web statsweb stats

Berita Terkini

4 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 4 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Khir Rahman Tak Teruja Bawa Watak Antagonis Bapa Yang Teruk Dan Negatif 

Dalam perkembangan lain, Khir Rahman yang juga presiden Pertubuhan Malaysia Cinematic Auteurs Guild (MCAG) memberitahu, mereka bakal merancang untuk menganjurkan program Rahsia Sutradara musim kedua tidak lama lagi. 

Filem & TV Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Oct 2022 12:08PM

Khir Rahman - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pelakon Khir Rahman mengakui bahawa dia kini tidak lagi teruja untuk membawakan watak sebagai bapa yang antagonis. 

“Saya tidak tahu kenapa tetapi setiap kali membawakannya, ia memberikan suatu perasaan dan getaran yang negatif dalam diri saya. 

“Ia membuatkan saya berasa sungguh tidak selesa dan saya terfikir apa yang saya lakukan dengan watak seperti ini. 

“Saya punya anak-anak dan saya tidak mahu ia memberi kesan kepada saya dalam kehidupan peribadi. 

“Ia juga tidak dapat memberikan apa-apa impak sebetulnya kepada diri saya sebagai seorang pelakon,” katanya. 

Pengakuan artis-serba boleh ini cukup memeranjatkan tetapi itulah kesukaran yang dihadapinya sejak kebelakangan ini apabila ditawarkan memegang watak bapa antagonis. 

“Disebab itu, saya cuba mengelak dan menolak untuk melakukan watak yang seperti ini. Bahkan, saya sudah pun menolak suatu tawaran yang memerlukan saya membawakan watak sedemikian,” katanya kepada Getaran. 

Khir Rahman
Khir Rahman

Dalam perkembangan lain, Khir Rahman yang juga presiden Pertubuhan Malaysia Cinematic Auteurs Guild (Pertubuhan Karya Sutradara Sinematik Malaysia) atau MCAG memberitahu, mereka bakal merancang untuk menganjurkan program Rahsia Sutradara musim kedua tidak lama lagi. 

Menerusi penganjuran program Rahsia Sutradara yang pertama dahulu, ia berjaya mendapat Program sambutan yang baik serta  mampu menjadi platform untuk melahirkan pengarah-pengarah baharu yang berbakat. 

“Kita sedang dalam perancangan dan akan ada pembaharuan yang cuba kita lakukan untuk penambahbaikan program Rahsia Sutradara musim kedua ini nanti,” katanya. – Getaran, 10 Oktober 2022 

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Selebriti 1 hari yang lalu

Aghniny Terima Tawaran Filem Khadam Sebagai Penghargaan Buat Ibu