web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Untuk Wujudkan Letupan Dalam Air Force Yang 'Real' Dan Nyata, Pengarah Kurangkan Kesan CGI

Disebabkan mahu meminimumkan sebanyak mungkin kesan CGI dan merakamkan babak penting senyata mungkin, banyak cabaran yang dilalui dalam filem ini. Baca untuk tahu selanjutnya! 

Filem & TV Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Aug 2022 8:04PM

Zulkarnain Azhar - Gambar oleh Wafa Aula

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

''Jika anda tertanya-tanya adakah babak letupan yang besar dalam filem ini hanya CGI? Jawapannya tidak. Semua yang anda tonton adalah real”. 

Demikian pengakuan jujur pengarah filem Air Force The Movie: Selagi Bernyawa, Zulkarnain Azhar ketika diminta mengulas mengenai kesan imej janaan komputer (CGI) dalam naskhah bergenre aksi ketenteraan ini. 

Semasa mengarahkan filem ini, Zulkarnain mengakui seboleh-bolehnya dia cuba untuk meminimumkan sebanyak mungkin kesan CGI dan merakamkan babak penting senyata yang mungkin. 

“Untuk mendapatkan visual semasa babak kejar-mengejar pesawat Sukhoi, kami dan pihak Tentera Udara Malaysia (TUDM) mereka cipta sendiri pot khas di jet pejuang untuk meletakkan kamera kami. 

“Kita buat pot di celah missile untuk rakam senyata yang mungkin. Ia memang real.

“Tidak hanya itu, penonton akan dapat menyaksikan letupan besar. Itu juga adalah letupan yang sebenar yang kita lakukan di lapang sasar, tempat latihan tentera,” jelasnya. 

Zulkarnain Azhar
Zulkarnain Azhar

Zulkarnain bagaimanapun menjelaskan disebabkan mahu merealisasikan babak-babak yang nyata, mereka turut berdepan pelbagai cabaran sepanjang menjayakan pembikinan filem ini. 

Antaranya adalah berdepan keadaan cuaca seperti hujan lebat yang hampir menenggelamkan set penggambaran mereka. 

“Hanya orang gila shoot filem musim hujan. Kamilah yang gila itu. Sebelum ini, kita ada jayakan babak camp site dan memang saya inginkan ia sedikit berlumpur. 

“Tak sangka Tuhan mengabulkan permintaan saya sebab memang khemah kami berlumpur akibat hujan,” jelasnya. 

Filem Air Force The Movie, mengisahkan mengenai Pasukan Khas Udara (PASKAU) yang terkandas di Namburi selepas kapal terbang mereka ditembak. 

Turut menjayakan filem ini ialah Datuk Adi Putra, Nas-T, Luqman Hafidz, Johan As'ari, Pablo Amirul, Jack Tan dan Sara Ali.  

Air Force bakal ditayangkan di pawagam seluruh negara pada 25 Ogos 2022. - Getaran, 22 Ogos 2022.

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Selebriti 23 jam yang lalu

Aghniny Terima Tawaran Filem Khadam Sebagai Penghargaan Buat Ibu

Filem & TV 1 hari yang lalu

RM12 Juta Dalam 11 Hari! ‘Polong’ Terus Hantui Pawagam Seluruh Negara

Pencapaian luar biasa itu sekali gus mengukuhkan kedudukan Polongsebagai antara filem tempatan paling hangat tahun ini.

oleh Rahayu MN