web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


FDAM Dibenar Beroperasi Semula - Pemangku Presiden

Filem & TV Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Oct 2023 8:22PM

Zulkeflie M Osman - gambar MUBI

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Persatuan Pengarah Filem Malaysia (FDAM) dibenarkan beroperasi semula setelah mendapat keputusan rayuan daripada Kementerian Dalam Negeri (KDN) bulan lepas.

Pemangku Presiden FDAM Datuk Zulkeflie M Osman berkata berdasarkan surat KDN bertarikh 15 Sept, keputusan rayuan daripada dibubarkan diluluskan dengan syarat oleh kuasa yang diperuntukkan kepada Menteri Dalam Negeri di bawah Seksyen 18, Akta Pertubuhan 1966.

Beliau berkata FDAM juga telah mengadakan pertemuan dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) semalam, bagi mendapatkan khidmat nasihat berhubung maklumat dan tindakan penambahbaikan yang dikemukakan kepada jabatan itu dalam tempoh 90 hari dari tarikh surat tersebut.

“Pertemuan FDAM itu, yang dihadiri saya bersama Setiausaha FDAM Mohamad Zaini Hassan dan Bendahari K.Logananthan di pejabat JPPM, berjalan lancar dan baik.

“Dalam pertemuan tersebut, beberapa perkara diminta pihak JPPM seperti logo rasmi FDAM masih belum diluluskan penggunaannya sehingga diputuskan dalam Mesyuarat Agung Tahunan yang akan diadakan pada penghujung tahun ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Pada 7 Jun lepas, Pendaftar Pertubuhan (RoS) membubarkan FDAM antara lain disebabkan perlanggaran sebahagian daripada akta perlembagaan terdahulu, yang dianggap tidak kukuh oleh RoS.

Zulkeflie mengucapkan terima kasih kepada Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dan Timbalannya Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah serta pegawai di KDN dan JPPM Kuala Lumpur yang membantu FDAM untuk beroperasi semula.

Menurutnya penghargaan juga dizahirkan kepada Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas), Persatuan Penerbit Filem Malaysia (PFM), Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) dan Persatuan Pekerja Profesional Filem Malaysia (Profima) atas dorongan, nasihat serta sokongan dalam membantu usaha memulihkan status FDAM yang terbatal sebelum ini.  

“Fokus dan hala tuju FDAM kini untuk mempertingkatkan kualiti pengurusan persatuan termasuk langkah penambahbaikan dan idea baharu yang perlu ada bagi kemajuan persatuan.

“Diharapkan hubungan serta kerjasama FDAM dengan kementerian, jabatan dan pihak swasta yang berkaitan dengan perfileman serta stesen TV diperkukuhkan lagi selepas ini, selain terus mengembangkan kerjasama luar dengan institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan swasta (IPTS),” katanya. 

Sebagai persatuan tunggal yang mentauliahkan pengarah filem di Malaysia, Zulkeflie berkata FDAM sentiasa mengharap sokongan penuh daripada semua pihak dalam melahirkan pengarah yang berkaliber serta dapat menyahut cabaran dalam dunia perfileman, seiring kemajuan teknologi Kecerdasan Buatan (AI) kini. - BERNAMA 

Sorotan

1

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

2

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus

3

Tragedi Zaid Ibrahim; Ahli Politik Yang Berhutang Penjelasan

4

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

5

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

6

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 4 jam yang lalu

Khadam Kutip RM1.2 Juta Selepas 5 Hari Ditayangkan, Ungguli Carta Filem Tempatan

oleh Rahayu MN