Berita Terkini

3 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 4 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


‘Masa, Anugerah Terindah’ Kempen Ramadan Raya Daripada Astro

Lebih 620 jam kandungan terbaik untuk dinikmati oleh seisi keluarga pada Ramadan ini.

Filem & TV Dikemaskini 1 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 01 Mar 2024 8:22PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Syarikat penyiar dan penstriman, Astro teruja untuk menyambut keindahan Ramadan 1445 Hijrah dengan menampilkan lebih daripada 600 jam tontonan dan pengisian yang bermakna untuk dinikmati oleh seisi keluarga di sepanjang bulan Ramadan ini.

Mengangkat tema ‘Masa, Anugerah Terindah’, pelanggan Astro bakal disajikan dengan pelbagai pengisian yang dapat memenuhi keperluan tontonan di setiap peringkat umur, menerusi seleksi program-program hebat di platform televisyen, radio, digital serta penganjuran aktiviti lapangan, dengan tujuan untuk merapatkan hubungan seisi keluarga agar masa yang diluangkan lebih bermakna dan mampu membina momen-momen indah.

Selain tawaran kandungan, kempen Ramadan dan Raya Astro 2024 turut diwarnai dengan kehadiran duta-duta yang dilantik untuk menyampaikan mesej positif kepada masyarakat.

Mereka terdiri daripada barisan pelakon popular seperti Datuk Jalaluddin Hassan, Hun Haqeem, Mierul Aiman, Qasrina Karim dan Erysha Emyra.

Duta Kempen Ramadan Raya Astro
Duta Kempen Ramadan Raya Astro
Pelancaran Kempen Ramadan Raya.
Pelancaran Kempen Ramadan Raya.

Menariknya, kempen Ramadan Astro 2024 turut dilengkapi dengan penganjuran ‘Assalamualaikum’, program pra-pengaktifan kempen Ramadan yang dijalankan di beberapa lokasi dengan tujuan untuk lebih mendekati dan meluangkan masa bersama masyarakat setempat.

Program ‘Assalamualaikum’ telah berlangsung di Johor Bahru dan Terengganu, manakala lokasi seterusnya pula di Kelantan pada 1 Mac dan Pahang pada 7 Mac.

Ketua Saluran Astro Ria, Prima & Warna, Norzeha Mohd Salleh, berkata tahun ini, Astro tidak terkecuali dalam menghasilkan sesuatu yang Istimewa sempena Ramadan dengan susunan seleksi program serta aktiviti yang sarat dengan pengisian positif dan bermanfaat, agar boleh dinikmati oleh setiap lapisan umur mengikut pilihan masing-masing.

“Lebih daripada 90 kandungan baharu telah pun tersedia buat pelanggan Astro pada Ramadan ini. Kami menawarkan pelbagai program baharu dengan jumlah keseluruhan berdurasi tayangan melebihi 620 jam, yang mana 80 peratus lebih tinggi daripada tahun sebelumnya.

“Menyuntik tema kempen, ‘Masa, Anugerah Terindah’, program yang bakal disajikan kepada penonton juga bertepatan dengan mesej yang ingin disampaikan kepada semua bahawa keindahan masa boleh dicapai apabila pelanggan Astro mengambil peluang untuk menikmati kandungan-kandungan Astro bersama keluarga,” katanya.

Selain membawakan program-program hebat, Astro juga berbesar hati memperkenalkan saluran baharu ‘JOM NGAJI’ (Saluran 130) di Sooka dan NJOI tanpa sebarang kos tambahan.

Saluran baharu ini menampilkan qari-qari tempatan yang akan membacakan ayat-ayat suci Al-Quran serta menerangkan maksud di sebalik ayat yang dibaca agar dapat menjadi santapan nurani kepada para pelanggan.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari www.astro.com.my. – Getaran, 1 Mac 2024

Sorotan

1

Kempen PRK KKB: Semua Pihak Diingatkan Tidak Sentuh Isu 3R - Fahmi

2

Genting Malaysia Nafi Babit Bincang Mengenai Kasino Di Forest City

3

Akta Laut Wilayah Masih Sah, Terpakai Termasuk Di Terengganu - PMO

4

PM Akan Hadir Forum Ekonomi Dunia Di Riyadh Dalam Lawatan Kerja

5

Kemenangan Ke Atas Hong Kong Lonjak Keyakinan Kem Perseorangan - Jun Hao

6

Misi Gaza Freedom Flotilla Ditangguhkan, Peserta Dinasihat Pulang - Ann Wright

7

Kerajaan Tidak Bercadang Gantung Sementara Perkhidmatan Helikopter Jenis Fennec, HOM

Disyorkan untuk anda

Selebriti 1 hari yang lalu

Ruhainies Mohon Maaf Pada Bella Astillah, Ajak Jumpa Untuk Selesai Masalah

oleh Wartawan Hiburan Getaran

Selebriti 1 hari yang lalu

Intan Ladyana Selamat Lahirkan Anak Kedua

Bayi lelaki seberat 3.06 kilogram itu dilahirkan di sebuah hospital swasta di Kuala Lumpur

oleh Wartawan Hiburan Getaran

Muzik 1 hari yang lalu

ONEUS Pun Terikut Trend Lagu Alamak Raya

Video kumpulan k-pop ini membuatkan peminat teruja dan ingin lihat mereka menari tarian yang sama ketika konsert nanti

oleh Wartawan Hiburan Getaran

Selebriti 23 jam yang lalu

Meerqeen Ajak Peminat Ke Rumah Terbuka Raya Airbnb, Peluang Bercuti Bersama

oleh Rahayu MN