web statsweb stats

Berita Terkini

14 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 14 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Anak Rimau The Movie Inspirasi Untuk Belia Malaysia Dalam Sukan Bola Sepak 

Ti Lian Ker memuji usaha penerbit dalam menerbitkan filem yang mengangkat semangat dan perjuangan generasi baru dalam mengejar impian sebagai pemain bola sepak.

Filem & TV Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 31 Aug 2022 3:00PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Filem Anak Rimau The Movie, yang sepatutnya ditayangkan pada 2020 namun ditangguhkan berikutan pandemik COVID-19, mendapat perhatian daripada Timbalan Menteri Belia dan Sukan (KBS), Datuk Seri Ti Lian Ker yang menyifatkan filem itu memberi inspirasi kepada anak muda untuk menggapai cita-cita menjadi pemain bola sepak negara.

Apatah lagi, kata beliau, filem itu dihasilkan ketika COVID-19 sedang mengganas.

Ti Lian Ker
Ti Lian Ker

“Ini satu cabaran hebat bagi pelakon dan kru Anak Rimau The Movie kerana dapat menghabiskan penggambaran filem, meskipun diuji dengan pandemik. 

“Proses penggambaran filem dijayakan dengan dedikasi dan memiliki sifat kepimpinan tinggi. Aspek ini juga ditanam dalam mesej utama filem Anak Rimau The Movie iaitu memberi inspirasi kepada anak muda mencapai cita-cita sebagai pemain bola sepak demi Malaysia,” ujarnya ketika hadir pada Malam Gala Filem Anak Rimau The Movie di Dadi Cinema, Pavilion Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Lian Ker turut memuji pasukan produksi Anak Rimau atas kecekalan menerbitkan filem ini. 

Filem Anak Rimau The Movie turut mendapat sokongan Cyberlynx International College selaku penaja utama manakala Al-Ikhsan Sports pula sebagai penaja pakaian sukan rasmi.

Ia juga dihasilkan menerusi usaha sama dengan Majlis Sukan Negara (MSN), Program Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP) dan AMD dengan kerjasama Kementerian Belia dan Sukan (KBS).

Dalam pada itu, penerbit filem berkenaan, Fadzil Manap berkata, filem memainkan peranan penting sebagai medium komunikasi kepada anak muda untuk melakukan perubahan dalam hidup.

“Saya percaya filem Anak Rimau The Movie mampu memberi impak, pengaruh dan gaya pemikiran masyarakat. 

“Tujuan pembikinan filem bukan sahaja memberi semangat kepada anak muda, tetapi bertindak sebagai medium pendidikan, informasi dan hiburan bagi membantu membina asas kukuh untuk transformasi Malaysia,” katanya.

Barisan pelakon Anak Rimau The Movie.
Barisan pelakon Anak Rimau The Movie.

Filem Anak Rimau The Movie mengetengahkan bakat baharu, Idan Aedan dan dua pemain bola sepak kategori bawah 14 tahun dari Akademi Bola Sepak Negara Mokhtar Dahari (AMD), Ahmad Daniel Hakimi Ahmad Azmil @ Kechikimi dan Hanz Daniel Skelchy.

Filem yang menelan kos produksi sebanyak RM5.5 juta itu turut menampilkan aktor terkenal, Beto Kusyairy, Azhan Rani dan Adam Corrie.

Anak Rimau The Movie memaparkan kisah sekumpulan anak muda berbakat tinggi dalam dunia bola sepak yang terdiri daripada pelbagai kaum ketika menyertai Akademi Bola Sepak Malaysia (Anak Rimau Academy). 

Mereka mengharungi pelbagai cabaran sebagai individu dan berpasukan ketika menghadapi fasa baru dalam dunia bola sepak. 

Anak Rimau The Movie bakal ditayangkan di pawagam seluruh negara bermula 1 September 2022. – Getaran, 31 Ogos 2022.

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Selebriti 1 hari yang lalu

Aghniny Terima Tawaran Filem Khadam Sebagai Penghargaan Buat Ibu

Selebriti 8 jam yang lalu

M Nasir Fail Saman Lebih RM5 Juta Terhadap Grab Malaysia

Tindakan saman itu difailkan di Mahkamah Tinggi Shah Alam oleh M Nasir bersama syarikat miliknya, Luncai Emas Sdn Bhd.

oleh Rahayu MN