web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Dikatakan Tidak Suka Farhan Shah, Beri Markah Rendah Dan Singkirkannya, Ini Penjelasan Aina Abdul

Menurut Aina Abdul, segala keputusan dan pemarkahan yang dilakukan terhadap peserta yang berasal dari Singapura itu tiada kaitan dengan masalah peribadi

Filem & TV Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Jun 2023 12:31PM

Farhan (kanan) sudah menduga Aina akan menyingkirkan kerana merasakan Aina tidak menyukainya. - Gambar Astro/AzrulRafie

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Konsert Big Stage 2023 minggu keenam yang berlangsung pada hujung minggu lalu telah menyaksikan peserta dari Singapura iaitu Farhan Shah telah disingkirkan oleh juri tetap selepas mereka menggunakan Imuniti X untuk menyelamatkan kumpulan Dem Lepak Boyz.

Farhan ketika ditemui padasidang media berkata, dia sudah dapat menduga Aina Abdul akan menyingkirkannya kerana merasakan bahawa juri tetap Big Stage itu tidak menyukainya malah telah memberikan markah paling rendah iaitu sebanyak 39 pada konsert minggu kelima.

Farhan Shah
Farhan Shah

Tambah Farhan lagi, dia juga belum mendapat penjelasan daripada Aina kenapa dia mendapat markah serendah itu kerana merasakan dia patut mendapat markah lebih daripada 39. 

Getaran telah mendapatkan penjelasan daripada Aina Abdul sendiri mengenai kontroversi yang semakin hangat diperkatakan ini. 

Menurut Aina, dia mempunyai alasan tersendiri kenapa dia memberikan markah yang rendah pada Farhan sewaktu konsert minggu kelima.

Namun, ia sama sekali tidak punya kaitan dengan perasaan suka ataupun tidak dengan Farhan.

Aina menjelaskan markah yang diberikan sama sekali tidak punya kaitan dengan perasaan suka ataupun tidak dengan Farhan.
Aina menjelaskan markah yang diberikan sama sekali tidak punya kaitan dengan perasaan suka ataupun tidak dengan Farhan.

I was really rooting for him after week two. Pada minggu kedua dia sangat mengagumkan saya. Saya rasa dia perlu lebih ke arah genre seperti pop jazz ala-ala Michael Buble. Kenapa saya bagi dia markah rendah minggu lepas? Nothing personal. I love everyone equally.

“Persembahan dia minggu lalu tidak sampai ke hati saya. Dia hit the note, tetapi tidak sepenuhnya. Nyanyiannya tidak bulat. Kelihatan dia seperti memaksa untuk hit the note. Saya seorang juri yang mencari kesedapan dalam nyanyian. 

“Untuk minggu ini pula, saya rasa jiwa Farhan seperti sudah penat. Saya dapat rasa jiwa dia letih untuk buat persembahan. 

“Penat bukan bermaksud dia tidak bagus. Tetapi dia cuba untuk tunjukkan semuanya, namun tak sampai. Less is more. Mungkin kurangkan bahagian penari atau pakaian. Give us more minimalistic,” katanya. 

Aina menjelaskan penyingkiran Farhan bukan keputusannya seorang sebaliknya dibuat bersama dengan juri lain.
Aina menjelaskan penyingkiran Farhan bukan keputusannya seorang sebaliknya dibuat bersama dengan juri lain.

Tambah Aina lagi, keputusan untuk memilih siapa yang tersingkir bukanlah berada di tangannya seorang tetapi adalah hasil perbincangan bersama Ajai dan juga juri jemputan iaitu Datuk Seri Rossa.

“Kesemua juri mempunyai pendapat yang sama iaitu menyingkirkan Farhan pada malam tersebut. Nothing personal with him. Saya harap dia tidak fikir yang bukan-bukan. He can just DM me and talk to me. 

“Saya minta maaf Farhan. Cuba cari kesedapan dalam nyanyian itu di mana. Fahami hati anda, apa yang anda ingin nyanyikan dan pada siapa anda ingin nyanyikan. Itu paling penting.

“Cari subjek untuk awak menyanyi. Jika awak hanya ingin nyanyikan untuk saya, just look at me only and sing,” ujarnya. – Getaran, 13 Jun 2023

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 1 hari yang lalu

RM12 Juta Dalam 11 Hari! ‘Polong’ Terus Hantui Pawagam Seluruh Negara

oleh Rahayu MN

Selebriti 11 jam yang lalu

Aghniny Terima Tawaran Filem Khadam Sebagai Penghargaan Buat Ibu

Aghniny yang membuat penampilan sulung dalam filem Malaysia menerusi watak Melor, berkata tema keibuan yang diangkat dalam filem itu mempunyai kaitan rapat deng...