Berita Terkini

2 jam yang lalu: Anwar puji sikap Hun Sen yang hormati kaum Muslim 2 jam yang lalu: Anwar bakal umum pelaburan penting baharu semasa lawatan ke China 2 jam yang lalu: Bazar Ramadan Rahmah di 38 lokasi seluruh negara 2 jam yang lalu: Karate sasaran lubuk emas negara di Sukan SEA - CDM 2 jam yang lalu: Malaysia-Turkiye boleh terokai kerjasama baharu industri aeroangkasa - Ahmad Zahid

IKUTI KAMI


Selepas 'KIL' Dan ‘Terbaik Dari Langit’, Nik Amir Mustapha Kembali Dengan Filem Terbaru Berjudul ‘Imaginur’.

Filem Imaginur yang dibintangi oleh Beto Kusyairi dan Diana Danielle ini mengetengahkan elemen romantik dan sains fiksyen.

Filem & TV Dikemaskini 1 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 10 Feb 2023 3:00PM

Beto Kusyairy dan Diana Danielle selaku teraju utama Imaginur. - Gambar oleh PR

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Selepas muncul dengan filem KIL dan Terbaik Dari Langit, kini pengarah filem Nik Amir Mustapha kembali dengan buah tangan terbarunya berjudul Imaginur.

Mengangkat sebuah kisah percintaan yang mengetengahkan elemen romantik scifi pastinya filem Imaginur merupakan sebuah naskah yang cukup unik. 

Nik Amir berkata, Imaginur sebuah filem bertemakan cinta, tetapi disulam dengan elemen hipnosis untuk menjadikan jalan ceritanya lebih menarik.

“Imaginur sebuah kisah cinta, mengisahkan tentang seorang lelaki yang mimpikan seorang gadis, kemudian setelah melalui proses hipnosis, tiba-tiba dapat berjumpa di alam realiti.

“Bolehkah kita dipukau untuk bercinta? Saya terinspirasi dengan soalan itu dan berhasrat membuat satu 'snapshot' kehidupan orang Malaysia yang bertemakan cinta dan keluarga yang dipakej bersama elemen hipnosis,” ujarnya.

 Nik Amir Mustapha
Nik Amir Mustapha

Nik Amir memberitahu bahawa idea untuk menghasilkan Imaginur timbul memandangkan dia begitu minat dengan  minda manusia yang kompleks. 

“Sebenarnya, idea untuk menghasilkan filem ni sudah ada sejak sebelum saya mengarahkan filem pertama iaitu KIL. 

“Akhirnya, saya berganding dengan Redza Minhat untuk menulis sebuah filem bertema cinta, hipnosis dan kehidupan. Setelah lama tak buat filem, saya rasa nak buat ‘comeback’ dengan idea original saya dulu maka terhasillah Imaginur,” jelasnya.

Diterbitkan oleh Lumatic Films, Imaginur mengandingkan dua orang pelakon hebat iaitu Beto Kusyairy dan Diana Danielle selaku teraju utama. 

Beto Kusyairy
Beto Kusyairy

Mengenai pemilihan kedua-dua pelakon berkenaan, Nik Amir menyatakan keyakinannya terhadap Beto dan Diana untuk menjayakan watak masing-masing dengan baik.

“Umum mengetahui Beto merupakan seorang pelakon yang mampu menjiwai apa sahaja watak. Malah, dia berhasil memberikan komitmen lebih dari 100 peratus untuk watak Zuhal.

“Mengenai Diana pula, saya tertarik dengan kebijaksanaannya apabila pertama kali berbincang mengenai filem ini. Saya rasa dia memang cukup sesuai untuk membawakan watak Nur, seorang gadis yang penuh misteri,” jelasnya.

Diana Danielle
Diana Danielle

Dalam pada itu, bercerita tentang cabaran untuk menghasilkan Imaginur, Nik Amir mengakui ia mencabar memandangkan dia bertindak selaku pengarah dan penerbit.

Ujarnya, selain faktor pandemik yang membuatkan penggambaran tergendala, faktor kewangan juga cukup memberikan cabaran.

“Sebagai syarikat kerdil, cabaran terbesar memang dari segi kewangan dan Lumatic Films mengambil masa yang lama untuk mengumpul dana yang cukup dan akhirnya dengan bantuan pihak FINAS juga, maka kami berjaya menyiapkan Imaginur. 

