Berita Terkini

1 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 3 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Masih Relevan Dan Popular, Jaclyn Victor, Shila Amzah, Tomok Tersenarai Sebagai Peserta GV9

Penyertaan ketiga-ketiga penyanyi popular ini menjadi persoalan ramai, namun mereka punya alasan tersendiri untuk menyertai program hiburan nyanyian nombor satu ini.

Filem & TV Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Sep 2022 12:00PM

Jac, Tomok, Shila mempunyai sebab tersendiri menyertai program ini. - Gambar ihsan Astro/AzrulRafie

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Semalam telah berlangsung majlis sidang media memperkenalkan barisan penyanyi yang bakal bertanding dalam program hiburan nombor satu tanah air iaitu Gegar Vaganza musim kesembilan (GV9).

Seramai 13 peserta telah diperkenalkan termasuklah dua peserta dari Singapura. Antara peserta yang terpilih untuk musim kali ini ialah Jaclyn Victor, Shila Amzah, Tomok, Bob Yusof, Dina Nadzir, Kumpulan VE, Haida, Pat Candy, Asheed Def Geb C, Roy Kapilla, Tom Mystarz LG, Hazrul Nizam (Singapura), dan Fuad Rahman (Singapura).

Barisan peserta Gegar Vaganza 9. - Gambar ihsan Astro/AzrulRafie
Barisan peserta Gegar Vaganza 9. - Gambar ihsan Astro/AzrulRafie

Juri tetap pula masih lagi dibarisi maestro muzik tersohor, Datuk Ramli MS, penyanyi dan guru vokal Datuk Syafinaz Selamat serta penyanyi legenda dari Indonesia, Hetty Koes Endang.

Tugas sebagai hos pula masih menjadi milik pengacara dan pelawak terkenal Nabil Ahmad. Tetapi kali ini dia akan bergandingan dengan pasangan baru iaitu Elly Mazlein memandangkan Jihan Muse sedang sarat mengandung dan menunggu masa untuk melahirkan anak.

Melihat senarai  barisan peserta yang bakal menyertai GV9 kali ini, ramai netizen yang sudah mula mempertikaikan tentang pemilihan beberapa penyanyi yang dirasakan masih lagi relevan dan popular di dalam industri muzik tanah air.

Menjawab tentang persoalan yang hangat diperkatakan ini, Raqim Ahmad selaku Naib Presiden Strategi Pembangunan Kandungan Hiburan Melayu Astro berkata, format GV perlu diubah seiring dengan peredaran masa.

Raqim Ahmad dan barisan juri. - Gambar ihsan Astro/AzrulRafie
Raqim Ahmad dan barisan juri. - Gambar ihsan Astro/AzrulRafie

“Banyak penambahbaikan yang perlu kita lakukan. Kita tak boleh statik dengan format GV yang dahulu. Harus ada penambahbaikan dan harus ada objektif yang baru supaya kita kekal relevan. Kita juga nak pastikan jenama GV kekal sebagai program hiburan nombor satu di Malaysia.

“Apabila kita membuat ‘post mortem’ pada tahun lepas, kita membawa Allahyarham Adibah Noor sebagai peserta sedangkan ketika itu dia masih aktif dalam bidang seni. Kita lihat dengan penyertaan arwah, sambutan penonton sangat menggalakkan.

“Selama sembilan musim, GV telah menampilkan lebih dari 100 peserta. Maknanya kita telah beri peluang kepada lebih 100 peserta untuk kembali menyerlah. Jadi tahun ini kita tampil beberapa wajah yang masih baru supaya mereka akan kembali menyengat,” kataya pada sidang media tersebut.

Sementara itu bagi Jaclyn Victor atau lebih mesra dengan panggilan Jac berkata pada mulanya dia telah menolak tawaran untuk menyertai GV.

Jaclyn Victor - Gambar ihsan Astro/AzrulRafie
Jaclyn Victor - Gambar ihsan Astro/AzrulRafie

“Pada mulanya apa yang saya faham tentang konsep dan format GV adalah untuk penyanyi yang sudah lama tidak aktif. Tetapi selepas bertemu dengan seseorang,  dia menjelaskan bahawa konsep GV telah berubah.

“Kata mereka, di sini adalah tempat untuk saya lakukan apa sahaja yang saya mahukan dalam nyanyian dan persembahan.

“Bila saya dah dengar semua penjelasan mereka, saya berfikir semula mungkin ini adalah peluang terbaik untuk saya tunjuk apa lagi yang saya mampu lakukan dalam bidang nyanyian.

“Kerana di mana lagi saya boleh buat semua ini? Ini adalah tempat untuk saya lakukan apa sahaja yang saya mahu untuk berkarya,” katanya.

Baru sahaja memenangi Anugerah Juara Lagu dan dinobatkan sebagai juara program The Masked Singer Malaysia musim kedua, Shila Amzah akui pada mulanya dia juga menolak tawaran untuk menyertai GV.

