Berita Terkini

1 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 3 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 3 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


'Fasa' - Filem Pendek Sulung Syahmi Norsan Menjuarai Pertandingan BMW Shorties 2022.

Filem pendek sulung pertama arahannya itu dirungkai melalui dialog yang mendalam dan serba kontemplatif antara dua watak – Ehsan dan Razak yang sedang melalui fasa kehidupan yang berbeza serta keadaan yang mendorong mereka untuk membuat suatu pilihan. 

Filem & TV Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Dec 2022 8:22PM

Syahmi Norsan (kanan) menerima anugerah dari Ketua Komunikasi Korporat BMW, Sashi Ambi (kiri) dan Pengarah Kewangan BMW Group Malaysia, Markus Lang. - Gambar dari BMW Shorties 

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Filem pendek berjudul Fasa arahan Syahmi Norsan yang mengangkat tema moraliti telah dinobatkan pemenang hadiah utama Pertandingan BMW Shorties 2022.

Filem pendek sulung pertama arahannya itu dirungkai melalui dialog yang mendalam dan serba kontemplatif antara dua watak iaitu Ehsan dan Razak yang sedang melalui fasa kehidupan yang berbeza serta keadaan yang mendorong mereka untuk membuat suatu pilihan. 

Dengan kemenangan itu, Syahmi Norsan berjaya membawa pulang wang tunai berjumlah RM80,000 dalam bentuk geran produksi. 

Pemilihan Syahmi Norsan sebagai pemenang hadiah utama itu dibuat secara sebulat suara oleh panel juri dari industri kreatif yang dibarisi pengarah tersohor, Saw Teong Hin, Nadiah Hamzah, Jeany Amir, Joon Goh dan Anwari Ashraf. 

Syahmi Norsan
Syahmi Norsan

“Buat julung kali memikul peranan sebagai pengarah, ‘Fasa’ telah menjadi satu cabaran yang amat besar namun memuaskan dalam perjalanan saya sebagai seorang tukang cerita. 

“Untuk filem ini diiktiraf di atas pentas yang begitu berprestij seperti BMW Shorties dan dalam kalangan kontemporari lain yang tidak kurang hebatnya, ia merupakan sesuatu yang saya benar-benar syukuri. 

“Setiap langkah yang telah diambil berbentuk satu tugas yang besar, berpaksikan matlamat untuk menggambarkan tema-tema cerita ini yang rumit menggunakan cara yang bersesuaian, namun berimpak. 

“Saya amat berterima kasih kepada pasukan saya atas dedikasi mereka untuk menyuntik nafas kepada cerita ini bersama saya. Terima kasih juga kepada BMW Shorties kerana memberi peluang kepada kami untuk berkongsi visi kami ini kepada orang ramai,” sebut Syahmi Norsan. 

Syahmi (tengah) bersama barisan juri.
Syahmi (tengah) bersama barisan juri.

‘Fasa’ menerima pujian daripada seluruh barisan juri atas cara filem ini mendekati tema utamanya, di samping kualiti produksi yang cemerlang, tempo yang menarik, serta penyampaian yang terpelihara namun penuh impak oleh pelakonnya. Biarpun lebih memberi fokus kepada dialog, filem ini mampu menambat perhatian penonton sepanjang tayangannya. 

Kenyataan ini turut dibuktikan dengan kejayaan Syahmi dan pasukan beliau dalam merangkul anugerah Pengarah Terbaik dan juga Pelakon Lelaki Terbaik.

Mewakili barisan juri, Saw Teong Hin mengulas, setelah menonton ‘Fasa’ buat kali yang pertama, apa yang terbenak dalam buah fikiran saya adalah satu cerita yang dibikin dan dikisahkan dengan begitu baik, dan pada masa yang sama, ia membawa erti yang tidak terhad kepada apa yang dipertontonkan sahaja. 

“Kerumitan karya tersebut mampu menarik perhatian anda untuk menontonnya buat kali kedua, lalu anda dapat menghargai setiap keputusan yang diambil oleh Syahmi sebagai pencipta filem ini serta pilihan peribadi yang dibuat oleh para pelakon dalam memainkan watak masing-masing. 

“Firdaus Hamdan, khususnya, telah menunjukkan penyampaian yang begitu terpelihara, yang bukan sahaja tampak natural, tapi juga sarat dengan impak,” katanya 

Filem-filem pendek yang dinukilkan oleh para finalis boleh ditonton di laman YouTube rasmi BMW Shorties di www.youtube.com/user/bmwshortiesmy. - Getaran, 13 Disember 2022 

Sorotan

1

Mangsa Skim Pelaburan Penipuan Berisiko Hilang Hak Untuk Pulih Kerugian – JSJK

2

SPRM Terima Beribu-ribu Dokumen Semasa Siasatan Kes 1MDB – Pegawai Penyiasat

3

Malaysia Berdepan 30,000 Kekurangan Jurutera, Perlu Tampung Dengan TVET

4

Kerajaan Kelantan Ucap Terima Kasih Kepada PM

5

KESUMA Sambut Baik Penyediaan Dana Latihan RM30 Juta

6

Kerajaan Akan Terus Pantau Kadar Inflasi Susulan Kenaikan Gaji Penjawat Awam - PM

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 jam yang lalu

Festival Muzik Banyak Bagus 2024 Gabungkan Barisan Artis Popular 4 Negara

oleh Helmi Anuar

Selebriti 10 jam yang lalu

‘Saya Tak Faham Kenapa Marissa Seorang Yang Disalahkan, Dulu Saya Tak Pernah Salahkan Memey’ - Abby Abadi

Menurut Abby, anaknya Marissa Dania dihentam netizen bagaikan tiada hari esok, sedangkan pihak lelaki juga turut bersalah dalam kontroversi yang melanda keluarg...

oleh Helmi Anuar

Filem & TV 1 hari yang lalu

Tiada Lelaki Itu 2, Erma Akui Tiada Untung Kerana Bayaran Pelakon Mahal 

Biarpun drama Lelaki Itu menerima capaian di media sosial sebanyak 1.13 bilion, namun Erma enggan menyambung drama itu untuk musim kedua

oleh Helmi Anuar

Selebriti 1 hari yang lalu

Atta Halilintar Kongsi Kenangan Jual Kad SIM Di Central Market

oleh Helmi Anuar