web statsweb stats

Berita Terkini

15 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 15 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Ramai Mahu Luahkan Kisah Trauma Mereka, Tetapi Takut -  Ahmad Fedtri Kembali Dengan Aduan Jiwa Musim Kedua 

Menurut Ahmad Fedtri, Aduan Jiwa musim kedua kali ini membawa dirinya ke lokasi pengadu bagi mendengar luahan orang ramai. 

Filem & TV Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Sep 2022 2:00PM

Aduan Jiwa musim kedua bersua kembali memaparkan kisah benar perkongsian mangsa trauma. - Gambar ihsan TV3

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pengacara berpengalaman, Ahmad Fedtri Yahya mengakui bahawa sejak mengendalikan program bual bicara Aduan Jiwa, ramai cuba menghubunginya untuk meluahkan kisah-kisah trauma mereka. 

Gambar ihsan TV3
Gambar ihsan TV3

“Selepas perkenalan musim pertama, ramai yang ingin meluahkan kisah-kisah trauma tapi takut. Mungkin kerana ia adalah sesuatu topik yang taboo. Namun, banyak juga yang hubungi saya menerusi platform Twitter dan Instagram. 

“Hari-hari saya menerima mesej yang menjadi tular dan diperkatakan. Pelbagai isu yang saya perolehi daripada mereka seperti hal rumah tangga, ibu bapa, keluarga, persahabatan dan masalah seksual,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Susulan daripada itu, program bual bicara, Aduan Jiwa musim kedua bersua kembali dan ia akan memaparkan kisah benar diceritakan oleh mangsa trauma dalam kes tertentu, di mana dirinya menyelami isi hati mangsa secara mendalam.

Aduan Jiwa musim kedua membawa Ahmad Fedtri ke lokasi pengadu. - Gambar ihsan TV3
Aduan Jiwa musim kedua membawa Ahmad Fedtri ke lokasi pengadu. - Gambar ihsan TV3

Menurut Ahmad Fedtri, Aduan Jiwa musim kedua membawakan dirinya ke lokasi pengadu bagi mendengar kata-kata luahan orang ramai. 

Menurut  Ahmad Fedtri, bukan mudah untuk mendapatkan responden yang ingin berkongsi masalah atau isu dalam suasana terpencil seperti di dalam studio. 

“Mungkin mereka menjadi segan apabila berhadapan dengan kamera, jadi musim kali ini akan menjadi lebih selesa untuk pengadu yang ingin berkongsi kisah mereka.

“Malah pernah ada yang menarik diri selepas penggambaran atas faktor keselamatan. Ada juga yang membatalkan hasrat sebaik tiba di lokasi penggambaran. 

Apa yang kami boleh buat adalah memberikan masa dan ruang serta menggunakan medium alternatif seperti panggilan video bagi memastikan kisah mereka dapat disampaikan,” jelasnya.

Program 10 episod itu sudah mula ditayangkan di TV9, bermula 18 September, setiap Ahad, jam, 10.30 malam.  Ia turut t menampilkan panel jemputan bagi setiap episod untuk memberi pandangan dan cadangan untuk mengatasi masalah.

Antara topik dan kes yang akan dikupas termasuklah kemurungan dan kebimbangan, penderitaan rumah tangga, akhlak dan jenayah seksual.

Episod pertama akan memaparkan topik membabitkan perasaan rindu yang menebal. Kisah pertama membabitkan anak yang sangat rapat dengan arwah bapa, namun, pemergian insan tercinta meninggalkan perasaan terkilan.

Ahmad Fedtri juga adalah penerima Anugerah Tokoh Khas, Kategori Pendakwah Kreatif 1443/2021M Peringkat Wilayah Persekutuan. - Gambar ihsan TV3
Ahmad Fedtri juga adalah penerima Anugerah Tokoh Khas, Kategori Pendakwah Kreatif 1443/2021M Peringkat Wilayah Persekutuan. - Gambar ihsan TV3

Perkongsian dari  Da’i Amirah dalam meneruskan amanah dan legasi penjagaan rumah orang tua yang ditinggalkan oleh ayahnya. Dalam menguruskan amanah yang diberi dan melayan kerenah penghuni, Amirah turut rindu akan kasih sayang seorang bapa. 

Episod seterusnya menampilkan cerita berbeza, kisah-kisah lelaki warga emas di Rumah Perlindungan HIV Muslim, bertajuk ‘HIV Di Usia Senja’. Oleh kerana penyakit mereka sudah di tahap kritikal, kini mereka ditempatkan di pusat perlindungan dan menghitung hari untuk sesuatu yang samar akibat kesilapan silam. 

“Saya mengharapkan program ini akan berterusan kerana ia dapat membantu orang ramai. Mungkin ada antara mereka menonton secara santai tetapi masih boleh mendapat info yang banyak daripada panel jemputan seperti pakar psikiatri, ustaz, ustazah dah ahli motivasi. 

“Sebelum ini, Aduan Jiwa memaparkan kisah namun tiada kata putus. Pada musim baharu ini, kami akan memberi cadangan bagi membantu individu yang berada dalam situasi yang sama.

“Semoga  penonton mendapat manfaat untuk memulihkan trauma atau masalah yang mereka hadapi dari program ini,” kata Ahmad Fedtri, yang juga penerima Anugerah Tokoh Khas, Kategori Pendakwah Kreatif 1443/2021M Peringkat Wilayah Persekutuan itu. - Getaran, 19 September 2022

Berita Berkaitan

1

Filem & TV 2 tahun yang lalu

Saksikan Keperitan Hidup Puteri Balqis Dalam Khilaf Yang Tertulis 

2

Pendidikan 2 tahun yang lalu

Jemputan Sertai Program Di Sekolah Harus Patuhi Garis Panduan - Fadhlina

3

Rencana 2 tahun yang lalu

Waspada Gayakan Aksesori, Si Bulus Pun Boleh Stres

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Ayuh Meriahkan Hari Terakhir Program Setahun Kerajaan Madani

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Selebriti 1 hari yang lalu

Aghniny Terima Tawaran Filem Khadam Sebagai Penghargaan Buat Ibu

Selebriti 9 jam yang lalu

M Nasir Fail Saman Lebih RM5 Juta Terhadap Grab Malaysia

Tindakan saman itu difailkan di Mahkamah Tinggi Shah Alam oleh M Nasir bersama syarikat miliknya, Luncai Emas Sdn Bhd.

oleh Rahayu MN