Berita Terkini

1 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 6 hari yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 1 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


Program Raya Awesome TV Sempena Syawal Mengejut

Sempena sambutan Syawal ini, Awesome TV menghimpunkan lebih 150 buah pengisian istimewa menerusi kempen ‘Ikhlaskan Jiwa, Dekat DenganNya’.

Filem & TV Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 May 2022 5:01PM

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Saat ini, pasti ada di antara ibu-ibu yang masih lagi lelah dan sibuk di dapur, memasak dan menyediakan juadah hidangan raya demi keluarga tercinta untuk menyambut kedatangan Syawal. 

Ya, sambutan Syawal kali ini memang sungguh ‘huru-hara’ mengejutkan. Tiada siapa yang menjangkakan bahawa Lebaran kali ini akan diraikan pada hari ini. 

Apa pun, stesen televisyen Awesome TV juga tidak ketinggalan menyediakan program-program menarik sempena kedatangan Syawal yang mulia ini dengan menghimpunkan lebih 150 buah pengisian istimewa menerusi kempen ‘Ikhlaskan Jiwa, Dekat DenganNya’ di platform Astro (Saluran 123) dan MyTV (Saluran 112). 

Antara program menarik yang bakal disajikan adalah: - 

 

Muzik 

Biarpun Konsert Mic! On telah berakhir namun, penonton berpeluang menyaksikan Konsert Mic On! Raya yang menampilkan Mas Idayu, Black, Tomok, Ajak Shiro, Ropie serta peserta program ‘Mic On!’ musim pertama dan kedua. 

 

Telefilem 

Telefilem ‘Takbir Semalam’ yang meruntun jiwa menampilkan lakonan mantap Fauziah Nawi, Syafie Naswip, Syazwan Zulkifly, Wan Sharmila dan Siti Hariesa, manakala ‘Jeman’ arahan sutradara tersohor Rashid Sibir dibintangi Iman Zulkarnain, Fauziah Nawi, Farah Ahmad dan Mia Farhana. 

Selain itu, penonton setia Awesome TV juga berpeluang untuk menyaksikan telefilem  ‘Mat Ri Ye Pak Din’ yang dilakonkan Sharif Zero, Sabri Yunus, Mak Engku dan Cahaya Nilam, sementara ‘Nawfal Nak Raya’ menampilkan gandingan Nadiya Nisaa, Jay Nazif, Beto Kusyairy, Ain Sufiya dan Fudail Dayyan. 

Telefilem ‘Syurga Nur Muhammad’ pula diterajui Puteri Sarah, Raja Afiq, Danish Hazriq, Badrul Muhayat dan Lan Siro, manakala ‘Kasih Yang Ternoda’ dijayakan Reen Rahim, Hisyam Hamid, Zain Hamid dan Aisyah Shahrom. 

 

Drama 

Bagi peminat drama, dua naskhah menarik dipersembahkan pada Syawal. Bahagian kedua drama bersiri ‘Syurga Yang Kedua’ yang dibintangi Zarul Husin, Elizad Sharifuddin, Fasha Sandha, Sherry Ibrahim dan Dynas Mokhtar akan kembali menghiasi slot ‘Dramatix’ pada setiap hari Isnin hingga Jumaat jam 7.00 malam bermula 6 Mei 2022. 

Manakala drama ‘Hantu Van Sewa 2’ yang menampilkan Nasir Bilal Khan, Adam Shahz dan Bell Ngasri pula bakal mengambil alih slot ‘Dramedi’ pada setiap hari Khamis hingga Ahad jam 9.30 malam bermula 12 Mei kelak.

 

Komedi dan Muzikal 

Awesome TV turut memperkenalkan slot khas ‘Konsert - Special Raya’ dengan menampilkan program ‘Lawak Ke Der’ edisi 2013, 2014, 2015 dan 2016 untuk mengubat kerinduan penonton. 

Antara pelawak-pelawak tersohor tanah air yang menjayakan pementasan pentas komedi berprestij tersebut termasuklah Johan, Zizan Razak, Nabil Ahmad, Harith Iskandar, Afdlin Shauki, Douglas Lim, Jihan Muse, Sherry Alhadad, Bocey, Jambu dan ramai lagi. 

