web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Drama 'Hijrah Jannah' Papar Isu Wanita Mualaf Yang Terpaksa Hidup Berpoligami – Puteri Sarah Liyana Jadi Perampas Suami

Selaku pengarah, Feroz Khan berkata, cabaran untuk merealisasikan ‘Hijrah Jannah’ adalah untuk mewarnakan setiap karakter pelakon yang terlibat.

Filem & TV Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 May 2023 4:01PM

Daniella Sya, Remy Ishak, dan Puteri Sarah Liyana - Gambar: Astro Ria

oleh

Zara Sofea

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Drama bersiri ‘Hijrah Jannah’ yang menghiasi slot Tiara memaparkan polemik perkahwinan serta tugas dan tanggungjawab lelaki sebagai suami di dalam kerangka poligami. Bahkan, ia turut memberi penekanan terhadap penerimaan golongan mualaf di kalangan keluarga dan masyarakat. 

Diarahkan Feroz Khan, ‘Hijrah Jannah’ dibarisi ramai pelakon hebat seperti Remy Ishak, Puteri Sarah Liyana, Daniella Sya, Ezaidi Aziz, Khalidah Atlibah, Daniel Fong, Angeline Tan, Kenji Sawahi dan ramai lagi.

Selaku pengarah, Feroz Khan berkata, cabaran untuk merealisasikan ‘Hijrah Jannah’ adalah untuk mewarnakan setiap karakter pelakon yang terlibat.

“Saya tahu Remy boleh membawa karakter dengan sangat berkesan dan baik. Saya pernah bekerja dengan Daniella menerusi kisah aksi, tetapi ini kali pertama dia melakonkan sesuatu yang sangat beremosi bersentimenkan keluarga, kasih sayang dan dia banyak menitis air mata. Jadi saya tahu dia boleh bawa dengan baik. 

“Gandingan antara Daniella dan Remy sangat baik.  Saya banyak berbincang dengan Remy untuk warnakan karakter dia sebab nak lari daripada dikena stereotaip. Saya berharap agar para penonton teruja dengan kisah ‘Hijrah Jannah’ serta dinamik para pelakonnya,” katanya. 

Bagi menambahkan warna karakter di dalam drama ini, Feroz juga turut menggabungkan pelakon lama dan dan baharu.

“Dalam drama ini, kami juga kekalkan pelakon lama membawakan watak-watak yang berat dan tak lupa pelakon baharu yang berbakat besar. Kami juga paparkan pelakon-pelakon pelapis. 

“Kami juga kekalkan pelakon lama membawakan watak-watak yang berat dan tak lupa pelakon baharu yang berbakat besar.

“Sebagai pengarah, saya suka bekerja dengan orang baharu kerana saya nampak mereka sangat berusaha untuk buat sesuatu dan tahu bila digandingkan dengan pelakon lama, mereka teruja. Mereka rasa bertanggungjawab dan buat yang terbaik,” katanya. 

Remy Ishak yang membuat penampilan pertamanya di slot Tiara tampil sebagai Syawal iaitu hero drama rantaian ini, pelakon jelita, Daniella Sya memegang watak utama, Jannah/Janet yang menjadi isteri pertama Syawal, manakala Puteri Sarah Liyana pertama kali pegang watak antagonis iaitu isteri kedua. 

Kisah bermula setelah berkahwin dengan Syawal Fitri dan memeluk Islam, Janet atau Jannah telah dibuang keluarganya. Namun kesukaran hidupnya itu bertambah buruk apabila ibu Syawal, Puan Sri Rafidah sangat membenci dirinya.

Puan Sri Rafidah juga memaksa Syawal untuk berkahwin lagi sekali, kini dengan wanita pilihannya, Munirah. Syawal akur dan menerima Munirah, tetapi dia tidak sama sekali menyangka isteri baharunya itu merupakan seorang yang berpura-pura baik sahaja.

Pernikahannya dengan Munirah bakal membawa pergolakkan di antara Syawal dan Jannah. Demi mendalami agama baharunya, Jannah mengambil inisiatif untuk belajar dan dalam proses berkenaan, dia berkenalan dengan Zakri, salah seorang fasilitator di pusat pembelajarannya itu. 

Zakri simpati dengan nasib Jannah dan pada masa yang sama menyimpan perasaan terhadapnya. Munirah yang sedar tentang perasaan dan niat Zakri mengambil peluang ini untuk menyemai benih sangsi di dalam hati Syawal.

‘Hijrah Jannah’ ditayangkan di Astro Ria hari Isnin hingga Jumaat bermula 5 Jun 2023, setiap jam 6.00 serta turut boleh distrim menerusi On Demand di Astro Box dan aplikasi Astro GO untuk pilihan yang fleksibel. – Getaran, 26 Mei 2023

Sorotan

1

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

2

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

3

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

4

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

5

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

6

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM