web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Akta 244 Tidak Boleh Atasi Peruntukan Akta Kerja 1955 (Pindaan) 2022 - FINAS

Filem & TV Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Jan 2023 3:05PM

Pandangan bahawa FINAS mempunyai bidang kuasa untuk mengambil tindakan ataupun menetapkan had masa kerja penggiat seni adalah tidak tepat sama sekali malah ia bercanggah dari segi undang-undang - Gambar Hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Akta Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia 1981 (Akta 244) tidak boleh mengatasi peruntukan Akta Kerja 1955 (Pindaan) 2022 dalam aspek jumlah waktu bekerja yang berkuat kuasa mulai semalam (1 Januari).

Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) Prof Dr Md Nasir Ibrahim dalam kenyataan hari ini berkata perkara itu sekali gus tidak memberi kuasa perundangan kepada  FINAS berhubung isu lebih masa yang melibatkan penggiat seni.

“Maka, pandangan bahawa FINAS mempunyai bidang kuasa untuk mengambil tindakan ataupun menetapkan had masa kerja penggiat seni adalah tidak tepat sama sekali malah ia bercanggah dari segi undang-undang.

“Adalah diharapkan kekeliruan dan salah tafsir segelintir pihak mengenai bidang kuasa FINAS dalam  isu berkaitan kerja lebih masa melibatkan penggiat seni terutama para pelakon dan kru produksi penggambaran ini dapat diperbetulkan dengan penjelasan ini,” katanya selepas mengambil maklum mengenai isu itu yang tular di media sosial baru-baru ini.

Beliau berkata kebajikan pekerja dan kelonggaran dalam tempoh bekerja yang diperuntukkan di bawah Akta Kerja 1955 (Pindaan) 2022 itu juga terpakai kepada penggiat industri filem yang terlibat dengan penggambaran melibatkan para pelakon dan kru produksi.

Md Nasir turut berharap agar penggiat industri tersebut cakna dengan pindaan terkini berhubung akta itu agar tiada salah faham timbul antara majikan dan pekerja.

Katanya ketetapan jumlah waktu bekerja yang telah dipersetujui dan ditetapkan menurut terma dan  syarat kontrak antara majikan (penerbit) dan pekerja (pelakon serta kru produksi) hendaklah dipatuhi sepertimana yang diperuntukkan di bawah Akta Kerja 1955.

Bagaimanapun, beliau berkata FINAS akan mengambil pendekatan terbuka dan proaktif dalam hal berkenaan dan berhasrat untuk mengundang wakil-wakil persatuan perfileman seperti Persatuan Seniman Malaysia (SENIMAN), Persatuan Pekerja Profesional Filem Malaysia (PROFIMA) dan entiti pemegang taruh berkepentingan bagi membincangkan mengenai isu itu dalam masa terdekat.

“FINAS juga bersedia dan terbuka menerima sebarang kritikan dan juga cadangan membina daripada semua pihak bagi memastikan kepentingan dan kebajikan pekerja industri perfileman negara sentiasa terbela dan dilindungi,” katanya.

Semalam, Menteri Sumber Manusia V. Sivakumar memaklumkan Akta Kerja 1955 (Pindaan) 2022 berkuat kuasa mulai 1 Januari 2023 susulan terdapat keperluan untuk menguatkuasakan akta berkenaan meskipun terdapat permintaan daripada pihak industri untuk memanjangkan tempoh penangguhan.

Pindaan itu antaranya meliputi pengurangan tempoh waktu bekerja daripada 48 jam kepada 45 jam seminggu, penambahan cuti bersalin daripada 60 hari kepada 98 hari, cuti paterniti dinaikkan daripada tiga hari kepada tujuh hari dan larangan diskriminasi dalam pekerjaan. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Filem & TV 1 tahun yang lalu

Goat Meledak Di Pawagam, Catat Lebih RM10 Juta Sejak Khamis

2

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Getaran Tanyakan Episod 3

3

Filem & TV 2 tahun yang lalu

Perjuangan Sinematik Marc Abas

4

Filem & TV 2 tahun yang lalu

Reviu Filem: 'Sheriff' Filem Syafiq Yusof Paling Berani, Papar Sisi Gelap PDRM

Sorotan

1

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

2

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

3

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

4

Belanjawan 2027 Mula Dirangka, PM Berdepan Cabaran Subsidi, Tekanan Fiskal & Kos Sara Hidup

5

Muhyiddin ‘Sound’ Khaled, Bersatu Bukan Bertanding Sekadar ‘Kacau Daun’

6

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 17 jam yang lalu

Melodi Tampil Dengan Wajah Baharu, Ain Edruce Kini Gandingan Kamal Adli 

oleh Rahayu MN