web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Kecoh Bila Mimi Peri Bikin Promo Filem 'Mat Tudung Begin' – Fizz Fairuz Dedah Pempengaruh Itu Akan Muncul Di Malam Gala

Sewaktu dihubungi Getaran, Fizz mengakui bahawa Mimi Peri turut terlibat dalam pembikinan filem tersebut yang merupakan karya terbitan rumah produksinya, Rainmakers Sdn Bhd.

Filem & TV Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 May 2023 8:17PM

Antara babak dalam filem 'Mat Tudung Begin' lakonan Fizz Fairuz dan Mimi Peri - Gambar ihsan Fizz Fairuz

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Hubungan baik di antara pempengaruh terkenal dari Indonesia iaitu Mimi Peri Rapunchelle atau nama sebenarnya Ahmad Jaelani dengan aktor yang juga usahawan tempatan, Datuk Fizz Fairuz memang sudah diketahui dalam kalangan peminat masing-masing. 

Apatah lagi, mereka sering muncul di dalan siaran live di platform media sosial milik antara satu sama lain. Bahkan, disebabkan hubungan baik tersebut, Mimi Peri yang seringkali bergurau dengan ungkapan dia adalah makhluk dari kayangan turut menganggap Fizz adalah suaminya yang berada di Bumi dan di Malaysia. 

Gurauan tersebut langsung tidak diambil hati oleh isteri Fizz Fairuz iaitu Datin Almy Nadia. Sebagai seorang yang pernah bergiat secara serius dalam industri kreatif hiburan, dia sendiri maklum bahawa apa yang dilakukan Mimi Peri itu tidak lebih sekadar konten hiburan di media sosial. 

Terbaharu, Mimi Peri yang mempunyai pengikut seramai 2 juta di akaun Instagram telah meraih perhatian netizen di Malaysia dan Indonesia apabila memuatnaik video promo untuk filem Mat Tudung Begin lakonan Fizz Fairuz yang bakal ditayangkan di pawagam tempatan tidak lama lagi.  

Di dalam kapsyen hantaran tersebut, Mimi Peri menulis: “Terima kasih kerana mengajak saya berlakon”.

Sebaik sahaja hantaran itu dimuatnaik, Mimi Peri telah menerima ribuan ucapan tahniah. 

Fizz turut membuat repost hantaran video promo Mimi Peri di Instagram miliknya dengan kapsyen berbunyi: “Mimi Peri shoot poster Mat Tudung Begin.

Sewaktu dihubungi Getaran, Fizz mengakui bahawa Mimi Peri terlibat dalam pembikinan filem tersebut. 

“Filem ini menjalani penggambaran sekitar bulan lima tahun lepas. Tapi, disebabkan PKP, Mimi tidak dapat datang ke sini. 

“Saya hanya guide dia dari sini untuk dia shoot babak yang melibatkan lakonannya. InshaAllah, waktu Malam Gala Mat Tudung Begin yang dijangka berlangsung bulan Julai nanti, Mimi Peri akan turun datang,” katanya. 

Menurut Fizz, sepanjang mengenali Mimi Peri, pempengaruh itu seorang insan yang baik. 

“Saya bayar dia pun harga kawan-kawan,” jelas Fizz. 

Watak Mat Tudung amat popular dan hingga sekarang orang tertanya bila akan ada sambungannya - Gambar ihsan Fizz Fairuz
Watak Mat Tudung amat popular dan hingga sekarang orang tertanya bila akan ada sambungannya - Gambar ihsan Fizz Fairuz

Apa yang menarik, Mat Tudung Begin adalah filem yang diterbitkan sendiri oleh Fizz di bawah syarikat produksinya, Rainmakers Sdn Bhd. 

“Saya buat filem ini sebab watak Mat Tudung amat popular dan hingga sekarang orang tertanya bila akan ada sambungannya. 

“Tapi untuk Mat Tudung 2, kita akan buat selepas ini. Kita buat dulu Mat Tudung Begin sebab kita nak tunjuk siapa yang ajar Johari jadi Johanna. Yang ajar dia jadi perempuan adalah Mimi Peri. 

“InshaAllah, bila kita buat Mat Tudung 2 nanti, kita akan panggil Mimi Peri untuk datang dan shoot di Malaysia,” katanya. 

Watak Johanna yang dilakonkannya Fizz Fairuz dalam filem Mat Tudung pada 2014 pernah mencetuskan fenomena. 

Filem komedi yang ditayangkan sempena 1 Syawal pada 28 Julai 2014 itu dianggap sebagai filem yang cukup menghiburkan. – Getaran, 3 Mei 2023

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 6 jam yang lalu

RM12 Juta Dalam 11 Hari! ‘Polong’ Terus Hantui Pawagam Seluruh Negara

oleh Rahayu MN