Berita Terkini

10 jam yang lalu: Tokoh Wartawan Negara 2014 Datuk Ahmad Rejal Arbee meninggal dunia awal pagi hari ini - isteri Allahyarham, Datin Noraini Shariff. 3 hari yang lalu: Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Supermart & Superstore Sdn Bhd, Datuk Seri Dr Chai Kee Kan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam terhadap tuduhan sengaja melukakan perasaan orang Islam 6 hari yang lalu: KKM nasihatkan semua aktiviti di luar bilik darjah ditangguhkan sementara di semua lokasi yang merekodkan cuaca panas antara 35 hingga 37 darjah celsius 1 minggu yang lalu: Pihak Ocean Infinity akan bentang kawasan pencarian baharu MH370 kepada MOT awal Mei - Loke 1 minggu yang lalu: MAVCOM tambah 342 penerbangan domestik di seluruh negara untuk perjalanan antara 3 hingga 18 April - Loke

IKUTI KAMI


Air Mata Tanpa Henti 'Grey's Anatomy'

17 musim dan belum nampak tanda para peminat siri 'Grey's Anatomy' akan berhenti menangis. Sejak musim pertama, emosi peminat sentiasa terganggu bagaikan menaiki 'roller coaster.' Apa pula kejutan musim ini?

Filem & TV Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Mar 2021 4:42PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

'Grey's Anatomy' telah memasuki musim ke-17. Bermula dengan Dr. Meredith Grey yang dilakonkan oleh Ellen Pompeo sebagai pelatih di Hospital Seattle Grace bersama empat rakannya hinggalah dia dinaikkan pangkat sebagai Ketua Bedah.

Pelbagai pengalaman, kejutan dan trauma dialami oleh Meredith dalam kehidupan sehariannya di Hospital Seattle Grace.

Ia juga menyaksikan bagaimana Meredith bersama rakan baiknya, George O' Mally yang dilakonkan T.R Knight, Christina Yang (Sandra Oh), Izzie Steven (Katherine Heigl) dan Alex (Justin Chambers) sentiasa bersaing dalam pelajaran serta berebut untuk menemani doktor pakar melakukan pembedahan.

Dalam episod pertama yang diterbitkan pada Mac 2005 itu, ia juga menemukan Meredith dengan suaminya, Dr. Derek "McDreamy" Shepherd yang dilakonkan oleh Patrick Dempsey.

Namun seperti kata-kata Dr. Richard Webber yang merupakan Ketua Bedah hospital ketika itu  “This is your starting line. This is your arena. How well you play is up to you" ternyata memberikan maksud tersendiri kepada pelatih di situ.

Meredith, Christina, George, Izzie serta Alex mempunyai kisah silam masing-masing. Mereka menjadi pelatih untuk membuktikan bahawa mereka mampu melakukan yang terbaik meskipun berada dalam kesukaran.

Seperti Meredith umpamanya, dia dianggap sebagai individu yang berada di dalam kegelapan dan tenggelam dalam konflik diri.

Membesar dalam suasana diabaikan ibunya yang juga seorang doktor terkenal serta bapanya yang menghilangkan diri. Bukan itu sahaja, hanya selepas menjadi pelatih di situ barulah Meredith mengetahui ibunya mempunyai hubungan sulit dengan Dr. Webber.

Sepanjang musim satu hingga 17, Meredith mengalami banyak kematian iaitu ibunya, suami, bapa, ibu tiri, adik tiri dan mengejutkan rakannya, George.

Sehingga ke musim terbaru ini, Meredith telah kehilangan empat rakan yang menjadi tulang belakang hidupnya. George meninggal dunia akibat kemalangan, Christina berhijrah ke hospital lain untuk menjadi pakar jantung, Steven bertukar hospital dan Alex yang meninggalkan hospital itu untuk bersama Steven serta dua anak mereka.

Paling menyedihkan ialah kematian suaminya Derek, yang mengalami pendarahan di kepala selepas terlibat dalam kemalangan. Kematian Derek menyebabkan ramai peminatnya sangat kecewa hinggakan ada yang enggan menonton lagi rancangan berkenaan.

Dengan kematian Derek maka tiadalah lagi ungkapan “It’s a beautiful day to save lives” yang sering diungkapkannya setiap kali mahu memulakan pembedahan.

Banyak babak-babak sedih dan kematian dalam drama ini. Bagi mereka yang mengikuti dari awal sejak musim pertama, ketiadaan watak-watak asal tersebut merupakan satu kekosongan meskipun banyak watak baru diwujudkan.

Sebelum ini drama ini ditulis oleh Shonda Rhimes namun selepas 2017, skrip 'Grey's Anatomy' ditulis oleh Krista Vernoff.

Hospital Seattle Grace itu juga ditukar nama kepada Grey Sloan Memorial Hospital sempena nama dua watak yang dimatikan akibat tragedi pesawat terhempas iaitu Mark Sloan serta Lexie Grey, iaitu adik tiri Meredith.

Kini, pelakon asal yang masih tinggal hanyalah Pompeo, Chandra Wilson yang memegang watak Dr. Bailey dan James Pickens (Dr. Webber).

