web statsweb stats

Berita Terkini

2 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


 ‘Zahirah Sangat Profesional’ - Aiman Hakim Puji Isterinya  

Aiman juga mengakui agak mencabar merealisasikan watak sebagai seorang lelaki yang playboy. dan kaki mabuk dalam ‘Tiada Maaf Bagimu’. 

Filem & TV Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Oct 2022 9:00PM

Aiman sudah mendirikan rumahtangga bersama Zahirah selama dua tahun. - Gambar dari Instagram Aiman Hakim

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pelakon Aiman Hakim mengakui isterinya seorang yang profesional sewaktu mereka sama-sama  menjayakan  penggambaran drama terbaharu, ‘Tiada Maaf Bagimu’ yang kini ditayangkan di slot Megadrama Astro Ria.

Aiman atau Aiman Hakim Ridza Abdoh, 33, juga berkata, dia sememangnya teruja dapat berganding dengan Zahirah MacWilson semula selepas dua tahun berkahwin.

“Berlakon kena jadi profesional, dan sejujurnya, Zahirah seorang yang sangat profesional dalam kerja kerana dia tahu apa dia nak buat dan sangat mudah untuk bekerjasama dengan dia.

“Lagipun ini bukan kali pertama saya berganding dengan isteri saya, kami pernah berlakon bersama sebelum berkahwin, dan dia seorang yang bijak apatah lagi dia mempunyai common sense yang bagus,” katanya kepada Getaran.

Aiman berkata demikian pada  sidang media drama ‘Tiada Maaf Bagimu’, yang berlangsung secara maya baru-baru ini.

Ketika ditanya mengenai watak yang dibawa, Aiman mengakui agak mencabar merealisasikan watak sebagai seorang lelaki yang playboy. dan kaki mabuk. 

“Watak saya adalah sebagai Faiz Iqbal yang merupakan anak orang kaya, kaki mabuk, playboy dan banyak lagilah. Bagi saya untuk menzahirkan watak kaki mabuk bukanlah mudah. 

“Saya banyak rujuk filem ‘Abang’ dibintangi Rahim Razali pada tahun 1981 dan yang menyukarkan apabila saya terpaksa membawa watak kaki mabuk yang tidak mengaku dirinya mabuk,” ujar Aiman.

Aiman turut mengaku isu gangguan seksual yang cuba  diangkat dalam drama ‘Tiada Maaf Bagimu’ dapat dijadikan pengajaran bagi semua.

Drama ini diadaptasi daripada novel berjudul Maaf Saya Tak Sengaja karya Akira Dorayaki yang telah diterbitkan pada tahun 2016. 

Diarahkan Idora Abdul Rahman, ia  menampilkan barisan pelakon seperti Aiman Hakim Ridza, Zahirah Macwilson, Wan Raja, Hafreez Adam, Josiah Hogan, Datuk Jalaluddin Hassan, Watie Sadali, Sofia Dendroff, Zamarul Hisham, Wanns Ahmad, Ummar Dzariff dan ramai lagi.

Drama 24 episod ‘Tiada Maaf Bagimu’ sedang ditayangkan menerusi slot Megadrama di Astro Ria 104 setiap hari Isnin hingga Khamis pada jam 10.00 malam . - Getaran, 18 Oktober 2022

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Selebriti 1 hari yang lalu

Aghniny Terima Tawaran Filem Khadam Sebagai Penghargaan Buat Ibu