web statsweb stats

Berita Terkini

13 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 13 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Belon Angkasa Kisah Sekumpulan Angkasawan Yang Terkandas Di Sebuah Stesen Angkasa

Sitkom Belon Angkasa yang dihasilkan dalam Bahasa Melayu Sarawak ini diarahkan Rashid Salleh yang namanya tidak asing lagi dalam industri perfileman. 

Filem & TV Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Aug 2022 8:02PM

Gambar ihsan TVS

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Segelintir daripada kita, pernah menyimpan cita-cita dan impian untuk menjadi angkasawan serta menjejaki bulan dan meneroka seluruh alam cakerawala.

Cita-cita dan impian itu, bagaimanapun agak sukar direalisasikan. 

Namun, bagaimana pula jika ada sebuah sitkom yang memaparkan kisah tentang sekumpulan angkasawan tempatan? Tentu ia menarikkan?

Inilah yang cuba dipaparkan dalam sitkom Bahasa Melayu Sarawak, Belon Angkasa terbitan syarikat produksi, Asa Esa Films. 

Ia juga menjadi produksi pertama menggunakan fasiliti studio baru FINAS Sarawak yang diwujudkan untuk membangunkan kegiatan perfileman di negeri tersebut.

Sitkom bersiri, Belon Angkasa ini diterbitkan Alwyn Tay serta diarahkan Rashid Salleh yang namanya tidak asing lagi dalam industri perfileman tanah air. 

Ia mengisahkan sekumpulan angkasawan Sarawak yang terkandas di sebuah stesen angkasa yang terbengkalai sejak berpuluh tahun. 

Mereka mesti mengikhtiarkan jalan untuk pulang ke Bumi, namun menghadapi pelbagai masalah sepanjang pengembaraan tersebut. 

Apa yang menarik aspirasi di sebalik pembikinan sitkom ini sebenarnya tercetus susulan pengumuman yang dibuat oleh Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg pada tahun lepas.

Dalam ucapannya, Abang Johari berkata, Sarawak harus menguasai dan mempunyai pengetahuan dan kepakaran berkaitan ilmu falak atau astronomi. 

Beliau memberitahu, ini kerana cabang pengetahuan ini berkait rapat dengan teknologi maklumat dan komunikasi yang boleh memberi manfaat ekonomi yang besar kepada Sarawak pada masa hadapan.

Pada awal bulan ini, bekas Angkasawan Negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha pula berkata, Sarawak mempunyai potensi untuk melahirkan generasi angkasawan baru Malaysia yang akan datang. 

Ini kerana pelajar Sarawak mempunyai penguasaan bahasa Inggeris yang baik dan kebolehan untuk berfikiran secara inovatif.

Belon Angkasa dibintangi duo komedi tempatan yang dikenali ramai iaitu Ken Micheal dan Stonton James (Bunyau dan Mujap) serta dibantu model dan pelakon Bidayuh, Samarinna Tolhip dan Rashid Salleh sendiri.

Ia turut mengetengahkan bakat-bakat baharu daripada negeri Sarawak. 

Sitkom bergenre komedi sains fiksyen ini bakal bersiaran di TVS, saluran 122 Astro dan my Freeview pada akhir hujung tahun ini. – Getaran, 22 Ogos 2022 

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Selebriti 1 hari yang lalu

Aghniny Terima Tawaran Filem Khadam Sebagai Penghargaan Buat Ibu

Selebriti 7 jam yang lalu

M Nasir Fail Saman Lebih RM5 Juta Terhadap Grab Malaysia

Tindakan saman itu difailkan di Mahkamah Tinggi Shah Alam oleh M Nasir bersama syarikat miliknya, Luncai Emas Sdn Bhd.

oleh Rahayu MN