web statsweb stats

Berita Terkini

4 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 4 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Guardians of the Galaxy : Vol. 3 Ungguli Box Office Amerika Utara 2 Minggu Berturut-Turut

Di seluruh dunia, Guardians of the Galaxy: Vol. 3  mengumpul US$528.8 juta, dengan US$58.4 juta datang dari tanah besar China.

Filem & TV Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 May 2023 10:08AM

Gambar dari Twitter @IMAX

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

LOS ANGELES - Filem adiwira Disney dan Marvel Studios, Guardians of the Galaxy: Vol. 3 kekal di puncak carta box office (pecah panggung)  Amerika Utara dengan anggaran kutipan tiga hari berjumlah US$60.5 juta pada hujung minggu kedua tayangannya.

Ia berdasarkan data daripada firma penilaian Comscore yang didedahkan pada Isnin, lapor Xinhua.

Selepas 10 hari ditayangkan, Guardians of the Galaxy: Vol. 3 mengutip US$213.2 juta di Amerika Utara hingga Ahad.

Di luar negara, filem itu memperoleh US$152.4 juta hujung minggu ini, menjadikan kutipan terkumpul antarabangsa kepada US$315.6 juta.

Di seluruh dunia, Guardians of the Galaxy: Vol. 3  mengumpul US$528.8 juta, dengan US$58.4 juta datang dari tanah besar China.

Guardians of the Galaxy Vol. 3 yang ditulis dan diarahkan James Gunn merupakan sekuel terakhir dalam trilogi filem Guardians of the Galaxy dengan dibintangi Chris Pratt, Zoe Saldana, Dave Bautista, Karen Gillan dan Pom Klementieff.

Sementara itu, filem The Super Mario Bros Movie di tempat kedua dengan kutipan US$13 juta diikuti filem komedi romantik Book Club: The Next Chapter  dengan mengumpul US$6.5 juta pada minggu pembukaannya. - Bernama-Xinhua

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Selebriti 1 hari yang lalu

Aghniny Terima Tawaran Filem Khadam Sebagai Penghargaan Buat Ibu