web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Selebriti Popular Bikin ‘Havoc’ Di Dapur Tempur Selebriti

Dapur Tempur Selebriti menyajikan medan pertempuran yang lebih meriah dan mencabar bersama lapan pasangan duo keluarga selebriti.

Filem & TV Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Nov 2023 8:52AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Mereka terkenal dengan bakat seni dan popular di bidang yang diceburi. Namun, adakah dapur juga merupakan medan untuk mereka beraksi dengan yakin?

Bagaimana mereka bekerja secara berpasukan untuk menghidangkan masakan mengikut pelbagai kriteria yang telah ditetapkan? 

Program realiti memasak popular, Dapur Tempur kembali menemui penonton TV9 dengan wajah baharu.

Dikenali sebagai Dapur Tempur Selebriti, musim baharu ini akan bersiaran selama 4 episod bermula 18 November 2023, setiap hari Sabtu, jam 8.30 malam di TV9. 

Dapur Tempur Selebriti menyajikan medan pertempuran yang lebih meriah dan mencabar bersama lapan pasangan duo keluarga selebriti.

Pasangan duo selebriti yang terlibat dalam program ini Achey dan isteri, Ain Edruce dan suami, Shuib dan isteri, Bella Astilah dan ibu, Didie Alias dan anak, Wani Kayrie dan ibu, Siti Sairan dan suami serta Lan Solo dan isteri. 

Menurut Pengurus Besar, Pengurusan Kandungan & Siaran TV9, Khairunnisa Kamarulzaman, pasangan selebriti yang dipilih adalah berdasarkan personaliti yang menarik, sporting dan keletah mereka dapat mewarnai program Dapur Tempur Selebriti.

Pengurus Besar, Pengurusan Kandungan & Siaran TV9, Khairunnisa Kamarulzaman
Pengurus Besar, Pengurusan Kandungan & Siaran TV9, Khairunnisa Kamarulzaman

“Sejak diperkenalkan, Dapur Tempur berjaya menambat hati penonton TV9 dengan memperkenalkan format pertandingan memasak yang melibatkan pasangan ahli keluarga.

“Untuk musim terbaharu ini, TV9 telah menambah baik program ini dengan menyajikan versi selebriti yang perlu menyediakan hidangan masakan barat,” katanya.

Beliau berkata, pemilihan barisan selebriti terbabit dilakukan selepas mengambil kira ramai peminat yang ingin menyaksikan aksi mereka bersama ahli keluarga di dapur.

Selain itu, katanya, selebriti berkenaan dipilih berdasarkan personaliti yang menarik, sporting dan keletah mereka dapat mewarnai program Dapur Tempur Selebriti.

“Kebanyakan daripada mereka diketengahkan buat kali pertama untuk program masakan khas di TV9. Kami berharap penonton TV9 akan terhibur dengan menonton Dapur Tempur Selebriti ini,” katanya.

Pada masa sama, Khairunnisa berkata, pihaknya teruja kerana dapat bekerjasama dengan Prego dan Vinda sebagai rakan penaja kali ini.

Justeru, beliau berkata, focus Dapur Tempur Selebriti adalah kepada masakan barat untuk mengetengahkan bagaimana mudahnya penggunaan Prego dalam penyediaan masakan.

Dapur Tempur Selebriti menampilkan seorang selebriti yang petah bercakap dan ceria iaitu Fiza Frizzy, bergandingan dengan Chef Naem dan Michael Ang sebagai juri tetap.

Gaya penyampaian Fiza Frizzy yang bersahaja pasti dapat mencipta keserasian dengan Chef Naem dan Michael Ang dalam ‘mengawal’ situasi medan pertempuran memasak yang hangat itu.

Dua pasangan keluarga selebriti akan bertempur antara satu sama lain pada setiap episode untuk mencipta dua hidangan barat berdasarkan ramuan pada minggu tersebut. 

Di penghujung program, pemenang mingguan akan ditentukan oleh juri berdasarkan cita rasa, persembahan hidangan dan cara kerja berpasukan.

Pemenang mingguan akan membawa pulang wang tunai RM1,000 berserta hamper tajaan Prego selama setahun manakala Vinda turut menyumbang hamper barangan selama setahun khusus untuk pemenang episod 1 dan 2. 

Kru penerbitan Dapur Tempur Selebriti diketuai oleh Nurhul Huda Khalid sebagai penerbit eksekutif dan Mohd Hanafy Mohd Sani sebagai penerbit.

Penerbit Eksekutif Dapur Tempur Selebriti, Nurhul Huda Khalid.
Penerbit Eksekutif Dapur Tempur Selebriti, Nurhul Huda Khalid.

Jangan lupa temujanji dengan stesen televisyen TV9, pada setiap Sabtu, jam 8.30 malam.

Ia juga akan distrim langsung secara HD melalui Tonton di www.tonton.com.my atau aplikasi Tonton yang boleh dimuat turun dari Google Play atau App Store. – Getaran, 15 November 2023

Foto : TV9

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Demi Peminat, Ella Rela Ubah Perancangan Besar Homecoming Edisi 60 Permata Biru

oleh Rahayu MN