Program ‘Baik Punya Konsert’ akan turut menemui penonton pada 7 Mei 2022 jam 10.00 malam yang menampilkan nama-nama popular seperti Datuk Awie, Datuk Hans Isaac serta ramai lagi.

 

Program Variasi Hiburan 

Menerusi slot ‘Ohsem-Tainment’ pula, ia bakal dimeriahkan dengan program-program hiburan menarik berbentuk ‘spin-off’ pelbagai genre seperti variasi, komedi, sketsa, bual bicara dan banyak lagi. 

Saksikan program-program seperti ‘Perang Malam Ini Raya’, ‘Roller Kata Raya’, ‘Memoria Raya’, ‘Jawapan Panas 2’, ‘Rumah Insaf’, ‘Chit Chat Ustaz Raya’, ‘Ramadrama’ dan banyak lagi. 

Antara selebriti yang memeriahkan program-program ini adalah Black Hanifah, Tomok, Mas Idayu, Datuk DJ Dave, Ropie, Pak Ya, Joey, Zahid AF, Mimi Fly, Zalif Sidek, Amelia Henderson, Reen Rahim, Ali Puteh, Elly Ariffin, Sherry Ibrahim, Dottie, Adriana Ghafar, Prof. Datuk Dr. Farid Ravi, Ustazah Asni Mansor dan ramai lagi.

 

Filem 

Menerusi slot ‘Ohsem Lejen’ penonton akan terus disajikan dengan filem-filem klasik yang diterajui Seniman Agung Negara, Allahyarham Tan Sri P.Ramlee sepanjang musim lebaran ini seperti Madu Tiga, Hang Tuah, Masam Masam Manis dan Singapura Dilanggar Todak.

Manakala slot ‘Filem Kita’ pula turut membariskan koleksi filem tempatan menarik yang sesuai untuk tontonan seisi keluarga seperti Abang Long Fadhil, Cuci, Lemak Kampung Santan, Layar Lara dan Adnan Sempit Bahagian 1 hingga 3.

Bagi Slot ‘Malar Segar’ pula, ia bakal menghidangkan filem-filem menarik seperti Ali Setan 1 dan 2 dan Maria Mariana 1 dan 2. 

Sementara Slot ‘Hindi Special’ yang merupakan antara pengisian paling ditunggu-tunggu membawakan filem-filem Bollywood terhebat seperti Mann, My Name Is Khan, Chori Chori Chupke Chupke, Aa Ab Laut Chalen, Na Tum Jaano Na Hum dan Tere Naam.

Tidak ketinggalan seleksi filem antarabangsa, ia turut membariskan naskhah-naskhah menarik seperti Wild Wild West, Big Game, Cat Woman dan Drive Angry menerusi slot ‘Awesome Movie’ yang bersiaran pada setiap hari Isnin, jam 10.00 malam. - Getaran, 2 Mei 2022

Sorotan

1

JS-SEZ, SFZ Mampu Pacu Ekonomi Johor Atasi Negeri Lain – PM

2

Peluang PN Menang Di KKB Lebih Besar Kalau Calon Melayu - Sanusi

3

MCMC Ambil Keterangan Chegubard, Salim Iskandar Dan Papagomo

4

Tun Musa Teguh Dengan Prinsip, Integriti – PM

5

200 Ulama Nusantara Dijangka Hadiri Persidangan Ulama Sedunia Mei Ini

6

Penumpang Terkandas Di Lapangan Terbang Selepas Letusan Gunung Berapi Menyebabkan Pembatalan Penerbangan

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 16 jam yang lalu

'Sheriff' Karya Paling Jujur, Janjikan Kelainan Sisi Polis

Selebriti 11 jam yang lalu

Aiman, Zahirah Bakal Timang Anak Perempuan

Berita gembira itu dikongsi menerusi video yang dimuat naik di akaun Instagram

oleh Wartawan Getaran

Muzik 19 jam yang lalu

Alamak Raya Lagi! Terus Mendunia, Tular Sana-Sini 

De Fam jawab kritikan dan jelaskan lirik lagu ini ditulis berdasarkan pengalaman sendiri.

oleh Rahayu MN

Selebriti 1 hari yang lalu

Daud Kim Menipu?

oleh Fida Ruzki