web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


‘Sumo Do, Sumo Don’t’ Papar Kisah Mahasiswa Yang Harus Bertanding Dalam Pertandingan Sumo Untuk Lulus 

Siri terbaru dari Jepun terbitan Disney Plus Hotstar ini diambil dari kisah filem 'Sumo Do, Sumo Don’t' yang pernah diterbitkan pada tahun 1992. 

Filem & TV Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Nov 2022 5:00PM

Gambar Disney Plus Hotstar Malaysia

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Jika anda pernah menonton filem Jepun bertajuk Sumo Do, Sumo Don’t yang diterbitkan pada tahun 1992, anda pasti teruja untuk menonton siri terbaru terbitan Disney Plus Hotstar yang menggunakan tajuk yang sama. 

Siri Sumo Do, Sumo Don’t dibintangi oleh Shono Hayama, Rikka Iraha, Himi Sato, Ryo Takahashi, Atsushi Mori, Kako Takahashi, Miyu Teshima, dan Atsuki Kashio. 

Gambar Disney Plus Hotstar Malaysia
Gambar Disney Plus Hotstar Malaysia

Menariknya, peminat-peminat filem ini juga dapat melihat kemunculan khas pelakon asal filem ini seperti Naoto Takenaka, Misa Shimizu, Hiromasa Taguchi, Naomasa Musaka, dan Akira Emoto.

Siri terbaharu ini juga menampilkan kembali Pengarah Eksekutif asal, Masayuki Suo, dan ditulis oleh Keiko Kanome.

Gambar Disney Plus Hotstar Malaysia
Gambar Disney Plus Hotstar Malaysia

Siri ini mengisahkan tentang Ryota Moriyama lakonan Shono Hayama yang merupakan seorang senior di Universiti Kyoritsu. Dia telah menerima tawaran kerja di syarikat kelas pertama tetapi dibuang oleh Saki Nishino. 

Profesornya memberitahunya bahawa dia boleh menamatkan pengajian dengan syarat dia menyertai kelab sumo dan bersaing dalam sekurang-kurangnya satu perlawanan. 

Gambar Disney Plus Hotstar Malaysia
Gambar Disney Plus Hotstar Malaysia

Dengan hanya seorang ahli tunggal, Honoka Oba, selama dua tahun yang lalu, kelab sumo itu berada di ambang kehancuran. Untuk menamatkan pengajian, Ryota bertahan dengan kaedah latihan ketat Honoka dan mula merekrut ahli baru yang sangat lucu termasuk Shun, seorang pemain tegar permainan video, Ren seorang ballerina lelaki yang berusia dan Yuma, seorang ahli bina badan.

Bercakap mengenai siri ini Shono Hayama berkata agak menarik untuk melihat bagaimana bekas ahli-ahli kelab sumo terdahulu dalam siri terbaharu ini. 

Gambar Disney Plus Hotstar Malaysia
Gambar Disney Plus Hotstar Malaysia

“Anda juga boleh menontonnya dari perspektif ahli kelab sumo Universiti Kyoritsu. Dan apabila lebih ramai ahli terlibat, penonton akan berasa seperti mereka adalah sebahagian dari kelab itu,” katanya.

Gambar Disney Plus Hotstar Malaysia
Gambar Disney Plus Hotstar Malaysia

Bagi Rikka Ihara pula, siri ini agak sedikit berbeza dengan filem asal kerana terdapat pertandingan yang bercampur jantina yang menampilkan sisi berbeza mengenai sumo. 

Jangan lupa untuk saksikan siri yang sangat menghiburkan ini di Disney Plus Hotstar yang telah pun memulakan tayangannya pada 26 Oktober 2022. – Getaran, 1 November 2022

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 1 hari yang lalu

RM12 Juta Dalam 11 Hari! ‘Polong’ Terus Hantui Pawagam Seluruh Negara

oleh Rahayu MN

Selebriti 13 jam yang lalu

Aghniny Terima Tawaran Filem Khadam Sebagai Penghargaan Buat Ibu

Aghniny yang membuat penampilan sulung dalam filem Malaysia menerusi watak Melor, berkata tema keibuan yang diangkat dalam filem itu mempunyai kaitan rapat deng...