuatkan persatuan itu terpanggil untuk memberikan kenyataan. 

Presidennya, Ahmad Ibrahim atau Mat London berkata, sejak Jun lalu, pihaknya pernah mengusulkan secara lisan kepada Pengerusi FINAS, Zakaria Abdul Hamid supaya perbadanan mengambil inisiatif untuk menjadi PPV kepada penggiat seni. 

“Namun, usul kami secara lisan  itu telah tolak dan FINAS meminta semua penggiat seni mengikut sahaja prosedur biasa untuk mendapatkan vaksin. 

“Kemudian FINAS telah memaklumkan bahawa mereka akan wujudkan pusat PPV di perbadanan tersebut. Namun sehingga kini, tiada apa yang terjadi. 

“Malah, apa yang kita tahu, CEO FINAS iaitu Dr Ahmad Idham Nazri telah pun mengadakan pertemuan dengan Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin , namun khabarnya permohonan itu ditolak. 

“Sepatutnya Menteri atau FINAS merancang perkara ini tiga bulan yang lalu. Sekarang, sesiapa sahaja yang layak untuk divaksin boleh pergi terus ke PPV asalkan mereka telah mendaftar diri di mySejahtera,” katanya kepada portal Getaran. 

Menurut Mat London lagi, memandangkan usul mereka untuk mewujudkan pusat PVV di FINAS pada awalnya ditolak, FDAM telah mengambil inisiatif sendiri untuk mengatasi masalah vaksinasi dalam kalangan penggiat seni supaya ia dapat dipercepatkan bagi membolehkan mereka bekerja semula. 

“Melalui inisiatif ini, kami telah mengutus surat kepada Pengarah Jabatan Kesihatan Selangor pada awal Julai lalu. Alhamdulillah mereka telah menerima saranan FDAM dan meluluskan permohonan supaya ahli-ahli kami diberi vaksin secara berkelompok. Kuota diberikan sebanyak 400 orang.

“Selain itu, PPV Axiata Arena Bukit Jalil di bawah Klinik Kesihatan Cheras juga memberi laluan selama seminggu kepada penggiat seni untuk mendapatkan vaksin tanpa sebarang had kuota. 

“Setakat ini penerima vaksin anjuran FDAM telah mencapai 1,037 orang yang terdiri daripada penggiat seni dan ia bukan hanya tertumpu kepada ahli FDAM sahaja. Vaksinasi ini juga melibatkan ahli keluarga penggiat seni. 

“Ahli FDAM dan juga penggiat seni lain yang telah menyahut seruan kami untuk divaksin turut merangkumi mereka yang berada di Johor, Melaka dan Kelantan,” katanya. 

Jelas Mat London lagi, mengikut statistik FDAM terkini, 61 peratus daripada ahli FDAM telah mendapat dua dos vaksin, manakala 37 peratus lagi baru sahaja menerusi satu dos, sementara dua peratus lagi tidak mahu divaksin. 

“Menjelang akhir Ogos nanti, 100 peratus ahli-ahli FDAM akan lengkap menerima dua dos vaksin melalui program vaksin berkelompok FDAM. 

“Kami telah bersiap siaga untuk turun ke lapangan meneruskan kerja-kerja penggambaran yang menjadi punca utama rezeki kami.

“FDAM berpegang kepada prinsip, kalau mereka tak mahu buat, kami sendiri akan buat. FDAM bertanggungjawab kepada ahli kami dan bertanggungjawab juga kepada semua penggiat seni lain, yang merupakan anak-anak buah kami.

“Yang penting keperluan warga seni diambil berat pada saat-saat yang amat mencabar ini. Semuanya kena bergerak pantas, tak perlu bincang panjang-panjang, tak perlu umum banyak kali. Buatlah saja!,” katanya lagi. - Getaran, 9 Ogos 2021

Gambar: FDAM







 

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 1 tahun yang lalu

Getaran Tanyakan Episod 3

2

Filem & TV 2 tahun yang lalu

Perjuangan Sinematik Marc Abas

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Hampir 5,000 Penggiat Seni Bakal Peroleh Manfaat Kerjasama FINAS, PERKESO - Fahmi

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Industri Diseru Hasilkan Filem Malaysia Inklusif, Tekankan Perpaduan - FINAS

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

oleh Rahayu MN

Muzik 8 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

Bergabung bersama Padi Reborn dalam satu pentas, konsert lebih tiga jam itu berlangsung dengan persembahan yang sarat dengan nostalgia.

oleh Rahayu MN