“Pembikinan juga tergendala sangat lama kerana terjejas pandemik, tetapi kami gunakan masa itu untuk memperhalusi filem ini sebaiknya. Alhamdulillah, setelah bertungkus lumus, filem ini berjaya disiapkan,” ujarnya.

Selain menampilkan ramai pelakon hebat, tarikan Imaginur adalah plotnya yang penuh misteri.
Selain menampilkan ramai pelakon hebat, tarikan Imaginur adalah plotnya yang penuh misteri.

Pada masa sama, Nik Amir memberitahu filem Imaginur ini mempunyai tarikan tersendiri untuk penonton menontonnya di pawagam.

Selain menampilkan ramai pelakon hebat, tarikan filem berkenaan adalah plotnya yang penuh misteri dan menjadi tanda tanya. 

Ujarnya, penonton akan disajikan sebuah cerita dengan unsur misteri yang tidak terlalu straight forward dan Nik Amir yakin penonton dapat mendapat satu kepuasan selepas menontonnya.

“Walaupun Imaginur bukanlah sebuah filem blokbuster, saya harap cerita seperti ini mendapat sambutan masyarakat dan dapat bermain dengan perasaan penonton.

“Kami cuba menghidangkan sesuatu yang alternatif dari segi plot dan penyampaian dengan harapan lebih cerita seperti ini dapat dibikin dan menjadi kebanggaan rakyat Malaysia,” ujarnya.

Nik Amir berkata, Imaginur sebuah filem bertemakan cinta, tetapi disulam dengan elemen hipnosis untuk menjadikan jalan ceritanya lebih menarik.
Nik Amir berkata, Imaginur sebuah filem bertemakan cinta, tetapi disulam dengan elemen hipnosis untuk menjadikan jalan ceritanya lebih menarik.

Filem Imaginur menceritakan kehidupan seorang lelaki muda berputar di luar kawalan, dia cuba untuk mendapatkan semula fokus dengan mencari rawatan hipnosis. 

Keadaan mula berubah apabila gadis dari mimpinya muncul di dalam kehidupan sebenar.

Semasa dia cuba untuk mengenalpasti siapa wanita misteri itu, dia mula jatuh cinta dengan wanita terbabit dan belajar mengenali dirinya sendiri.

Antara pelakon lain yang terlibat dalam filem ini ialah Datuk Afdlin Shauki, Nadiya Nisa, Pekin Ibrahim, Datuk Rahim Razali, Fatimah Abu Bakar dan ramai lagi. 

Imaginur akan menemui penonton di pawagam seluruh Malaysia pada 23 Februari 2023. – Getaran, 10 Februari 2023.

Sorotan

1

Benar Kata PM, KWSP Hanya Patut Dikeluarkan Selepas Bersara – MTUC

2

Sudah Tiba Masa Perkasa Pengurusan Air

3

Dakwa Difitnah, Guan Eng Saman Muhyiddin

Disyorkan untuk anda

Selebriti 5 jam yang lalu

Avaa Vanja Hasilkan Planner Ramadan Dalam Bentuk PDF Secara Percuma, Anggap Ia Saham Akhirat

oleh Ellyna Ali

Muzik 7 jam yang lalu

Samsons Adalah Sebuah Jenama, Siapa Pun Vokalisnya, Ia Tidak Harus Dipertikaikan - Irfan Samsons

Adrian yang sudah dua tahun menggantikan tempat Bam mengakui, dirinya masih terlalu ‘hijau’ untuk berkongsi perjalanan bersama kumpulan muzik tersebut.

oleh Rubini Nagarajah

Muzik 11 jam yang lalu

Karya Habsah Hassan Diangkat Dalam Drama Audio ‘Malam Pengantin’ 

Habsah Hassan yang merupakan penulis lirik lagu lagenda tempatan berkata, dia menganggap ini adalah satu penghormatan buat dirinya apabila pihak Astro sanggup b...

oleh Rubini Nagarajah

Selebriti 9 jam yang lalu

“Asalkan Dia Gembira,” Gigi Hadid Tiada Masalah Hubungan Cinta Zayn Malik Dan Selena Gomez

oleh Wafa Aula