web statsweb stats

Berita Terkini

9 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 9 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Berjaya Raih RM4 Juta, Filem ‘Gadis Jolobu’ Dibawa Ke China Dan Negara Jiran

Filem ‘Gadis Jolobu’ bakal ditayangkan di tiga platform OTT terbesar di China iaitu BesTV, Youku dan Yongoo.

Filem & TV Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Aug 2022 10:28PM

Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Syarikat hiburan terkemuka Asia Pasifik, Tremendous Entertainment dan Zebra Studio Sdn Bhd melakar sejarah apabila memeterai perjanjian dengan tiga platform OTT terbesar di China dengan menayangkan filem pertama, Gadis Jolobu The Movie arahan CL Hor menerusi Bestv, Youku dan Yongoo.

Pengasas Bersama Zebra Studio dan Penerbit Eksekutif, Saraleana Nattaya Azmi, berkata kejayaan menembusi pasaran China dapat mempromosikan filem dan budaya Malaysia ke peringkat global.

Selain itu, katanya, filem Gadis Jolobu The Movie yang berjaya meraih kutipan sebanyak RM4 juta bakal ditayangkan di Thailand, Filipina, Indonesia dan Brunei Darussalam, tidak lama lagi.

Saraleana Nattaya Azmi - Gambar oleh Helmi Anuar
Saraleana Nattaya Azmi - Gambar oleh Helmi Anuar

“Kami tidak menghasilkan filem Gadis Jolobu The Movie untuk pasaran Malaysia sahaja, sebaliknya menyasarkan beberapa negara luar termasuk Asia Tenggara.

“Dalam keadaan industri pawagam yang baru mahu pulih selepas lebih dua tahun terkesan dengan pandemik, sasaran tidak hanya bertumpu dalam negara.

“Jadi, platform OTT di China adalah pilihan terbaik kerana mempunyai liputan lebih meluas berbanding pawagam,” katanya ketika ditemui di majlis pelancaran filem Gadis Jolobu The Movie menerusi platform penyiaran digital televirtual OTT di Malaysia, Get Play, minggu lalu.

Tambah Saraleana, China menghadkan rakyat ke pawagam, malah, hanya 40 filem antarabangsa dibenarkan ditayangkan dalam tempoh setahun dalam musim pandemik.

“Jadi, langkah terbaik dengan memilih platform OTT kerana ia juga menjadi trend seluruh dunia. Selain itu, setiap daerah di China mempunyai saluran televisyen (TV) sendiri.

“Keputusan menayangkan filem Gadis Jolobu The Movie di platform OTT adalah langkah terbaik, buat masa ini,” katanya.

Filem Gadis Jolobu The Movie yang mencetuskan kontroversi baru-baru ini menampilkan bintang senior, Datuk Hattan, Khir Rahman, Joey Daud dan memperkenalkan bakat baharu, Ahirine Ahirudin selaku teraju utama.

Menerusi perbincangan rangkaian OTT, Saraleana berkata, pihaknya mendapat maklum balas cukup positif apabila pembekal OTT mengagumi keindahan kawasan perkampungan yang ditonjolkan dalam filem Gadis Jolobu The Movie.

“Di China terdapat banyak kampung, namun pembekal OTT cukup kagum dengan keindahan kampung, budaya dan tradisi di Malaysia selepas menonton pelan pemasaran filem.

"Tarikan filem Gadis Jolobu The Movie lebih kepada sinematografi. Disebabkan itu, kami tidak memaparkan jalan cerita berat, malah, penggunaan dialek Negeri Sembilan dan adat juga tidak terlalu banyak ditonjolkan kerana enggan penonton luar keliru.

"Bagaimanapun, saya mengakui proses memasukkan sari kata agak mencabar kerana penggunaan dialek Negeri Sembilan dalam filem," katanya.

Selain itu, katanya, filem Gadis Jolobu The Movie kini boleh ditonton menerusi platform Get Play bermula 26 Ogos ini. Tawaran istimewa diberikan kepada pengguna platform Get Play antara 26 Ogos hingga 8 September ini.

Mengulas mengenai platform Get Play berkonsep baharu, Saraleana berkata, penonton hanya membayar setiap kandungan seperti membeli tiket di pawagam.

“Setiap RM1 langganan akan disalurkan kepada Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Negeri Sembilan sempena Bulan Kemerdekaan sebagai inisiatif program tanggungjawab sosial korporat (CSR),” katanya. – Getaran, 30 Ogos 2022

Gambar : Helmi Anuar menggunakan iPhone 13 Pro

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Selebriti 3 jam yang lalu

M Nasir Fail Saman Lebih RM5 Juta Terhadap Grab Malaysia

oleh Rahayu MN

Selebriti 1 hari yang lalu

Aghniny Terima Tawaran Filem Khadam Sebagai Penghargaan Buat Ibu

Aghniny yang membuat penampilan sulung dalam filem Malaysia menerusi watak Melor, berkata tema keibuan yang diangkat dalam filem itu mempunyai kaitan rapat deng...