Berita Terkini

5 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 6 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Dialog ‘Surat Dari Tuhan’ Dapat Kecaman, Dianggap Keterlaluan

Kritikan orang awam juga dipercayai punca sidang media bersama pelakon dijadualkan semalam, ditangguhkan.

Filem & TV Dikemaskini 5 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 03 Nov 2023 10:07AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Drama ‘Surat Dari Tuhan’ yang kini ditayangkan di Slot Samarinda, TV3, jam 10 malam bermula 30 Oktober lalu menjadi bualan hangat kerana ia memaparkan dialog yang dianggap keterlaluan.

Apatah lagi, ketika ia dituturkan, penggambaran dijalankan di Madinah bagi babak membabitkan watak-watak menunaikan umrah.

Menerusi klip yang tersebar, Janna Nick yang memegang watak ‘Misha’ dilihat memarahi pelakon senior, Sheila Mambo yang memainkan watak ‘Rafilah’ iaitu ibu mertua kepada ‘Misha’ dengan kata-kata kesat di bilik hotel yang berlatar belakangkan Masjib Nabawi.

Janna Nick didengari menuturkan dialog “Hey perempuan, kau dengar apa yang aku cakap ni, depan makam Rasullulah ni, aku cakap depan kau, kalau Ryan benci aku, aku akan pastikan dekat Tanah Haram ini jugak kau mampus”.

Dialog itu kemudian mendapat teguran daripada penceramah bebas, Ustazah Asma’ Harun.

Ustazah Asma’ membuat teguran menerusi akaun TikTok miliknya dengan mempertikaikan bagaimana sebuah produksi tergamak mengaitkan makam Rasullullah dalam dialog yang mengandungi kata-kata kesat.

Pada awal video, Ustazah Asma’ juga memaklumkan yang dia sebenarnya sudah memanjangkan teguran kepada pihak pengurusan TV3, namun masih tidak mendapat sebarang jawapan.

@ustazahasmaharun TEGURAN BUAT SEMUA PENGGIAT SENI PART 1 #UAHSahabatDuniaAkhirat #ustazahasmaharun #fyp ♬ original sound - Ustazah Asma' Harun

Presidennya, Datuk Jurey Latiff menegaskan pihak produksi perlu lebih berhati-hati dengan penulisan skrip agar tidak menimbulkan salah faham dalam kalangan penonton.

Beliau berpendapat, ia berikutan penulisan skrip sedemikian bukan sahaja memberi implikasi buruk kepada pihak produksi, tetapi turut terpalit kepada pelakon yang memainkan watak.

Sementara itu, satu sidang media bersama pelakon drama ‘Surat Dari Tuhan’ yang sepatutnya berlangsung jam 4 petang semalam, ditangguhkan penyiar TV3 tanpa sebarang penjelasan lanjut.

Biarpun tidak penjelasan lanjut tentang penangguhan itu, namun ia dipercayai berkaitan dengan maklumbalas dan kritikan yang diterima selepas satu klip video drama lakonan Janna Nick itu tersebar di platform sosial media. – Getaran, 3 November 2023

Sorotan

1

Piala Thomas: Malaysia Benam Algeria 5-0 Untuk Tempah Slot Suku Akhir

2

Akta Keselamatan Kesihatan Pekerja (Pindaan) 2022 Berkuat Kuasa 1 Jun

3

Pakar Ekonomi Sabut Baik Penubuhan Akaun Ketiga KWSP

4

Kempen PRK KKB: Semua Pihak Diingatkan Tidak Sentuh Isu 3R - Fahmi

5

Genting Malaysia Nafi Babit Bincang Mengenai Kasino Di Forest City

6

Akta Laut Wilayah Masih Sah, Terpakai Termasuk Di Terengganu - PMO

Disyorkan untuk anda

Selebriti 21 jam yang lalu

Uqasha Dan Kamal Adli Timang Cahaya Mata Pertama

oleh Wartawan Hiburan Getaran