web statsweb stats

Berita Terkini

3 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Pertandingan BMW Shorties 2022 Kembali Sempena Sambutan Merdeka dan Hari Malaysia

Sebanyak 30 filem pendek ciptaan warga Malaysia terpilih menyertai pertandingan anjuran BMW Shorties yang akan bermula pada hari ini sehingga 18 September ini.

Filem & TV Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Aug 2022 5:00PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Sebanyak 30 filem pendek ciptaan warga Malaysia telah terpilih menyertai pertandingan filem pendek dan kandungan digital anjuran BMW Shorties yang akan bermula pada hari ini sehingga 18 September ini.

Dianjurkan sempena sambutan Hari Merdeka dan Hari Malaysia, kesemua 30 filem pendek akan disiarkan di Astro GO bagi menonjolkan bakat para pembikin filem dan kandungan digital tempatan.

Ia bersesuaian dengan matlamat pertandingan ini untuk menyediakan sebuah platform bagi golongan pembikin filem dan kandungan digital menzahirkan kreativiti masing-masing secara visual storytelling.

Bertemakan RE:IMAGINE!, BMW Shorties yang sudah memasuki tahun ke-16 penganjurannya ini akan menganugerahkan geran produksi bernilai RM 80,000 untuk membikin sebuah filem pendek hasil pembiayaan BMW Shorties.

Ketua Komunikasi Korporat di BMW Group Malaysia, Sashi Ambi berkata, BMW Shorties merupakan sebuah usaha kreatif daripada BMW Group Malaysia untuk meneroka dan mendukung bakat-bakat perfileman tempatan.

“Kini, ia kembali untuk tahun 2022 dan program ini mengiktiraf para bakat tempatan dalam pengembaraan kreatif mereka, dan kami turut memetik ilham daripada golongan ini sebagai sebuah jenama dalam lapangan inovasi dan kreativiti.”

“Kolaborasi dengan Astro ini hadir tepat pada masanya, menjelang sambutan Hari Merdeka dan Hari Malaysia.

“Ia  mendemonstrasikan bahawa usaha kreatif yang berputik di Malaysia ini masih teguh mengiktiraf bakat-bakat tempatan selain menjadi sumber inspirasi kepada semua golongan dalam lapangan kreatif di negara ini,” katanya.

BMW Shorties yang mempunyai dengan sejarah penganjuran yang paling lama di Malaysia akan turut mempamerkan filem-filem BMW Shorties dari tahun 2011 hingga 2019 di Astro GO.

Sekaligus, ia juga merupakan satu inisiatif BMW Shorties untuk meraikan bakat-bakat kreatif warga tempatan dalam pembikinan filem dan kandungan digital.

Maklumat lanjut akan dibekalkan dalam tempoh terdekat, jadi kepada para bakat perfileman serta peminat di luar sana, nantikan perkembangan terkini di laman Facebook rasmi BMW Shorties di www.facebook.com/BMWShorties dan akaun Instagramnya di www.instagram.com/bmwshorties.

30 filem pendek BMW Shorties yang bakal ditayangkan di Astro GO ialah:

Guang  - Quek Shio Chuan

Murdered - Chua Dick Woei

Sid & Barry -  Quek Shio Chuan

Hidup Bersama -  Lau Ming Yeow

Putus -  Muhammad Ezmeer Abd Rahman

32°C Fall In Love -  Tan Seng Kiat

Pejam Pelik -  Mohd Khairul Azri Md Noor

Rozita Roslan -  Taufiq Kamal

Fish - Gan Yu Long

Koci 5 Ringgit -  Khairul Azaharuddin Ariffin

Gigi  - Audrie Yeo

Short & Sweet -  Balachandran S.K. Sivalingam

TUCK - Gordon Ling Fu Chur

Terminal -  Caston J

Hawa  - Tan Ce Ding

Roundabout - Liew Yew Yin

Never Was The Shade -  Lim Kean Hian

SELAM 2.0 -  Lor Yew Mien

Desakan Dewasa -  Johanna Johan Ariffin

Touch - Wilson Tai

Gold! There is Gold in the River -  Mallory Lee

Colourless -  Ananth Subramaniam

Burn - Ng Kwok Yong

Handbag -  Mohd Khairul Anuar

Kampung Aman -  Sherwynn Victor dan Michael Lourdes

PACE - Ekin Charles

Di Sini Aku -  Putri Purnama Sugua

Ralat the Musical -  Khairi Anwar

Pemburungan -  Chulat

SATU - John Hafiz - Getaran, 24 Ogos 2022.

Gambar: BMW Shorties 2022

Sorotan

1

Piala Dunia Sepak Takraw: Malaysia Bergaya Melangkah Ke Suku Akhir

2

Cuba Ceroboh Masuk Istana Negara, 2 Individu Dipenjara 2 Bulan

3

Sharul Aimy Lakar Sejarah, Raih Pingat Sulung Negara Pada Kejohanan Asia

4

2 Gol Penang FC Batal, Akur Seri 0-0 Dengan Terengganu

5

Belum Sempat Sampai Rumah Dari KLIA, Suami Sarjan Faridah Terima Berita Pemergian Isteri

6

Selangor Tewaskan KDA FC 1-0, Bergema 'Siu' Di MBPJ

Disyorkan untuk anda

Selebriti 1 hari yang lalu

Selepas 16 tahun Dalam Industri, Onew Bakal Bertemu Peminat Malaysia 27 Julai Hadapan

oleh Wartawan Hiburan Getaran

Selebriti 20 jam yang lalu

Erysha Emyra Jawab Isu Berlakon Jadi Kekasih Abang Ipar Tiri   

Erysha dan MK K-Clique merupakan pasangan dalam drama Aku Bukan Ustazah yang kini sedang ditayangkan di slot Akasia, TV3

oleh Helmi Anuar

Selebriti 1 jam yang lalu

Blockout 2024: Tak Perlu Sokong Artis, Tapi Jangan Pengaruhi Orang Ramai - Simmons

oleh Sophia Ahmad