Berita Terkini

2 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 3 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 4 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


‘Mank’ Mendahului Pencalonan Golden Globe Tahun Ini

Anugerah perfileman antarabangsa setiap tahun dimulakan dengan Anugerah 'Golden Globe.' Acara tahun ini dijangkakan istimewa. Ingin tahu mengapa? Teruskan membaca.

Filem & TV Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Feb 2021 9:00AM

Gambar: Robyn Beck, AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Mank, filem hitam putih terbitan Netflix telah mendapat pencalonan terbanyak untuk anugerah Golden Globe tahun ini. Filem ini yang berlatarbelakangkan zaman Golden Age Hollywood sewaktu pembikinan filem Citizen Kane mendapat enam pencalonan. Filem The Trial of Chicago 7 mendapat lima pencalonan.

Tahun ini juga menjadi tahun bersejarah kerana Globe telah mencalonkan tiga pengarah wanita dalam kategori Pengarah Terbaik. Sepanjang kewujudan anugerah ini, cuma lima pengarah wanita telah diiktiraf sebagai calon Pengarah Terbaik.

Pengumuman senarai calon telah diadakan di atas talian oleh pelakon Sarah Jessica Parker dan Taraji P. Henson. Senarai pencalonan Anugerah Golden Globe memang sering dinantikan kerana ia dianggap pembayang untuk senarai pencalonan Anugerah Oscars (Academy Awards) nanti. 

Gambar: Netflix
Gambar: Netflix

Dengan masalah pandemik yang menyebabkan pawagam seluruh dunia tutup, tidak hairanlah platform penstriman Netflix berjaya mendapat 22 pencalonan untuk filem-filem terbitannya. Tahun lalu ia mendapat 17 pencalonan. 

Amazon Prime, sebuah lagi platform penstriman mendapat tujuh pencalonan termasuklah tiga pencalonan untuk filem One Night in Miami arahan Regina King dan tiga untuk Borat Subsequent Movie Film arahan Jason Woliner. 

Tetapi ini tidak bermaksud tiada langsung pencalonan untuk filem-filem terbitan gergasi perfileman tradisional. Nomadland terbitan Disney, The Father terbitan Sony dan Promising Young Woman terbitan Universal masing-masing mendapat empat pencalonan.

Kategori Pelakon Wanita Terbaik akan menyaksikan persaingan antara Viola Davis (Ma Rainey's Black Bottom),  Andra Day (The United States vs Billie Holiday), Vanessa Kirby (Pieces of a Woman), Frances McDormand (Nomadland) dan Carey Mulligan (Promising Young Woman.)

Persaingan di kategori Pelakon Lelaki Terbaik tidak kurang sengitnya. Calon-calonnya termasuklah mendiang Chadwick Boseman (Ma Rainey's Black Bottom,) Riz Ahmed (Sound of Metal,) Anthony Hopkins (The Father), Gary Oldman (Mank) dan Tahar Rahim (The Mauritarian).

Gambar: Netflix
Gambar: Netflix

Calon-calon anugerah Pengarah Terbaik termasuklah Emerald Fennell (Promising Young Woman,) David Fincher (Mank,) Regina King (One Night in Miami,) Aaron Sorkin (The Trial of the Chicago 7) dan Chloe Zhao (Nomadland.)

Pencalonan untuk kategori Filem Terbaik, Drama adalah seperti berikut-- The Father, Mank, Nomadland, Promising Young Woman dan The Trial of the Chicago 7

Anugerah Golden Globe akan diadakan pada 28 Februari ini. Anugerah Oscars pula akan diadakan pada 25 April. 

Pelakon komedi Tina Fey dan Amy Poehler akan menjadi pengacara majlis tahun ini. Anugerah Golden Globe ke-78 adalah acara penganugerahan perfileman penting pertama di era pandemik ini. 

Senarai penuh pencalonan Golden Globe boleh didapati di sini - AFP, 5 Februari 2021

Berita Berkaitan

1

Selebriti 22 jam yang lalu

Justin Bieber dan Isteri Bakal Timang Cahaya Mata Pertama 

2

Filem & TV 3 minggu yang lalu

Reviu Filem: 'Sheriff' Filem Syafiq Yusof Paling Berani, Papar Sisi Gelap PDRM

3

Filem & TV 3 minggu yang lalu

'Sheriff' Karya Paling Jujur, Janjikan Kelainan Sisi Polis

4

Filem & TV 2 bulan yang lalu

Lal Salaam Lakonan Rajinikanth, Gabung Elemen Perpaduan Menerusi Sukan

Sorotan

1

Mendiang Mutang Dikebumi Isnin

2

Laporan Interim Nahas Helikopter TLDM Dikeluarkan Esok – Fahmi

3

Pokok Tumbang: Mangsa Lelaki Dibenar Keluar Hospital, Warga Sweden Masih Dirawat

4

Мahkamah Benar Muhyiddin Dapatkan Pasport Bagi Lawat Kakak Sakit Di Australia

5

PRK Kuala Kubu Bharu Bermula Secara Rasmi

Disyorkan untuk anda

Selebriti 2 jam yang lalu

Ernie Zakri Muncul Dengan Produk Suplemen Untuk Kekal Bertenaga Jalani Kehidupan Harian

oleh Rahayu MN

Selebriti 1 hari yang lalu

Shila Amzah Selamat Bersalin, Ubai Sebak Lihat Isteri Bertarung Nyawa

Pasangan ini menamakan puteri mereka dengan nama Rhea Akira

oleh Wartawan Hiburan Getaran

Selebriti 1 hari yang lalu

Selamat Pulang Ke Alam Abadi, A. Halim

Allahyarham menghembuskan nafas terakhir kerana angin ahmar 

oleh Sophia Ahmad

Selebriti 22 jam yang lalu

Justin Bieber dan Isteri Bakal Timang Cahaya Mata Pertama 

oleh Wartawan Hiburan Getaran