web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


FDAM Sokong Saranan PFM, Mohon FINAS Tangguh FFM31 Tahun Hadapan

FDAM mengusulkan agar syarikat produksi dibenarkan menjalankan penggambaran di negeri zon hijau mengikut SOP yang ketat, sementara PFM pula menyarankan wang peruntukan FFM31 digunakan untuk bantu penggiat filem.

Filem & TV Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Jul 2021 8:06PM

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Saranan Persatuan Penerbit Filem supaya Perbadanan Kemajuan Filem Malaysia (FINAS) menangguhkan penganjuran Festival Filem Malaysia Ke-31 (PFM) sehingga tahun hadapan turut mendapat sokongan yang penuh daripada Persatuan Pengarah Filem Malaysia (FDAM).

Presidennya, Dr Ahmad Ibrahim atau Mat London berkata, sebagai agensi kawal selia industri perfileman, FINAS seharusnya perlu peka kepada keadaan semasa berikutan keadaan negara yang masih berhadapan isu kesihatan serta kesengsaraan hidup rakyat yang kehilangan punca pendapatan akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara yang menghentikan sama sekali kegiatan ekonomi.

“Ia tidak memungkinkan FFM-31 dapat dijalankan dengan jayanya.  Meskipun ia dijalankan sama ada secara hibrid atau maya sepenuhnya tetapi ia tetap memerlukan kos dari aspek penyediaan trofi, pengacara dan sebagainya. 

“Oleh itu, FDAM berharap FINAS akan dapat mengemukakan kertas cadangan kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) agar mempertimbangkan syarikat penerbitan filem dan program televisyen supaya dibenarkan beroperasi pada Fasa Ke-3 pada sekitar bulan September atau Oktober depan.

“Ini bagi memulihkan kembali kehidupan lebih 10,000 penggiat industri kreatif yang majoritinya adalah karyawan bebas (freelancer) yang bukan sahaja tiada pendapatan lain malah mereka juga tiada caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja dan Pertubuhan Keselamatan Sosial,” katanya. 

Menurut Mat London lagi, pihak FDAM juga mahu FINAS mengemukakan cadangan kepada MKN dan KKM agar melonggarkan syarat Prosedur Operasi Standard (SOP) dengan memberi kebenaran kepada pasukan penerbitan merentas negeri dan membenarkan penggambaran di zon hijau seperti Perlis, Pulau Pinang, Perak, Pahang, Kelantan, Terengganu dan Sabah selewat-lewatnya pada hujung Julai.

“Justeru itu, pihak KKM diharap dapatlah mempercepatkan program imunisasi berkelompok untuk kira-kira 9,000 orang pekerja filem, program TV dan iklan yang masih belum menerima jadual vaksinasi. 

“Cadangan kita adalah program imunisasi untuk pekerja penerbitan dibuat dalam tiga fasa iaitu fasa pertama pada bulan ini, fasa kedua pada Ogos dan fasa ketiga (Septmber) bagi membolehkan mereka memulakan atau menyambung kerja penggambaran yang terhenti berikutan pelaksanaan Sekatan Pergerakan Penuh pada PKP 3.0.

“Sejak PKP 1.0, banyak syarikat penerbitan tempatan terpaksa gulung tikar kerana tidak lagi dapat menampung kos operasi akibat kehilangan kontrak penerbitan serta menanggung hutang dengan pembiaya dana. Ini secara tidak langsung turut menjejaskan peluang penggiat industri untuk berkarya dan bekerja. 

“Dalam situasi serba payah dan genting ini FINAS tidak seharusnya mengutamakan festival semata-mata sedangkan nasib pekerja seni terumbang-ambing tanpa sedikitpun bantuan, seolah-olah penggiat seni filem bukan warganegara yang berjasa kepada negara,” katanya. 

Semalam, PFM menerusi kenyataan Presidennya, Pansha berkata, keputusan untuk memohon FINAS menangguhkan penganjuran FFM31 itu dibuat selepas Ahli Jawatankuasa PFM mengambil pandangan dan pendapat dari kalangan ahli PFM penerbit filem tempatan dan penggiat seni.

“Kesesuaian untuk menganjurkan FFM31 pada tahun ini yang penuh dengan keperitan akibat impak COVID-19 dan kesusahan dalam mencari pendapatan sara hidup penggiat seni disambut hambar oleh majoriti penggiat seni.

“Lagi-lagi sehingga kini keperluan utama untuk menjalankan aktiviti penggambaran masih belum dapat dilaksanakan. 

“Sudah tentunya proses pembangunan filem melalui kerja berpasukan, bayangkan bagaimana kita ingin meraikan segelintir yang berjaya dalam majoriti penggiat seni menghadapi keperitan untuk sara hidup,” katanya. 

Menurut Pansha lagi, dalam kesinambungan usaha dan fokus Kerajaan Malaysia 'Prihatin Rakyat: Darurat Memerangi COVID-19' adalah lebih wajar peruntukan FFM31 sama ada besar atau kecil yang telah disediakan oleh kerajaan ini dapat dimanfaatkan dengan menyegerakan dan menambah lagi program yang dapat membantu penggiat seni secara keseluruhan seperti mengambil vaksin dan lain-lain.

“Keutamaan adalah meningkatkan semula ekonomi bagi keseluruhan penggiat seni tanpa mengira bangsa, agama dan kefahaman politik, dapat bekerja seperti biasa dan tidak hanya bergantung kepada subsidi kerajaan. 

“Sehubungan itu, PFM sebagai pihak yang berkepentingan dalam pembangunan nndustri perfileman tempatan dan mewakil industri perfileman tempatan, memohon FFM31 ditangguhkan kepada masa dan keadaan yang lebih sesuai atau ke tahun hadapan,” katanya. - Getaran, 10 Jul 2021.



 

Berita Berkaitan

1

Filem & TV 1 tahun yang lalu

Goat Meledak Di Pawagam, Catat Lebih RM10 Juta Sejak Khamis

2

Video & Galeri 1 tahun yang lalu

Getaran Tanyakan Episod 3

3

Semasa 1 tahun yang lalu

‘Lihat Sendiri Jumlah Permohonan Yang Diterima, Bukan Semua Orang Cina!’ - Syahredzan

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Bicara Kes Pecah Amanah Najib, Mohd Irwan Ditangguh, Lebih 100 Dokumen Belum Disahkan

Sorotan

1

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

2

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

3

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

4

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

5

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

6

Sesat 14 Hari, Jaslinda Kongsi Pengalaman Getir Bertahan Untuk Hidup

Disyorkan untuk anda

Muzik 5 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

Menggabungkan elemen persembahan berkualiti tinggi, suasana premium dan lebih intim, SPOTLIGHT KLCC menawarkan harga tiket yang mampu dibeli oleh pelbagai golon...

oleh Rahayu MN