Shila Amzah
Shila Amzah

“Apa yang membuatkan saya terima untuk menyertai GV adalah kerana saya rindukan persembahan seperti saya menjadi Rambutan dalam The Masked Singer tetapi kali ini saya boleh tonjolkan wajah saya.

Ditanya tentang penyertaannya di dalam GV sedangkan dirinya masih mengecap populariti dan masih relavan di dalam industri, kata Shila, pentas GV adalah tempat untuk penyanyi berkarya.

“Saya fikir satu perkara ini sahaja. Di Malaysia kita kekurangan program seperti ini. Kita cuma ada GV dan Big Stage. Di sinilah tempat yang anda boleh berkarya dan tonjolkan kelebihan yang ada setiap minggu.

“Bagi seorang penyanyi, penting untuk ada program seperti ini supaya dapat menghilangkan rasa malu untuk membuat persembahan di atas pentas serta kreativiti dalam diri sebagai penyanyi tidak pudar.

“Selama 22 tahun bergelar penyanyi, saya cuba untuk elak dari melakukan perkara yang sama berulang kali. Dan di sinilah tempat terbaik untuk saya tonjolkan sisi yang berbeza dalam nyanyian,” katanya.

Pernah bergelar juara One In A Million (OIAM) satu ketika dahulu, Tomok akui dia tidak pernah merasakan dirinya sudah berada di puncak dan tidak pernah menutup pintu hati untuk menyertai pertandingan nyanyian lagi.

Tomok - Gambar ihsan Astro/AzrulRafie
Tomok - Gambar ihsan Astro/AzrulRafie

“Saya sebenarnya adalah peminat GV. Tawaran ini pernah datang sebelum ini beberapa kali. Tetapi saya rasa tahun ini adalah tahun yang terbaik untuk saya sertai. GV punya peminat yang besar. Jadi ini adalah platform yang terbaik untuk seorang penyanyi kembangkan karier dan empayar dalam bidang muzik.

“Selepas saya sertai OIAM dulu, saya ada pernah menyertai beberapa pertandingan yang lain. Dan, tak semua saya menang.

“Tetapi perkara itu tidak menjadi penghalang untuk saya kerana bidang seni ini memang saya minat dari kecil lagi.

“Menang atau kalah bukan perkara yang besar untuk saya. Ya, saya pernah menjadi juara OIAM, tetapi takkanlah saya nak pegang gelaran itu sampai bila-bila.

“Sudah tentu kita mahukan sesuatu yang baru. Untuk lakukan sesuatu yang baru perlukan pengorbanan. Dan inilah pengorbanannya”, katanya.

Katanya lagi, bukanlah sesuatu yang ralat untuknya menyertai GV kerana dua juara OIAM yang terdahulu iaitu Ayu Damit dan Suki Low juga adalah  bekas peserta GV.

Konsert GV9 bakal bersiaran secara langsung bermula 18 September ini bertempat di Dewan Majlis Bandaraya Shah Alam dan akan disiarkan di saluran Astro Ria setiap Ahad jam 9 malam. - Getaran, 7 September 2022.

Sorotan

1

Kerajaan Kelantan Ucap Terima Kasih Kepada PM

2

KESUMA Sambut Baik Penyediaan Dana Latihan RM30 Juta

3

Kerajaan Akan Terus Pantau Kadar Inflasi Susulan Kenaikan Gaji Penjawat Awam - PM

4

Piala Thomas: Malaysia Jumpa Jepun Di Suku Akhir

5

Semakan Gaji Penjawat Awam Adalah Wajar Untuk Hadapi Inflasi – Ahli Ekonomi

6

Tiada Daya Juang Tinggi, Rexy Kesal Dengan Pemain Perseorangan Wanita Negara

Disyorkan untuk anda

Selebriti 1 hari yang lalu

Irma Hasmie, Redza Sudah Bercerai - Teman Baik

oleh Wartawan Hiburan Getaran

Muzik 1 hari yang lalu

Masdo Bakal Gegarkan Resorts World Awana Dengan Konsert Percuma 

Bakal berlangsung pada 25 Mei ini, konsert adalah eksklusif untuk ahli Kad Genting Rewards

oleh Rahayu MN

Selebriti 1 hari yang lalu

Jadilah Wanita Yang 'Mahal',  Usah Bergaduh Rebut 'Buaya' - Thalia Baiduri

Pelihara maruah dan harga diri, wanita tidak perlu 'bercakaran' hanya kerana inginkan perhatian lelaki 

oleh Sophia Ahmad

Filem & TV 7 jam yang lalu

Tiada Lelaki Itu 2, Erma Akui Tiada Untung Kerana Bayaran Pelakon Mahal 

oleh Helmi Anuar