Berita Terkini

1 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 3 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 3 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Aktres Kangana Ranaut Selar Karan Johar Dan Ayan Mukerji, Sifatkan 'Bhramastra' Sebagai Filem Bencana

Kangana juga menuduh Karan telah mempergunakan pelakon dan pengarah selatan untuk mempromosikan filem 'Brahmastra'.

Filem & TV Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Sep 2022 6:23PM

Kangana Ranaut - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Mulut aktres Kangana Ranaut memang diketahui ‘celupar’ dan kali ini, dia telah mencetuskan kontroversi apabila menyifatkan Brahmastra yang diterajui Ranbir Kapoor dan Alia Bhatt sebagai filem ‘bencana’. 

Filem terbitan Dharma Productions yang dimiliki Karan Johar dan diarahkan Ayan Mukerji ini telah pun menerima pelbagai kecaman sebelum ia ditayangkan di pawagam kerana dianggap sengaja mencetuskan sensitiviti di kalangan penganut Hindu. 

Dan, apabila Brahmastra mula ditayangkan di pawagam secara rasmi pada Jumaat lalu, kecaman yang diterima filem ini masih lagi berterusan dan tidak ada surutnya. 

Filem 'Brahmastra' diterajui Ranbir Kapoor dan Alia Bhatt - Gambar Fail
Filem 'Brahmastra' diterajui Ranbir Kapoor dan Alia Bhatt - Gambar Fail

Kangana Ranaut adalah antara aktres yang cukup lantang menyuarakan kecaman terhadap filem ini dengan menuduh Ayan Mukerji telah membakar kos pembikinan filem sehingga menjadi abu. 

Memulakan kecaman terhadap Karan Johar, Kangana menerusi Instagram Storynya menulis: “Orang seperti Karan Johar harus disoal siasat perbuatan mereka.

“Dia lebih berminat dengan kehidupan seks orang daripada skrip filemnya sendiri. Dia sendiri mengaku membeli ulasan, bintang, dan memberikan nombor koleksi dan tiket yang palsu. 

“Kali ini dia (Karan) cuba menunggang agama Hindu dan gelombang selatan,” katanya.  

Kangana kemudian menuduh Karan telah mempergunakan pelakon dan pengarah selatan untuk mempromosikan filem Brahmastra.

Tidak hanya setakat itu, Kangana turut menyelar Ayan Mukerji.

“Setiap orang yang memanggil Ayan Mukerji seorang genius harus dipenjarakan segera. Dia mengambil masa selama 12 tahun untuk membuat filem ini, dia juga menggantikan 14 pengarah fotografi yang yang digunakan selama  400 hari untuk filem ini dan menukar 85 pembantu pengarah serta membuang Rs600 crores (USD75,420,000.00)  menjadi abu,” katanya. 

Kangana turut menuduh Ayan sebagai seorang pengarah yang cuba mengeksploitasi sentimen agama dengan menukar nama filem daripada Jalaluddin Rumi kepada Shiva pada saat-saat akhir, kerana kejayaan Bahubali.

“Sungguh oportunis dan kreativiti seperti itu merosakkan orang, kejayaan membuatkan orang menjadi tamak,” katanya. 

Dalam pada itu, Kangana  bakal menjayakan filem Emergency yang mana ia turut diarahkannya sendiri. – Getaran, 12 September 2022


 

Sorotan

1

Mangsa Skim Pelaburan Penipuan Berisiko Hilang Hak Untuk Pulih Kerugian – JSJK

2

SPRM Terima Beribu-ribu Dokumen Semasa Siasatan Kes 1MDB – Pegawai Penyiasat

3

Malaysia Berdepan 30,000 Kekurangan Jurutera, Perlu Tampung Dengan TVET

4

Kerajaan Kelantan Ucap Terima Kasih Kepada PM

5

KESUMA Sambut Baik Penyediaan Dana Latihan RM30 Juta

6

Kerajaan Akan Terus Pantau Kadar Inflasi Susulan Kenaikan Gaji Penjawat Awam - PM

Disyorkan untuk anda

Selebriti 1 hari yang lalu

Atta Halilintar Kongsi Kenangan Jual Kad SIM Di Central Market

oleh Helmi Anuar

Selebriti 5 jam yang lalu

‘Saya Tak Faham Kenapa Marissa Seorang Yang Disalahkan, Dulu Saya Tak Pernah Salahkan Memey’ - Abby Abadi

Menurut Abby, anaknya Marissa Dania dihentam netizen bagaikan tiada hari esok, sedangkan pihak lelaki juga turut bersalah dalam kontroversi yang melanda keluarg...

oleh Helmi Anuar

Filem & TV 1 hari yang lalu

Kolaborasi Astro-TikTok Anjur Edisi Terbaharu ‘TikTok LIVE Gimme The Mic’ Di Malaysia

Uji bakat pencarian pencipta kandungan muzik dan bakat baharu bermula 7 Mei di TikTok LIVE

oleh Wartawan Hiburan Getaran

Selebriti 1 hari yang lalu

Kenyataan Undang Kemarahan Warga Singapura, Erma Fatima Mohon Maaf

oleh Wartawan Hiburan Getaran