web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Datuk Paduka Shuhaimi Baba Sertai Keluarga Besar PETRA

Pembikin filem tersohor negara dilantik menjadi Pengarah Eksekutif PETRA Media

Filem & TV Dikemaskini 4 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 03 Aug 2021 3:39PM

Shuhaimi Baba

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pembikin filem tersohor negara, Datuk Paduka Shuhaimi Baba, telah dilantik sebagai Pengarah Eksekutif PETRA Media secara serta-merta.

PETRA Media, yang merupakan entiti hiburan di bawah PETRA Group terbabit dalam penciptaan kandungan hiburan melalui filem dan rancangan TV termasuk pengedaran kandungan melalui aneka saluran seperti pawagam dan juga platform dalam talian.

Ketua Eksekutif PETRA Media, Datuk Afdlin Shauki yang sememangnya tidak asing lagi dalam dunia seni hiburan Malaysia menjelaskan:

“Ia bukanlah sesuatu yang mengejutkan kala saya mengundang kawan baik saya, pembikin filem legenda Shuhaimi untuk sama-sama menyertai keluarga  PETRA. Portfolio beliau yang luar biasa sudah cukup untuk menjelaskan keputusan ini dan saya tidak sabar untuk melihat idea-idea baharu beliau yang pastinya akan membawa kita ke suatu tahap yang lebih tinggi.”  

Afdlin Shauki - Gambar fail
Afdlin Shauki - Gambar fail

Shuhaimi merupakan tokoh ikonik dalam arena filem Malaysia dan telah mengarah filem-filem pecah panggung seperti Selubung, Ringgit Kasorrga, Layar Lara, Pontianak Harum Sundal Malam 1 & 2, Waris Jari Hantu, Tanda Putera dan banyak lagi.

Beliau mula dikenali sebagai sutradara pada 1992 lewat filem pertama arahannya, Selubung lakonan Deanna Yusoff yang berjaya merangkul empat anugerah di Festival Filem Malaysia ke-10, termasuk anugerah Filem Terbaik.

Sehingga kini beliau telah meraih anugerah Pengarah Terbaik sebanyak tujuh kali di peringkat tempatan dan antarabangsa di samping beberapa anugerah berkaitan yang lain.

Filem ikoniknya Layar Lara pernah membawa pulang 11 anugerah termasuk Pengarah Terbaik di peringkat tempatan serta antarabangsa.

“Ia merupakan satu penghormatan untuk menyertai keluarga PETRA Media. Saya harap saya dapat memenuhi harapan dan cita-cita besar syarikat ini, termasuk membawa kandungan PETRA Media kepada penonton dunia.

“Hiburan merupakan satu percintaan yang saya kongsi bersama Datuk Afdlin. Menyertai beliau di PETRA Media merupakan satu fasa yang mengujakan dalam hidup saya dan saya tidak sabar untuk turut serta dengan beliau dan pasukannya yang sangat berbakat. Saya juga gembira dapat bersama-sama menyertai keluarga PETRA, khasnya Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif PETRA Group, Datuk Dr Vinod Sekhar, untuk membentuk kandungan hiburan bukan sahaja di Malaysia, tetapi di seluruh dunia.

''Beliau merupakan penyokong tegar dunia seni Malaysia sejak berdekad lamanya dan saya telah mengikuti perkembangannya secara dekat selama bertahun-tahun,'' tambahnya lagi.

PETRA Media terdiri daripada PETRA Entertainment, PETRA Films, PETRA Music dan juga PETRA STUDIOS, yang menempatkan PETRA Vision Works. Syarikat-syarikat di bawah PETRA Media bertanggungjawab untuk mencipta kandungan berkualiti dan berpiawaian tinggi dari segi nilai hiburan, kualiti penerbitan dan kebolehpasaran menyeluruh.

Kandungan yang disasarkan pada penonton tempatan dan antarabangsa dicipta dalam pelbagai bahasa dan diedarkan di pelbagai rantau. Syarikat pengedaran hiburannya juga menghimpun kandungan berkualiti daripada pencipta bertaraf dunia untuk edaran antarabangsa. 

Shuhaimi akan membantu memantau penghasilan idea-idea dan hala tuju syarikat-syarikat di bawah PETRA Media melalui rundingan strategik di dalam lingkungan proses penciptaan kandungan, bersesuaian dengan jawatannya sebagai Pengarah Eksekutif.

“Shuhaimi juga membawa bersama pengalaman berharganya selama bertahun-tahun dan dengan penyertaannya, kami pasti akan menghasilkan kandungan hiburan berkualiti tinggi daripada PETRA Media.

“Kehadiran Datuk Paduka Shuhaimi untuk menyokong Datuk Afdlin sebagai Ketua Eksekutif, semestinya akan membawa rasa keterujaan kepada industri secara menyeluruh untuk rantau ini,” ujar Vinod. – Getaran, 3 Ogos 2021.

Sorotan

1

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

2

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

3

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

4

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

5

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

6

Sesat 14 Hari, Jaslinda Kongsi Pengalaman Getir Bertahan Untuk Hidup

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

oleh Rahayu MN

Muzik 7 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

Bergabung bersama Padi Reborn dalam satu pentas, konsert lebih tiga jam itu berlangsung dengan persembahan yang sarat dengan nostalgia.

oleh Rahayu MN