web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Duan Nago Bogho - Sebuah Filem Aksi Yang Mengetengahkan Seni Budaya Mak Yong - Pendekatan Yang Menarik! 

Filem ini tidak memerlukan kita berfikir untuk merungkai setiap babak. Bahkan, sub teks filem ini juga sebenarnya disampaikan dengan mudah kerana ia masih bergerak atas landasan komersial. 

Filem & TV Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Jan 2023 9:34PM

Sangeeta Krishnasamy turut terlibat dalam Duan Nago Bogho. - Gambar dari Empire Film Solutions Sdn Bhd

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Jujurnya penulis memang sangat menantikan karya filem arahan Sabri Yunus yang bertajuk Duan Nago Bogho ini kerana pasti ada ‘sesuatu’ yang cuba dipersembahkan seniman ini. Apatah lagi, ia turut mengangkat subjek Mak Yong. 

Namun, tatkala menonton, Duan Nago Bogho yang dikatakan membawa maksud ‘ular tedung selar’ bukanlah sebuah filem yang hanya berakar umbikan seni warisan budaya semata-mata. 

Sebaliknya, ia sebenarnya sebuah filem aksi yang mengetengahkan Mak Yong sebagai premisnya tetapi disulami dengan elemen gangsterisme. Satu pendekatan yang cukup menarik. 

Dalam pada menyulam premis tentang Mak Yong dan elemen gangsterisme ini, Sabri turut menyelitkan elemen kemanusiaan, perpaduan, maruah dan perjuangan budaya, dendam, dan pengkhianatan yang penuh dengan kritikan sosial. 

Sabri Yunus
Sabri Yunus

Antara yang menarik apabila Sabri mengkritik sikap orang Melayu yang hanya beranggapan bahawa seni budaya warisan Melayu hanya untuk orang Melayu dan ia tidak boleh dipelajari atau dikuasai bangsa lain. 

Mengapa? Apabila orang tidak menunjukkan minat terhadap seni warisan budaya kita, kita akan marah. Tapi kita sendiri menjauhkan seni warisan budaya kita kepada orang lain. 

Begitu juga dengan kritikan sosial terhadap golongan gangster yang hanya tahu menikam antara satu sama lain demi kepentingan diri dan secara realiti, ia juga turut berlaku di mana-mana pun termasuk di kalangan ahli politik. 

Duan, lakonan Asrul Faizal.
Duan, lakonan Asrul Faizal.

Seperkara menarik tentang falsafah dan perjuangan Mak Yong itu sendiri itu yang cukup kental dipegang oleh seorang anak seni bernama Duan (Asrul Faizal).  Dia hanya akan mempertahan maruah tentang hal-hal yang mencakupi dunia warisan seni budayanya dan memikul tanggung jawabnya sehingga ke saat akhir. 

Jarang sekali, kita ditemukan dengan insan seni yang sebegini pada masa sekarang. Masih ada, tetapi tidak sebanyak dulu. Atas sebab itulah Duan digelar Nago Bogho. Dia tidak takut berjuang atas nama maruah dan kebenaran demi seni Mak Yong yang sudah sebati menjadi sebahagian daripada darah dagingnya. 

Apakah Duan Nago Bogho sebuah filem berat berdasarkan apa yang penulis nyatakan di atas? Bahkan selalunya itulah yang terjadi dalam setiap filem yang cuba mengetengahkan subjek budaya. 

Tidak! Ia bukanlah sebuah filem yang berat, perlahan atau membosankan kerana Sabri bijak menggarap filem ini dengan menyampaikan kritikan sosial menggunakan 80 peratus bahasa Kelantan itu menerusi dialog-dialog bagus yang sesekali diselitkan dengan lawak bersahaja. 

Ia tidak memerlukan kita berfikir untuk merungkai setiap babak. Bahkan, sub teks filem ini juga sebenarnya disampaikan dengan mudah kerana ia masih bergerak atas landasan komersial. 

