Berita Terkini

1 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Rebat Tunai Sehingga 35 peratus Diberikan Kepada Penerima FIMI

Rebat tunai sehingga 35 peratus ini mampu membuka lebih banyak peluang pelaburan dalam sektor kandungan kreatif di negara ini, sekaligus menjana peluang pekerjaan. 

Filem & TV Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Mar 2022 2:30PM

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Industri filem dan televisyen negara dijangka mendapat rangsangan yang ketara melalui pengenalan rebat tambahan sebanyak 5 peratus  ke atas nilai sedia ada 30 peratus  yang diperkenalkan Film In Malaysia Incentive (FIMI) oleh Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS) sebelum ini. 

Bahkan, rebat tunai sehingga 35 peratus yang bakal diberikan kepada penerima FIMI, diyakini mampu membuka lebih banyak peluang pelaburan dalam sektor kandungan kreatif di negara ini, sekaligus menjana ribuan peluang pekerjaan kepada bakat tempatan dan penyedia perkhidmatan yang masih melalui fasa pemulihan ekonomi. 

Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM), Tan Sri Annuar Musa berkata, Projek penggambaran yang memenuhi syarat cultural test melibatkan promosi lokasi, budaya dan bakat di Malaysia layak mendapat jumlah rebat tunai sehingga 35% daripada jumlah Kelayakan Perbelanjaan Penerbitan di Malaysia (Qualifying Malaysian Production Expenditure, QMPE).

“Penambahbaikan kepada program FIMI ini adalah susulan daripada permintaan yang semakin meningkat untuk menghasilkan filem dan siri televisyen di Malaysia, yang kini menarik lebih daripada USD$300 juta perbelanjaan pengeluaran asing setiap tahun. 

“Ini juga adalah selaras dengan usaha kerajaan untuk mewujudkan lebih peluang pekerjaan dan merancakkan aktiviti perniagaan tempatan dan merupakan salah satu inisiatif untuk mempromosikan ekosistem perniagaan yang lebih mesra filem untuk produksi antarabangsa dan domestik,” katanya sewaktu mengadakan lawatan kerja di Iskandar Malaysia Studios (IMS) di   Iskandar Puteri, Johor Iskandar, baru-baru ini.

Beliau turut menyambut baik kerjasama strategik antara agensi di bawahnya iaitu FINAS dengan Iskandar Malaysia Studios (IMS) dan Iskandar Regional Development Authority (IRDA) melalui penambahbaikan polisi yang dilaksanakan ke atas FIMI. 

Menurut Annuar lagi, pihak kerajaan juga mengiktiraf kepentingan sektor pengeluaran kandungan digital dan impaknya yang luas terhadap ekonomi negara. 

“Langkah-langkah juga sedang dilaksanakan untuk menyelaras proses kelulusan dan kemudahan lain bagi membantu produksi baharu dan produksi yang bakal kembali ke Malaysia. 

“Pembiayaan melebihi USD$100 bilion telah  diperuntukkan untuk pembangunan inisiatif dan sektor ekonomi utama, termasuk industri kreatif, dalam tempoh lima tahun akan datang sehingga tahun 2026. 

“Perluasan program FIMI adalah selaras dengan pengumuman Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMKe-12) yang telah dibentangkan baru-baru ini,” katanya lagi. 

Selain itu bagi  melengkapkan lagi inisiatif FIMI, Annuar menambah, usahasama dengan MyCreative Ventures di bawah KKMM juga dijalin melalui kemudahan pembiayaan kepada syarikat yang menunggu rebat FIMI berdasarkan terma dan syarat serta ketersediaan dana turut ditawarkan. 

“Kemudahan tersebut bagaimanapun terhad kepada syarikat tempatan yang mempunyai sekurang-kurangnya 51 peratus  pemilikan Malaysia buat masa ini. 

“Kemudahan ini juga boleh diperluaskan kepada syarikat di peringkat antarabangsa pada masa hadapan, bergantung kepada sambutan yang bakal diterima bagi kemudahan yang akan dilaksanakan ini,” katanya. 

Beliau juga yakin bahawa usaha ini akan menggalakkan lebih banyak penerbitan kandungan kreatif antarabangsa dan tempatan ke negara ini. - Getaran, 24 Mac 2022

Berita Berkaitan

1

Filem & TV 6 hari yang lalu

Reviu Filem: 'Sheriff' Filem Syafiq Yusof Paling Berani, Papar Sisi Gelap PDRM

2

Filem & TV 1 minggu yang lalu

'Sheriff' Karya Paling Jujur, Janjikan Kelainan Sisi Polis

3

Semasa 1 bulan yang lalu

Hampir 5,000 Penggiat Seni Bakal Peroleh Manfaat Kerjasama FINAS, PERKESO - Fahmi

4

Filem & TV 2 bulan yang lalu

Lal Salaam Lakonan Rajinikanth, Gabung Elemen Perpaduan Menerusi Sukan

Sorotan

1

“Tiada Kasino Berlesen, Tipu” – PM

2

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

3

Keperluan Teliti SOP Latihan Udara Bergantung Laporan Siasatan – Khaled

4

Norjuma Didakwa Cederakan 3 Individu, Berbuat Khianat

5

Pengebumian Joanna Diiringi Tangisan Anaknya

6

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini

Disyorkan untuk anda

Selebriti 22 jam yang lalu

Amar Baharin Dedah Tanah Ada 2 Geran, MB Selangor Janji Siasat

oleh Rahayu MN

Selebriti 1 hari yang lalu

Bella Astillah Akui Bertemu Sarah Jasmine, Baca Mesej Ruhainies Desak Aliff Buka Aibnya

Pelakon dan penyanyi itu memaklumkan Sarah Jasmine menghubunginya untuk memohon maaf kerana menjalinkan hubungan sulit dengan suaminya. 

oleh Helmi Anuar

Selebriti 11 jam yang lalu

Pendedahan Sarah Yasmine Bikin Gempar 1 Malaya, Nama Emma, Chacha, Caprice Dan ‘TPM’ Jadi Bualan Netizen

Pendedahan berani mati Sarah Yasmine yang memaparkan mesej perbualan antara Aliff Aziz dan Ruhainies kini tular di semua platform media sosial.

oleh Wartawan Hiburan Getaran

Selebriti 1 hari yang lalu

Adira Sah Bercerai

oleh Wartawan Hiburan Getaran