web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


'Roh' Ditayangkan Di Kemboja

Filem & TV Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Feb 2021 2:53PM

Poster filem 'Roh.' Gambar: Twitter Kuman Pictures

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Filem Roh yang diarahkan oleh Emir Ezwan dan diterbitkan oleh Kuman Pictures sedang ditayangkan di Kemboja! Menurut kemas kini dari laman Facebook Kuman Picture, Roh sudah mula ditayangkan di beberapa rangkaian pawagam Kemboja seperti Legend Cinemas dan Major Cineplex Cambodia. Yang menariknya, filem Roh di sana telah dialih suara ke bahasa Khmer. 

Poster 'Roh' di Kemboja. Gambar: Twitter Kuman Picture
Poster 'Roh' di Kemboja. Gambar: Twitter Kuman Picture

Berita tentang filem Roh tembus ke pasaran Kemboja telah dikongsikan di akaun Twitter Kuman Pictures 17 Ogos tahun lalu.

Lebih membanggakan lagi, naskah Roh juga telah dihantar untuk mewakili Malaysia dalam kategori Filem Cereka Antarabangsa Terbaik di Anugerah Academy ke-93.

Di pawagam tempatan, Roh telah mula ditayangkan pada 6 Ogos 2020 dan sehingga minggu ke-5 tayangan, ia mendapat kutipan sebanyak RM522,655.97. Selain daripada tayangan di Malaysia dan Singapura, Roh telah mengembara jauh ke Indonesia (Jogja-Netpac Asian Film Festival), Itali (Udine Far East Film Festival), Brunei, Kanada, Filipina dan Amerika Syarikat (New York Asian Film Festival). Ia juga pernah ditayangkan di laman penstriman Klikfilm di Indonesia dan kini masih ditayangkan di laman penstriman MUBI Malaysia. 

Di sebalik tabir penggambaran filem 'Roh.' Gambar: Twitter MUBI Malaysia & Kuman Pictures
Di sebalik tabir penggambaran filem 'Roh.' Gambar: Twitter MUBI Malaysia & Kuman Pictures

Roh menceritakan tentang satu keluarga daif yang menetap di pinggir hutan yang didatangi seorang budak perempuan aneh. Budak ini kemudiannya memberi sebuah ramalan ngeri kepada keluarga itu. Kemudian, pelbagai peristiwa mistik berlaku. Filem yang mengagumkan ini dibintangi oleh barisan pelakon yang cukup hebat-- Farah Ahmad, Nam Ron, Mhia Farhana, Harith Haziq, Puteri Qaseh dan June Lojong. Proses penggambaran mengambil tempat di Dengkil selama 15 hari dan menelan belanja sebanyak RM360,000 - Getaran, 3 Februari 2021

Di sebalik tabir penggambaran 'Roh'. Gambar: Twitter MUBI Malaysia & Kuman Pictures
Di sebalik tabir penggambaran 'Roh'. Gambar: Twitter MUBI Malaysia & Kuman Pictures

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Malaysia Kekalkan Prinsip, Selesaikan Semua Konflik Dengan Diplomasi - PM

2

Semasa 4 bulan yang lalu

Anwar Ucap Tahniah Kepada Anutin, Sasar Perkukuh Hubungan Malaysia-Thailand

3

Luar Negara 4 bulan yang lalu

Suspek Kes Pornografi Kanak-Kanak Diekstradisi Ke AS

4

Rencana 6 bulan yang lalu

Detik Malaysia Mendunia Telah Tiba, Kita Mampu Lakukan!

Sorotan

1

Syed Saddiq Tamatkan Larian Kesyukuran Amal Sejauh Hampir 170 Km, Kutipan Dana Lepasi Sasaran

2

Lelaki, Wanita Ditahan, Disyaki Berkhalwat Dalam Bilik Hotel

3

Ribut Di Lembah Klang Ragut 1 Nyawa, Banjir Kilat Landa Petaling Jaya

4

PRN Negeri Sembilan: Kemenangan Di Johor Tidak Boleh Dijadikan Penentu Kejayaan BN - Johari 

5

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

6

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon