web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


'Teluh' Sebuah Kisah Seram Benar Buat Teladan Semua

Filem tentang amalan ilmu hitam ini wajar diberi pujian kerana digarap dengan baik dan mampu menimbulkan kesan seram.

Filem & TV Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Jun 2022 3:06PM

Gambar Instagram @mercusuar.films

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Filem seram terbaharu dari Indonesia ini mungkin tidak sepopular filem-filem seram negara tersebut yang mendapat liputan media meluas baru-baru ini, namun pada penulis secara peribadi, ia sebenarnya filem yang tidak kurang hebat dan wajar diberi pujian.

Lebih menarik, filem ini juga terinspirasi dari kisah benar yang pernah terjadi.

Berlatarbelakangkan sebuah kota di Pulau Jawa, Indonesia sekitar tahun 80-an, karya ini menceritakan kisah sebuah keluarga yang menjadi mangsa amalan ilmu hitam.

Ia bermula dengan perihal Pak Indra lakonan Baron Hermanto, yang berhadapan dengan sebuah masalah besar saat mengetahui pekerjanya Yulia (Farahdiba Ferreira) sedang hamil selepas mereka menjalinkan hubungan sulit.

Walau bagaimanapun Indra yang enggan bertanggungjawab dan hanya mahu menawarkan wang sebagai ganti dosanya telah mengecewakan Yulia yang kemudian pulang ke rumah sambil menangis.

Setibanya di rumah, Yulia kemudian dibunuh oleh kelibat seseorang yang tidak diketahui.

Enam bulan kemudian, keluarga Pak Indra tiba-tiba diserang dengan ilmu hitam lewat suatu amalan mistik yang dikenali sebagai Teluh Braja.

Seperti yang digambarkan oleh rakyat umum Indonesia, serangan teluh ini biasanya mirip jatuhan tahi bintang yang jatuh ke atas rumah atau kawasan musuh yang dituju.

Selepas teluh itu jatuh memasuki kawasan rumah Pak Indra, pelbagai musibah mula menimpa ahli keluarganya bermula dengan penyakit-penyakit aneh serta pelbagai kejadian yang sukar dijelaskan.

Filem arahan Dedy Mercy ini bukanlah kisah seram biasa yang kerap menunjukkan kelibat hantu atau makhluk halus namun ia berkisar amalan dan padah ilmu hitam yang mampu memusnahkan manusia.

Tanpa perlu menonjolkan gambaran syaitan atau iblis, ia tetap berjaya mewujudkan suasana seram sepanjang filem, apatah lagi ia terilham dari sebuah kisah benar.

Dan oleh kerana penduduk nusantara umum tahu akan amalan ilmu hitam dan mistik, ia pasti akan membuat penonton berfikir tentang bahaya mengamalkan ilmu terlarang ini.

Kejadian luar biasa yang terjadi pada beberapa watak dalam filem Teluh adalah gambaran sebenar yang pernah menimpa beberapa orang dalam dunia nyata dan seharusnya menjadi iktibar buat semua.   

Dari awal filem, penerbitnya mengingatkan penonton bahawa amalan yang menduakan Tuhan adalah syirik dan dosa terbesar yang tidak akan diampunkan mengikut ajaran Islam.

Jika anda menyukai filem berunsur mistik dan masih ada unsur seram di dalamnya, penulis sangat menyarankan karya ini kerana selain pengajaran ia juga mengingatkan kita tentang bahaya tuntutan ilmu yang salah.

Malah ia juga satu ingatan untuk tidak melakukan dosa terhadap manusia lain supaya tidak ada yang berdendam atau berniat jahat dengan kita

Teluh boleh ditonton di beberapa pawagam TGV terpilih seluruh negara. - Getaran, 22 Jun 2022

Rating : 4 Getar

Berita Berkaitan

1

Semasa 7 bulan yang lalu

Aniaya Kanak-Kanak Hingga Maut: Pasangan Indonesia Mengaku Salah

2

Semasa 10 bulan yang lalu

M’sia-Indonesia Sepakat Kukuhkan Kedudukan, Enggan Serahkan Nasib ASEAN Ke Tangan Kuasa Luar

3

Filem & TV 1 tahun yang lalu

Goat Meledak Di Pawagam, Catat Lebih RM10 Juta Sejak Khamis

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Imigresen Sabah Hantar Pulang 153 Pendatang Indonesia

Sorotan

1

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

2

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

3

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

4

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

5

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

6

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN