web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Karya Anak Tempatan, Hijrah Muhibbah Rangkul Anugerah Filem Dokumentari Pendek Terbaik!

Hijrah Muhibbah menceritakan bagaimana masyarakat di Lutong, Miri saling bertoleransi hidup walaupun berbeza agama. 

Filem & TV Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Dec 2022 2:05PM

Dokumentari terbitan Unit Majalah dan Dokumentari RTM itu mengangkat penghijrahan seorang guru agama, Mohd Zulkifli Mohd Adnan di Lutong, Miri, Sarawak. - Gambar ihsan Azry Ahmad Mustafa

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Sebuah naskhah anak tempatan, Hijrah Muhibbah berjaya mencuri tumpuan barisan juri antarabangsa apabila merangkul gelaran sebagai pemenang di Anugerah Antarabangsa Dokumentari Pendek Bangkok dan Filem Dokumentari Pendek Terbaik, Festival Filem Dunia Cannes edisi November.

Dokumentari Hijrah Muhibbah (Migration Goodwill Malaysia) terbitan terbitan Unit Majalah dan Dokumentari Radio Televisyen Malaysia (RTM) itu mengangkat penghijrahan seorang guru agama Mohd Zulkifli Mohd Adnan Lutong, Miri, Sarawak dan bagaimana masyarakat Kristian dan Islam di sana sangat toleransi meraikan perbezaan agama.

Menurut penerbit program ini, Azry Ahmad Mustafa, beliau percaya kepada kekuatan media kerana apa yang dipaparkan akan membentuk pemikiran penonton. 

Gambar oleh Azry Ahmad Mustafa
Gambar oleh Azry Ahmad Mustafa

“Kalau kita tayangkan sesuatu yang bersifat marah-marah dan agresif, penonton juga akan terpengaruh. Jadi kami memilih untuk melaporkan semangat muhibbah dan toleransi di Sarawak walaupun mereka berlainan agama. 

“Bayangkan, biarpun masjid dan gereja terletak bersebelahan, namun mereka sangat bertoleransi dan tiada gaduh-gaduh. 

Program ini memaparkan semangat muhibbah dan toleransi di Sarawak walaupun berbeza agama.
Program ini memaparkan semangat muhibbah dan toleransi di Sarawak walaupun berbeza agama.

“Contohnya setiap hari Ahad, pihak masjid akan buka pintu untuk mereka parkir kereta di dalam masjid. Ini kerana kawasan parkir gereja yang berdekatan bahaya, perlu seberang jalan dan pernah ada kes pecah kereta di sana.

“Kadangkala mereka anjurkan majlis makan-makan bersama-sama. Pihak gereja tahu apa hidangan yang boleh dihidangkan kepada muslim.

“Ia sekali gus menghapuskan fikiran skeptikal sesetengah pihak mengenai ‘holly water’ dan andaian yang lain,” kata Azry Ahmad ketika dihubungi Getaran.

Penggambaran dokumentari ini yang berlangsung selama empat hari di Lutong juga berdepan dengan beberapa cabaran terutama bagi mendapatkan visual yang betul-betul mewakili penceritaan masyarakat di sana. 

Hijrah Muhibbah merangkul gelaran sebagai pemenang di Anugerah Antarabangsa Dokumentari Pendek Bangkok dan Filem Dokumentari Pendek Terbaik, Festival Filem Dunia Cannes edisi November.
Hijrah Muhibbah merangkul gelaran sebagai pemenang di Anugerah Antarabangsa Dokumentari Pendek Bangkok dan Filem Dokumentari Pendek Terbaik, Festival Filem Dunia Cannes edisi November.

“Cabaran terbesar kami semestinya ketika berada di lapangan. Kami berdepan dengan keadaan seperti tidak dapat visual seperti yang dimahukan, atau subjek tidak memberi kerjasama atau tidak menjawab soalan yang diberikan. 

“Dalam dokumentari, kita sangat mementingkan nilai berita yang kita gabungkan dengan visual. Ada beberapa keadaan yang jawapannya bagus namun sukar untuk kita mendapatkan visual apa yang dikatakan subjek. 

“Ada juga yang takut-takut untuk menjawab soalan kerana dalam fikiran mereka, media akan memutar-belitkan fakta. Jadi, apa yang kami lakukan ialah mendapatkan kepercayaan mereka terlebih dahulu,” tambahnya.

RTM akan menayangkan semula program ini esok (30 Disember), jam 10.30 malam menerusi saluran TV1 serta TV Okey, jam 4.30 petang pada 1 Januari tahun hadapan. - Getaran, 29 Disember 2022

Berita Berkaitan

1

Gaya 5 bulan yang lalu

Itam: A Sun Bear Story, Dokumentari Ikon Ekopelancongan Negara Sempena VM2026

2

Selebriti 1 tahun yang lalu

Ustaz Don Hanya Tahu Direhatkan Terus Dari Salam Baitullah Menerusi X, JAKIM Kata Isu Kecil 

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Agong Berkenan Tonton Dokumentari Khas Menjunjung Kasih Tuanku Terbitan BERNAMA TV

4

Semasa 2 tahun yang lalu

'Video Pembaca Berita Itu Sudah Diedit, Wajah Sebenar Cantik Dan Manis'

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Selebriti 16 jam yang lalu

Aghniny Terima Tawaran Filem Khadam Sebagai Penghargaan Buat Ibu

Filem & TV 1 hari yang lalu

RM12 Juta Dalam 11 Hari! ‘Polong’ Terus Hantui Pawagam Seluruh Negara

Pencapaian luar biasa itu sekali gus mengukuhkan kedudukan Polongsebagai antara filem tempatan paling hangat tahun ini.

oleh Rahayu MN