Lakonan Asrul Faizal sebagai Duan memang cukup cemerlang. Sebagai penggiat seni dan aktivis teater sejati, dia nyata pilihan yang tepat untuk membawakan watak tersebut. Asrul Faizal sendiri akui bahawa tawaran membawakan watak sebegini daripada Sabri memang sukar ditolak. 

 Rosyam Nor
Rosyam Nor

Filem ini turut dibantu beberapa pelakon hebat lain seperti Issey Fazlisham, Jason Chong, Datuk Rosyam Nor, Sangeeta Krishnasamy, Angelina Tan serta Sabri Yunus sendiri. Lakonan mereka memang tidak perlu dipertikaikan lagi. 

Namun, melihat Jojo Goh dan anak Sabri Yunus iaitu Saidi Sabri sendiri beraksi di dalam filem agak menarik kerana mereka memberikan warna sendiri dalam menjayakan karakter mereka. 

Jojo Goh
Jojo Goh

Pengalaman menonton paling ‘mahal’ apabila berpeluang melihat sasterawan negara yang cukup dihormati iaitu Profesor Dr Lim Swee Tin menjadi sebahagian daripada barisan pelakon filem ini. Wow! Tidak sangka beliau boleh menjayakan wataknya dengan baik.  

Di sebalik garapan, jalan cerita dan lakonan yang dipersembahkannya dengan baik oleh Sabri, Duan Nago Bogho bukanlah sebuah filem yang sempurna dari sudut aspek teknikal, sinematografi dan nilai senimatiknya.  Tapi, tetap ada juga yang mengesankan khususnya yang melibatkan beberapa babak aksi. 

Antara babak gangster dalam diselitkan dalam filem Duan Nago Bogho.
Antara babak gangster dalam diselitkan dalam filem Duan Nago Bogho.

Penggunaan lagu Mak Yong sebagai sebahagian daripada skoring filem ini juga tidak mengecewakan walaupun ada beberapa bahagian terganggu dan sayang juga apabila lagu tema filem ini iaitu Nafas Naga yang dipersembahkan Filsuf menampilkan Black Hanafiah tidak digunakan di dalam filem.

Ada beberapa babak yang sesuai sekali untuk sebahagian lagu ini digunakan sama ada dengan lirik atau pun hanya muziknya. 

Apapun, filem terbitan Kalamariff Holdings Sdn Bhd yang menjalani penggambaran selama 30 hari pada April 2021 di lokasi seperti Kuala Lumpur (90 peratus) dan Kelantan (10 peratus) ini sebuah filem yang menarik untuk ditonton. 

SINOPSIS

Duan Nago Bogho mengangkat kisah seorang anak seni tradisional Kelantan Mak Yong iaitu Duan yang juga pemain peran Mak Yong yang mempunyai dua personaliti. Dia yang mencintai seni tradisional juga dalam masa yang sama sangat suka bergaduh. 

Kisahnya bermula selepas Duan bergaduh dengan penonton Mak Yong yang mengganggu sewaktu dia sedang membuat persembahan sehinggalah ayahnya meminta dia untuk meninggalkan kampung dan mencari kerja lain.

Rakannya iaitu Awi yang tinggal di Kuala Lumpur mengajak Duan ke ibu kota. Awi memberitahu Kuala Lumpur memberikan peluang yang lebih luas dalam bidang seni, termasuklah Mak Yong. Awi adalah pekerja seni yang cuba membawa seni Kelantan ke arah yang lebih luas dan maju.

Selain itu, tugas Duan adalah untuk membantu Nancy, anak kepada Jimmy Ang iaitu seorang lelaki cina keturunan Kelantan sehingga membawa konflik dalam hidup Duan. – Getaran, 24 Januari 2023 

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 6 jam yang lalu

RM12 Juta Dalam 11 Hari! ‘Polong’ Terus Hantui Pawagam Seluruh Negara

oleh Rahayu MN