Dan umpama mendengar rayuan peminat yang mahukan George serta Derek kembali, penerbit telah membawa mereka musim ke-17 ini, dengan berada dalam mimpi Meredith yang sedang bertarung dengan COVID-19.

Itu sahaja cara untuk membawa semula watak tersebut ke dalam 'Grey's Anatomy'  meskipun hanya sementara.

Dan kemungkinan lebih ramai 'alumni' 'Grey's Anatomy' akan membuat kemunculan.

Walaupun banyak watak utama dimatikan namun rancangan ini terus mendapat sambutan dan menjadi siri televisyen yang paling lama tayangannya di ABC. Ia juga masih menjadi antara siri yang mencatatkan rating tinggi di Amerika Syarikat.

Beberapa anugerah turut dimenangi oleh 'Grey's Anatomy' termasuk anugerah Golden Globe untuk siri televisyen terbaik . Ia turut diterima dengan baik oleh pengkritik dan disifatkan sebagai satu fenomena.

Dan pada 11 Mac lalu, musim ke-17 disambung semula selepas tertangguh akibat penularan COVID-19.

Namun kali ini ia penuh dengan kejutan. Dr. Andrew DeLuca berada dalam senarai watak yang meninggal dunia. Deluca dilakonkan oleh Giacomo Gianniotti maut selepas ditikam oleh salah seorang rakan kepada sindiket pemerdagangan seks bernama Opal di stesen kereta api.

Deluca dikejarkan ke hospital dan meskipun Dr. Owen Hunt (Kevin McKidd) and Dr. Teddy Altman’s (Kim Raver) mencuba sebaik mungkin untuk menyelamatkannya, namun gagal.

Sebelum Deluca meninggal dunia, dia bertemu Meredith yang juga bekas kekasihnya, di tepi pantai, di dalam minda wanita itu yang ketika itu sedang bertarung dengan COVID.

"Jika aku kembali dan engkau tidak, aku akan merindui mu," kata Meredith kepada Deluca sebelum melihat Deluca bersatu semua dengan ibunya yang telah lama meninggal dunia, di tepi pantai.

Kematian DeLuca mengakhiri wataknya yang berdepan dengan masalah kesihatan mental yang dialaminya sebelum ini. Namun ia menjadi sesuatu yang menyedihkan buat Webber dan Bailey.

Dalam satu temu bual, Gianniotti berkata, dia agak terkejut apabila dimaklumkan wataknya itu akan dimatikan.

“Saya dipanggil oleh penerbit eksekutif, Debbie Allen ke pejabatnya. Dia bersama Vernoff memberitahu saya bahawa penulis skrip mahu menjadikan saya sebagai hero dan mendedahkan mengenai sindiket pemerdagangan manusia.

“Malangnya watak Deluca perlu dimatikan. Kami berbincang mengenainya dan saya katakan pada mereka "Ok, mari kita lakukan.’’ kata Gianiotti.

Namun hakikatnya, ia adalah episod penuh dengan emosional. Peminat 'Grey’s Anatomy' sudah banyak kali menangis. Ia memulakan musim ke-17 dengan COVID-19 dan ketika dunia sudah ada vaksin, mengejutkan apabila peminat terpaksa menangis dengan kematian watak fiskyen ini.

Bukan kerana Covid, tapi kerana ditikam. - Getaran, 16 Mac 2021

Semua gambar: Twitter @GreysABC

Berita Berkaitan

1

Selebriti 6 bulan yang lalu

Teruk Dikecam, Netizen Masih Sokong Perniagaan Zul Yahya  

2

Selebriti 8 bulan yang lalu

Senarai 10 Selebriti Yang Sedang Mendahului Undian ABPBH-35

3

Filem & TV 1 tahun yang lalu

‘Projek: High Council’ Dedah Kisah Masalah Buli Dan Diskriminasi Di Asrama!

4

Selebriti 1 tahun yang lalu

Rangkuman 15 Kisah Hiburan Paling Hangat Sepanjang Tahun 2022

Sorotan

1

Penggunaan Nombor Bil Sebagai Rujukan Bayaran CAPL Bermula 1 April - LHDN

2

Pasangan Suami Isteri, 2 Lelaki Didakwa Perdagang Wanita Malaysia Di Peru

3

Ada Keperluan Pinda Seksyen 21 Akta Polis - KPN

4

PM Ucap Selamat Raikan Good Friday, Easter Sunday Kepada Penganut Kristian

5

Singapura Rampas 1.5 Tan Produk Segar, Makanan Proses Dari Malaysia

6

Tular Titah Lama Sultan Nazrin, Dewan Negara Perak Buat Laporan Polis

7

Bas Terbalik Di Lebuhraya KLK: 2 Maut, 13 Cedera

Disyorkan untuk anda

Selebriti 21 jam yang lalu

Neelofa Akui Khilaf Ketika Beri Nasihat Kepada Pemanggil Radio Era

oleh Helmi Anuar

Muzik 9 jam yang lalu

All Time Low Kembali Ke Malaysia Selepas 13 Tahun

Konsert pada 28 April hadapan permulaan siri jelajah FOREVER Asia Tour.

oleh Rahayu MN