web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 7 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 8 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 9 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kinaru Ungguli Senarai Filem Tamil Terbaik 2025

Kinaru digambarkan sebagai sebuah kisah keinginan yang merentasi generasi, sarat dengan emosi dan kejujuran, menjadikannya naskhah yang menyentuh hati serta bermakna

Filem & TV Dikemaskini 7 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 05 Jan 2026 5:07PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Selepas berhasil meraih maklum balas positif daripada pengkritik, Kinaru yang diterbitkan Petra Studios dan anak syarikatnya, Madras Stories, terus menempa pelbagai kejayaan.

Petra Studios ialah antara rangkaian syarikat yang bernaung di bawah Petra Group, milik Datuk Dr Vinod Sekhar. 

Terbaru, Kinaru disenaraikan sebagai antara 30 Filem Tamil Terbaik oleh Tmes of India.

Filem yang memenangi pelbagai anugerah itu mengisahkan semangat dan keinginan yang tidak pernah pudar dalam diri empat kanak-kanak, Pethappa, Mani, Saibol dan Salidappa. 

Kisah bermula dengan mereka bermain di sebuah perigi, tenggelam dalam kegembiraan, sebelum suasana berubah apabila mereka dipukul kerana menggunakan perigi tersebut.

Walaupun adegan itu pada awalnya dipersembahkan secara ringan dan diikuti dengan lagu bernada rancak, pendekatan ini menimbulkan persoalan sama ada pengarah cuba meremehkan situasi yang seharusnya kelihatan serius. 

Namun, apabila situasi yang sama berulang, penonton mula memahami bahawa nada ringan itu mencerminkan realiti pahit yang sudah menjadi perkara biasa dalam kehidupan kanak-kanak berkenaan. 

Pengalaman inilah yang akhirnya mendorong mereka untuk menggali perigi sendiri.

Kinaru digambarkan sebagai sebuah kisah keinginan yang merentasi generasi, sarat dengan emosi dan kejujuran, menjadikannya naskhah yang menyentuh hati serta bermakna.

Di tempat kedua ialah Kaantha, arahan Selvamani Selvaraj, yang disifatkan sebagai sebuah tragedi ala Shakespeare. 

Filem ini memaparkan konflik ego, cita-cita dan pengkhianatan dengan latar belakang sebuah produksi yang bermasalah. Kisahnya tertumpu kepada watak KT Mahadevan, lakonan Dulquer Salmaan, seorang bintang yang cuba keluar daripada bayangan mentornya dan membentuk semula projek Shaantha mengikut kepentingan imej dirinya.

Sementara itu, tempat ketiga menjadi milik Thalaivan Thalaivii, antara segelintir filem Tamil yang berani menyelami kehidupan selepas perkahwinan fasa yang jarang diterokai selepas naratif “bahagia selama-lamanya”.

Antara filem Tamil lain yang tersenarai dalam kelompok 30 terbaik tahun 2025 termasuk Paranthu Po, Dragon, Sirai, Angammal, Bison Kaalamaadan, Kumaara Sambavam dan Bomb. - Getaran, 5 Januari 2026

Berita Berkaitan

1

Filem & TV 3 minggu yang lalu

Mark O’Dea Bawa Penonton Jelajah Sarawak Menerusi 'AXN Ultimate Challenge'

2

Filem & TV 1 bulan yang lalu

Melodi Tampil Dengan Wajah Baharu, Ain Edruce Kini Gandingan Kamal Adli 

3

Filem & TV 1 bulan yang lalu

Disangka Sudah Berkubur, 'Gerak Khas' Hidup Semula Selepas TVS Ambil Alih Legasi Drama Ikonik

4

Filem & TV 1 bulan yang lalu

Astro dan Disney+ Bawakan Lebih Banyak Rancangan Global Dan Kandungan Tempatan

Sorotan

1

Robot Humanoid Dijangka Sertai Sambutan Hari Kebangsaan

2

Audit Forensik Felda Dibawa Ke Mesyuarat Kabinet - PM 

3

Bau Busuk Jadi Petunjuk, Polis Temui Mayat Wanita Berikat

4

Jerebu Semakin Buruk, 32 Kawasan Catat Bacaan Tidak Sihat

5

20 Warga China Direman 4 Hari, Disyaki Terlibat Sindiket 'Love Scam'

6

‘Roller Coaster’ Rosak Di Taman Tema, 10 Penumpang Cedera