web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Acara Komedi Paling Gempak, 'The Big LOL Show' Kini Kembali!

Setiap persembahan yang disajikan mempunyai tarikan mereka yang tersendiri dan menjanjikan pengalaman menarik yang bakal menghiburkan penonton yang hadir di acara ini.

Filem & TV Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 May 2022 7:15PM

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Selepas dua tahun sepi dari acara lawak jenaka terbesar ini, nampaknya acara komedi tahunan paling gempak ‘The Big LOL Show’ yang dinamakan “The Comeback” telah kembali untuk menggeletek anda hujung minggu ini.

Kembali dengan bergaya, mereka nampaknya  bakal membuat persembahan tiga hari berturut-turut bermula 16, 17 dan 18 Jun 2022 di lokasi terbaru bertaraf antarabangsa di Bukit Bintang, Zepp Kuala Lumpur (Zepp KL). 

Kali terakhir 'The Big LOL Show' dipentaskan adalah pada tahun 2019 dan menerima sambutan yang amat menggalakkan daripada peminat-peminat komedi tempatan. 

Tahun ini, untuk meraikan pembukaan semula industri kreatif di Malaysia, LOL Asia bakal menampilkan pelawak-pelawak serta vokalis terbaik di rantau ini yang terdiri daripada Joanne Kam, Kumar, Jo Kukathas, Kuah Jenhan, Vince Chong, Prakash Daniel dan Yazmin Aziz. 

Berbekalkan material terbaharu, setiap persembahan yang disajikan mempunyai tarikan mereka yang tersendiri dan menjanjikan pengalaman menarik yang bakal menghiburkan penonton yang hadir di acara ini.

“Saya telah menanti selama tiga tahun untuk merasai detik ini. Pengalaman ketika membuat persembahan terakhir di Malaysia pada 2019 amat mengujakan, dan saya berasa sangat terharu kerana diberi peluang sekali lagi untuk membuat persembahan bersama barisan artis-artis hebat di 'The Big LOL Show' bulan Jun ini.

“Saya pasti acara ini akan menghangatkan Zepp KL dan memberikan impak besar - bukan sahaja untuk para penonton tapi pastinya kami yang membuat persembahan pun akan turut bergelak ketawa bersama mereka,” ujar Kumar, pelawak popular Singapura yang juga mempunyai peminat yang ramai di Malaysia.

Bukan itu sahaja, Rizal Kamal selaku Ketua Pegawai Eksekutif LOL Asia  juga teruja membawakan barisan artis dan pelawak bagi meraikan peralihan negara ke fasa endemik. 

“Kami sangat berbangga kerana dapat mengumpulkan artis-artis ini yang dapat menghiburkan penonton di Malaysia. 

“Mereka semua mempunyai gaya komedi mereka tersendiri. Untuk semua yang mengenali Jo Kukathas, dia akan berganding bahu bersama Kuah Jenhan untuk membawa semula karakter YBeeee yang begitu disayangi ramai di dalam sketsa mereka. 

Penonton turut diberi peluang untuk menikmati acara komedi muzikal daripada Vince Chong dan Yazmin Aziz yang berbakat di dalam produksi berasaskan media sosial. Saya tidak sabar untuk menonton penampilan sulung Yazmin Aziz, finalis Big Stage 2022,” katanya dalam satu siaran akhbar. 

Tiket untuk 'The Big LOL Show' akan mula dijual pada 13 Mei 2022, bermula dengan harga RM200. Untuk maklumat lanjut berkaitan tiket, sila ke lolasia.bigtix.io. - Getaran, 20 Mei 2022

Gambar lain :  The Big LOL Show 2022 Line Up - Google Drive

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Tarif Balas AS: Malaysia Hantar Wakil Cari Jalan Penyelesaian - PM

2

Singapura 1 tahun yang lalu

Singapura Bubar Parlimen Menjelang Pilihan Raya, Hari Penamaan Calon 23 April

3

Politik 1 tahun yang lalu

Malaysia - Singapura Komited Selesai Isu Berbangkit, Tertunggak - Anwar

4

Jelajah 1 tahun yang lalu

Lembaga Pelancongan Sarawak Promosi Pakej Menarik Di NATAS Holidays 2024, Singapura

Sorotan

1

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

2

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

3

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

4

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

5

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

6

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN