web statsweb stats

Berita Terkini

15 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 15 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


‘The Original Gangster’ Filem Pertama Terbitan Syarikat Produksi Syamsul Yusof

Filem The Original Gangster bakal dibintangi oleh barisan pelakon handalan seperti Datuk Aaron Aziz, Beto Kusyairy, Sharnaaz Ahmad, Yayan Ruhian, Datuk Rosyam Nor dan Syamsul sendiri.

Filem & TV Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Sep 2022 9:00PM

Ramai netizen yang sudah tidak sabar untuk menantikan buah tangan terbaru dari Syamsul ini. - Gambar dari Instagram Syamsul Yusof

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pengarah ‘box office’ tanah air Syamsul Yusof telah mengumumkan bahawa dia bakal menerbitkan filem terbarunya yang berjudul ‘The Original Gangster’.

Menerusi sebuah hantaran di Instagram, Syamsul telah memuat naik sebuah gambar yang tertera tajuk filem berkenaan berserta barisan pelakon yang terlibat seperti Datuk Aaron Aziz, Beto Kusyairy, Sharnaaz Ahmad, Datuk Rosyam Nor, Yayan Ruhian serta dirinya sendiri.

“Filem aksi moden termahal yang pernah diterbitkan di Malaysia. Akan datang,” tulisnya di bahagian kapsyen.

Filem ‘The Original Gangster’ akan diterbitkan di bawah syarikat produksi milik Syamsul sendiri iaitu Syamsul Yusof Films Sdn Bhd bersama Razors Edge Pictures.

Manakala Media Prima Berhad pula akan menjadi rakan media untuk filem ini.

Menjengah di ruangan komen, kelihatan ramai netizen yang sudah tidak sabar untuk menantikan buah tangan terbaru dari Syamsul itu melihatkan barisan pelakonnya yang mantap.

Namun, ramai juga yang bertanya kenapa tiada nama Datuk Adi Putra di dalam senarai barisan pelakon untuk filem ini memandangkan dia pernah muncul dalam filem KL Gangster 1 & 2 membawakan watak Jai.

Sementara itu, penerbit Razors Edge Pictures, Datuk Saniboey Mohd Ismail pula dalam pautan Instagramnya memberitahu, pihaknya bakal terbitkan ‘The Original Gangster’ bersama Syamsul Yusof.

“Selepas perancangan rapi berbulan-bulan lamanya, kami  selangkah lagi dengan penerbitan filem pertama kami dan juga yang  pertama buat Syamsul Yusof Films (SYF) dengan judul, ‘The Original Gangster’.

“Syamsul adalah sutradara yang paling luar biasa di tanah air kita dengan filem arahannya, Mat Kilau yang kini sudah mencecah kutipan sebanyak RM100 juta. Kutipan ini adalah kutipan paling tinggi dalam sejarah perfileman di Malaysia.

“‘The Original Gangster’ bakal menjadi buah tangannya yang paling handal. Insya-Allah dan kami di Razor Edge berbesar hati dapat menerbitkan filem ini bersama SYF,” katanya.

Apa-apa pun semoga berjaya diucapkan kepada Syamsul dan seluruh tenaga kerja produksi untuk pembikinan satu lagi filem aksi yang akan dinanti-nantikan oleh peminat filem tempatan.

Mampukah Syamsul memecahkan rekod filemnya sekali lagi selepas Mat Kilau berjaya mencipta sejarah kutipan filem Malaysia paling tinggi. Sama-sama kita nantikan. - Getaran, 28 September 2022

 
 
 
 
 

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Selebriti 9 jam yang lalu

M Nasir Fail Saman Lebih RM5 Juta Terhadap Grab Malaysia

oleh Rahayu MN

Selebriti 1 hari yang lalu

Aghniny Terima Tawaran Filem Khadam Sebagai Penghargaan Buat Ibu

Aghniny yang membuat penampilan sulung dalam filem Malaysia menerusi watak Melor, berkata tema keibuan yang diangkat dalam filem itu mempunyai kaitan rapat deng...