Berita Terkini

1 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 3 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


CGI 'Satria Dewa: Gatotkaca', Tidak Hebat, Tapi Tidak Mencacatkan

Filem ini dilihat sebagai langkah berterusan yang baik buat Indonesia dalam menghasilkan filem bergenre adiwira.

Filem & TV Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Aug 2022 8:00PM

'Satria Wira: Gatotkaca' telah pun mula ditayangkan di pawagam Malaysia.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Filem bergenre adiwira sememangnya sering mendapat tempat di hati peminat filem. Buktinya filem-filem adiwira terbitan Hollywood sering kali mendapat kutipan pecah panggung.

Terbaru dari negara jiran iaitu Indonesia, sebuah filem bergenre adiwira iaitu Satria Wira: Gatotkaca yang telah pun mula ditayangkan di pawagam Malaysia.

Mungkin anda bakal skeptikal tatkala mendengar tentang filem adiwira dari Indonesia, namun jangan cepat menghakimi kerana anda mungkin berubah fikiran sebaik sahaja menontonnya.

Filem ini diarahkan dan ditulis Hanung Bramantyo serta dibintangi barisan pelakon popular Indonesia seperti Rizky Nazar, Fedi Nuril, Yasmin Napper, Yayan Ruhian, Omar Daniel dan ramai lagi.

Kisah filem ini bermula di sebuah perkampungan pedalaman di mana Yuda (Gatotkaca) yang ketika itu masih kecil telah diburu oleh orang dari keturunan Kurawa yang mahu menghapuskan Gatotkaca yang berketurunan Pandawa.

Ibunya telah berjaya menyelamatkannya dan lari dari situ. Malangnya sewaktu Yuda membesar, ibunya menjadi hilang ingatan dan bersikap seperti orang kurang siuman.

Sewaktu menjadi jurufoto untuk majlis konvokesyen teman baiknya Erlangga, suatu kejadian misteri telah berlaku apabila Erlangga telah dibunuh dengan kejam oleh kuasa luar biasa.

Yuda dan Erlangga
Yuda dan Erlangga

Yuda dan teman wanita Erlangga iaitu Agni telah menyelidiki apa yang sebenarnya berlaku kepada Erlangga.

Ketika mereka berdua sedang mencari apa sebenarnya yang berlaku, kedua-dua mereka telah diserang oleh orang Kurawa. Namun telah diselamatkan oleh seorang jejaka pemanah bernama Dananjaya.

Yuda dan Agni
Yuda dan Agni

Dananjaya telah membawa Yuda dan Agni ke makmal rahsianya dan di situ mereka mendapat tahu apa sebenarnya yang berlaku dengan lebih jelas. Dalam merungkai misteri yang berlaku, Yuda mula menyedari bahawa dia mempunyai kuasa luar biasa dan dia sebenarnya adalah Satria Dewa Gatotkaca.

Di suatu tempat terpencil, tinggal Aswatama yang telah diikat dan menanti untuk dibebaskan apabila orang suruhannya berjaya menewaskan Gatotkaca dengan merampas medal kuasa milik Gatotkaca.

Aswatama
Aswatama

Sejujurnya filem ini agak menghiburkan untuk ditonton kerana jalan ceritanya yang unik berbanding filem-filem adiwira lain yang pernah diterbitkan di negara Asia.

Pihak produksi bijak memilih barisan pelakon yang sedap mata memandang. Hampir kesemua mereka mempunyai wajah yang tampan dan jelita. Jadi, jika sesekali anda terasa bosan atau sukar mengerti  dengan jalan ceritanya yang mungkin sedikit rumit untuk difahami, anda masih mampu menikmati lakonan dan wajah pelakonnya yang sedap mata memandang.

Pujian harus diberikan kepada Fedi Nuril yang membawakan watak Aswatama dengan baik sekali biarpun ini kali pertama dia melakonkan watak antagonis.

Jujur pada permulaan cerita, penulis sama sekali  tidak menyedari bahawa sosok Aswatawa ini adalah Fedi Nuril kerana dia kelihatan sangat berbeza melalui kesan solekan dan rambut yang panjang. Kostum juga kelihatan menarik dan tidak terlalu mencuba.

Teknik kesan khas CGI dalam filem tidaklah sehebat produksi Hollywood, namun tidak juga buruk. Masih boleh diterima dan tidak mencacatkan filem ini yang menjalani penggambaran di waktu pandemik.

Elemen komedi yang diselitkan dalam filem ini juga mencuit hati dan tidak berlebihan. Jadi, filem ini tidaklah menjadi terlalu berat untuk ditonton.

Di pengakhiran cerita anda pasti tidak menyangka dengan satu persatu kejutan yang akan dibongkarkan yang akhirnya menjawab segala persoalan dari awal cerita.

Tuntasnya, filem ini harus diberikan pujian dan boleh dikatakan sebagai langkah berterusan yang baik untuk Indonesia menghasilkan lebih banyak filem bergenre adiwira di masa akan datang. - Getaran, 25 Ogos 2022

3.5 Getar

Sorotan

1

Kerajaan Kelantan Ucap Terima Kasih Kepada PM

2

KESUMA Sambut Baik Penyediaan Dana Latihan RM30 Juta

3

Kerajaan Akan Terus Pantau Kadar Inflasi Susulan Kenaikan Gaji Penjawat Awam - PM

4

Piala Thomas: Malaysia Jumpa Jepun Di Suku Akhir

5

Semakan Gaji Penjawat Awam Adalah Wajar Untuk Hadapi Inflasi – Ahli Ekonomi

6

Tiada Daya Juang Tinggi, Rexy Kesal Dengan Pemain Perseorangan Wanita Negara

Disyorkan untuk anda

Selebriti 1 hari yang lalu

Jadilah Wanita Yang 'Mahal',  Usah Bergaduh Rebut 'Buaya' - Thalia Baiduri

oleh Sophia Ahmad

Muzik 1 hari yang lalu

Masdo Bakal Gegarkan Resorts World Awana Dengan Konsert Percuma 

Bakal berlangsung pada 25 Mei ini, konsert adalah eksklusif untuk ahli Kad Genting Rewards

oleh Rahayu MN

Selebriti 1 hari yang lalu

Irma Hasmie, Redza Sudah Bercerai - Teman Baik

Pasangan itu disahkan bercerai enam bulan lalu dalam perkongsian di akaun Instagram Reen Emran

oleh Wartawan Hiburan Getaran

Filem & TV 2 jam yang lalu

Tiada Lelaki Itu 2, Erma Akui Tiada Untung Kerana Bayaran Pelakon Mahal 

oleh Helmi Anuar