web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Sazzy Falak Teruskan Komitmen Di Women Talk Musim 4

Women Talk Musim 4 akan bersiaran selama 10 episod dan dikendalikan dalam Bahasa Inggeris.

Filem & TV Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Oct 2023 12:49PM

Sazzy bersama produksi Women Talk Musim 4.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Stesyen televisyen TV3 kembali dengan segmen perkongsian ilmiah yang membincangkan topik dan isu memperkasakan wanita menerusi musim baharu program bual bicara Women Talk mulai 28 Oktober ini.

Program yang bersiaran setiap hari Sabtu, bermula pada jam 5 petang.

Women Talk Musim 4 akan bersiaran selama 10 episod dan akan dikendalikan dalam Bahasa Inggeris.

Untuk musim terbaharu ini, penonton akan menyaksikan Sazzy Falak mengacarakan program secara solo, berbanding musim ketiga dahulu ketika beliau bergandingan dengan Deborah Henry dan Zoraya Vadillo. 

Sebagai sebuah program yang berobjektif memperkasakan wanita, Sazzy akan membawa penonton untuk mengikuti bual bicara bersama tetamu jemputan dari pelbagai bidang kepakaran seperti politik, kewangan, keusahawanan, undang-undang, fesyen dan lain - lain. 

Antara topik-topik yang akan dikupas termasuklah ‘Raising Children: Navigating Parenthood’ bagi ibu bapa baharu, mengendalikan perkahwinan di alam digital, melancong secara solo untuk wanita, isu kemiskinan, haid dan banyak lagi.

Episod pertama musim ini menampilkan topik ‘Second Wave of Career Changes: In Your Middle Age’ dengan tetamu jemputan Zaireen Iskandar dan Izra Izzuddin membincangkan tentang perubahan kerjaya di pertengahan umur, mencari kepuasan dalam mengejar minat yang diidamkan atau menangani perkembangan peribadi.

Ikuti episod menarik ini yang dapat mengenal pasti kemahiran, minat dan laluan kerjaya yang sejajar dengan matlamat anda. 

Sidang produksi Women Talk Musim 4 diketuai oleh Shahila Shah sebagai ketua penerbitan manakala Datin Elaine Daly dan Said Thani beraksi sebagai penerbit. 

Jangan ketinggalan untuk menonton Women Talk musim 4 di TV3 dan strim langsung secara HD di Tonton dengan muat turun aplikasi Tonton melalui Google Play atau App Store, atau layari www.tonton.com.my. – Getaran, 27 Oktober 2023

Sorotan

1

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

2

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus

3

Tragedi Zaid Ibrahim; Ahli Politik Yang Berhutang Penjelasan

4

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

5

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

6

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 4 jam yang lalu

Khadam Kutip RM1.2 Juta Selepas 5 Hari Ditayangkan, Ungguli Carta Filem Tempatan

oleh Rahayu MN