web statsweb stats

Berita Terkini

16 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 16 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Meerqeen Mahu Tawan Pasaran Indonesia, 'Modus Operandi' Bakal Jadi Penentunya 

'Modus Operandi' yang menjalani penggambaran selama seminggu di Jakarta turut dibintangi Krito Immanuel, Yusuf Mahardika, Diandra Agatha dan Maudy Effrosina.

Filem & TV Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Nov 2022 8:13PM

Meerqeen merakam kenangan bersama aktres Indonesia, Diandra Agatha. - Gambar Meerqeen

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Drama rantaian 'Melur Untuk Firdaus' benar-benar menaikkan nama Meerqeen di negara  serantau. Bertitik tolak daripada kunjungan pertama untuk sesi bertemu peminat bagi drama tersebut di di Jakarta, rezeki Meerqeen terbuka luas apabila diberi kepercayaan untuk menjayakan produksi di sana.

“Memang ini pengalaman yang menarik dan tidak dapat dilupakan. Saya gembira kerana kerja keras selama ini tanpa disangka membuka mata ramai, termasuk produksi luar yang mula menyedari kehadiran dan mempercayai bakat saya,” ungkap Meerqeen.

Gambar ihsan Meerqeen
Gambar ihsan Meerqeen

Dia yang baru sahaja pulang ke Kuala Lumpur dari Jakarta, awal bulan ini begitu teruja berkongsi pengalaman menjayakan sebuah web drama untuk Bank Rakyat Indonesia.

Sebagai pelakon baharu, Meerqeen berbangga apabila mendapat tawaran itu, tambahan pula diberi kepercayaan bergandingan dengan ramai pelakon handalan dalam produksi tersebut.

Jelasnya, web drama berjudul 'Modus Operandi' itu bukan sahaja membuka langkah pertamanya ke sana, tetapi juga memberikan pengalaman baharu untuk terus meneroka peluang kerjasama dengan produksi lain di Indonesia.

“Sebelum ini, saya ke sana untuk bertemu dengan peminat dan memenuhi pelbagai undangan rancangan TV. Rentetan daripada kunjungan pertama itu, lebih banyak rezeki yang mula terbuka untuk saya mencuba.

“Sebagai pelakon baharu, saya gembira dengan tawaran yang datang. Mereka nampak sesuatu dalam diri saya dan ia merupakan penghormatan yang besar, terutama apabila dapat bekerjasama dengan Bank Rakyat Indonesia,” kata pelakon berusia 21 tahun itu.

Gambar ihsan Meerqeen
Gambar ihsan Meerqeen

Modus Operandi yang menjalani penggambaran selama seminggu di Jakarta turut dibintangi Krito Immanuel, Yusuf Mahardika, Diandra Agatha dan Maudy Effrosina.

Menariknya, Meerqeen diberikan peranan sebagai teraju utama dalam drama berkenaan dan gembira dapat bekerjasama pengarah yang cukup berpengalaman iaitu Makbul Mubarak.

“Memang saya teruja, pada masa sama gemuruh untuk bekerjasama dengan mereka yang berpengalaman. Ini merupakan produksi pertama saya di sana dan sedikit sebanyak ada perbezaan ketara, terutama dalam cara kerja.

“Tapi, saya gembira kerana mereka banyak membantu, terutama semasa proses pra-produksi. Kami terlibat dalam sesi latihan bagi melicinkan proses seterusnya. Ini memang memberikan pengalaman berharga buat saya,” tambahnya lagi.

Gambar ihsan Meerqeen
Gambar ihsan Meerqeen

Meskipun drama berkenaan masih belum ditayangkan, Meerqeen bersyukur apabila dia turut dirisik beberapa produksi lain yang melihat potensi dirinya untuk terus menyerlah dalam bidang lakonan dan pengacaraan.

Tambahnya, dia masih memikirkan tawaran yang diterima, namun tertarik dengan sebuah produksi yang berminat menggunakan khidmatnya sebagai pengacara untuk sebuah program TV. 

“Alhamdulillah, saya bersyukur dengan beberapa tawaran yang diterima. Kalau kena dengan masa dan jadual, pasti saya akan terima. Apa sahaja perkembangan nanti akan diumumkan kepada semua.

“Terima kasih kepada semua pihak, terutama peminat yang sentiasa menyokong kerjaya seni saya. Tanpa sokongan dan doa semua, tidak mungkin saya mampu melangkah sejauh ini. 

“Kepercayaan yang diberikan ini membakar semangat saya untuk terus berusaha keras dan membuktikan kehadiran saya dalam bidang seni bukan main-main. Saya mahu serius menjadi insan seni yang disegani,” katanya lagi.

Sebagai info, Modus Operandi akan mula ditayangkan pada hari ini (4 November) menerusi saluran youtube BRI (Bank Rakyat Indonesia). - Getaran, 4 November 2022 

Berita Berkaitan

1

Semasa 7 bulan yang lalu

Aniaya Kanak-Kanak Hingga Maut: Pasangan Indonesia Mengaku Salah

2

Semasa 10 bulan yang lalu

M’sia-Indonesia Sepakat Kukuhkan Kedudukan, Enggan Serahkan Nasib ASEAN Ke Tangan Kuasa Luar

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Imigresen Sabah Hantar Pulang 153 Pendatang Indonesia

4

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Puting Beliung Landa Sumedang, Bandung Di Indonesia

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Selebriti 10 jam yang lalu

M Nasir Fail Saman Lebih RM5 Juta Terhadap Grab Malaysia

oleh Rahayu MN

Selebriti 1 hari yang lalu

Aghniny Terima Tawaran Filem Khadam Sebagai Penghargaan Buat Ibu

Aghniny yang membuat penampilan sulung dalam filem Malaysia menerusi watak Melor, berkata tema keibuan yang diangkat dalam filem itu mempunyai kaitan rapat deng...