web statsweb stats

Berita Terkini

17 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 17 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Filem 'Barbarian Invasion' Atau 'Belenggu' Ditayangkan Di Pawagam Tanpa Wajib Tayang Mulai 24 November Ini

Filem arahan dan lakonan Tan Chui Mui yang pernah memenangi anugerah antarabangsa ini hilang kelayakan memohon Skim Wajib Tayang kerana sebab tertentu.

Filem & TV Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Nov 2022 5:21PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Akhirnya filem ketiga arahan Tan Chui Mui, Barbarian Invasion atau judulnya dalam bahasa Melayu, Belenggu bakal ditayangkan di pawagam tempatan mulai 24 November ini. 

Diterbitkan Da Huang Pictures, Belenggu sebelum ini telah dipilih masuk di pelbagai festival filem antarabangsa berprestij, termasuk Rotterdam, Vancouver, Hong Kong, Jepun, Beijing, dan Polland.

Bahkan, ia juga memenangi anugerah ‘Grand Prix Juri’ di Festival Filem Antarabangsa Shanghai 2021 dan telah ditayangkan di pawagam-pawagam Taiwan Julai lalu. 

Malangnya, ‘Belenggu’ telah hilang kelayakan daripada memohon Skim Wajib Tayang daripada Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS).

Alasan yang diberikan FINAS adalah kerana Da Hunag Pictures sebelum ini pernah mengadakan tayangan khas filem itu di Kuala Lumpur pada tahun lepas, sekali gus ia dilihat tidak memenuhi syarat tayangan perdana Malaysia di bawah skim tersebut.

Mengulas tentang perkara itu, Tan yang juga seorang graduan Universiti Multimedia dengan Ijazah Sarjana Muda Multimedia Animasi dan Filem berkata, “Sayang sekali filem ini tidak dapat perlindungan dari Skim Wajib Tayang. 

“Jadi, ia hanya boleh ditayangkan di pawagam yang terhad - sekitar 20 skrin di seluruh negara. Saya harap rakyat Malaysia boleh datang dan menyokong filem ini.”

Selain Tan Chui Mui sendiri, filem ini turut dibintangi pelakon-pelakon tempatan seperti Bront Palarae, Pete Teo, James Lee, Mano Maniam dan Zhiny Ooi
Selain Tan Chui Mui sendiri, filem ini turut dibintangi pelakon-pelakon tempatan seperti Bront Palarae, Pete Teo, James Lee, Mano Maniam dan Zhiny Ooi

Wakil Da Huang Pictures dan juga seorang pengarah filem, Jacky Yeap menambah, tanpa perlindungan Skim Wajib Tayang, kutipan empat hari pertama, iaitu dari 24 hingga 27 November menjadi sangat penting.

“Jika ia berjaya di ‘box-office’, filem akan bertahan lebih lama. Jadi, kami menjemput semua rakyat Malaysia untuk menyokong industri filem tempatandan kembali ke pawagam,” katanya. 

Filem bergenre aksi ini membawa semangat kepelbagaian budaya di Malaysia serta menggunakan bahasa yang berbilang bangsa ini menjalani penggambaran di Pantai Timur Malaysia. 

Selain Tan Chui Mui sendiri, filem ini turut dibintangi pelakon-pelakon tempatan seperti Bront Palarae, Pete Teo, James Lee, Mano Maniam dan Zhiny Ooi.

Ia mengisahkan tentang Moon Lee (Tan Chui Mui), pelakon pemenang anugerah yang terkenal, telah menjadi ibu sepenuh masa setelah bercerai dan bersara.

Terdesak untuk mendapatkan kembali kepercayaan dirinya, dia telah mengambil peluang bekerja dengan kolaborator lama, pengarah Roger Woo (Pete Teo) untuk kesekian kali. 

Tapi kali ini, Roger Woo menjadikannya sebagai pelakon utama dalam filem seni mempertahankan diri.

Watak itu memerlukan latihan yang luas dan walaupun Moon pada awalnya tidak pasti mengenainya, dia meninggalkan anak lelakinya yang masih muda dalam jagaan pembantu Roger dan fokus menjalani latihan yang tidak akan dapat dilupakan. 

Sebaik sahaja dia mula mendapatkan kepercayaan diri, Roger memberitahunya satu-satunya cara filem ini dapat bergerak maju adalah dengan menjadikan bekas suaminya, Julliard, sebagai pelakon utama lelaki.

Untuk pencarian diri sendiri sebagai pelakon/pengarah di filem ini, Tan telah menjalani latihan yang meluas dalam seni bela diri di Filipina dan Phuket, Thailand. 

Tan turut mempelajari gaya melawan kayu ‘Eskrima’ di Filipina, gaya yang sangat diamalkan oleh Bruce Lee sebelum mencipta ‘Jeet Kune Do’.  Semua babak seni mempertahankan diri dalam filem ini dilakonkan Tan sendiri. 

Filem ini juga menampilkan adegan bergelut dengan warga Sabah, Cassandra J Poyong, Juara Dunia dalam Jiu Jitsu Brazil dan adegan pertengkaran dengan Wai Hoong, pemegang rekod dalam Malaysia Book of Records.

Tiket akan dijual mulai 17 November 2022 dan boleh dibeli lebih awal daripada laman web pawagam yang mengambil bahagian. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk laman web rasmi dan Facebook Filem ‘Belenggu’. – Getaran, 11 November 2022

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 1 tahun yang lalu

Getaran Tanyakan Episod 3

2

Filem & TV 2 tahun yang lalu

Perjuangan Sinematik Marc Abas

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Hampir 5,000 Penggiat Seni Bakal Peroleh Manfaat Kerjasama FINAS, PERKESO - Fahmi

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Industri Diseru Hasilkan Filem Malaysia Inklusif, Tekankan Perpaduan - FINAS

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Selebriti 11 jam yang lalu

M Nasir Fail Saman Lebih RM5 Juta Terhadap Grab Malaysia

oleh Rahayu MN

Selebriti 1 hari yang lalu

Aghniny Terima Tawaran Filem Khadam Sebagai Penghargaan Buat Ibu

Aghniny yang membuat penampilan sulung dalam filem Malaysia menerusi watak Melor, berkata tema keibuan yang diangkat dalam filem itu mempunyai kaitan rapat deng...